SMK Kabogan II, Semporna Sabah

Bijak, Jujur Dan Cemerlang.

Latar Belakang

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan II (SMKK2) merupakan sebuah sekolah menengah yang telah didaftarkan pada bulan Januari 1999 di peringkat Jabatan. Walau bagaimanapun penempatan guru dan pengambilan pelajar yang sebenar bermula pada  19 Julai 1999.

 Sebagai sebuah sekolah baru, penghantaran dan penempatan kakitangan adalah secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama bermula dengan penempatan seorang Pengetua iaitu Encik Abd. Manang Hj. Osman dan seorang Pembantu Tadbir iaitu Encik Mohd.Salleh Dunggulah. 

Penempatan tersebut diikuti oleh kumpulan yang kedua terdiri daripada Guru-guru Sandaran Tidak Terlatih iaitu; Encik Mohd. Amin Mem, Encik Abd. Harun Madjaraha dan Encik Abd. Rashid Surubaya. Penempatan seterusnya terdiri daripada tiga orang guru dari Semenanjung Malaysia, lulusan Diploma Pendidikan (KPLD)  iaitu; Encik Azlan Abdullah, Puan Roselia Maddan, Puan Noor Rafidah Kasdimin

Ini diikuti dengan pengubahsuaian penempatan enam orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya. Mereka terdiri daripada Encik Mohd. Jakarah Imam Asmad, Encik Ahmad Raud Juppakal, Encik Abdul Rasul Hj. Hussein, Encik Abdullah Osman, Encik Mohd. Sattah Abd. Rashid dan Puan Hajjah Hazizah Salam.

Penghantaran kakitangan untuk SMKK2 dalam tahun 1999 berakhir dengan penempatan seorang Pembantu Am, seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (Agama), seorang Guru Siswazah dari Semenenjung Malaysia dan seorang Guru Pendidikan Khas yang bertukar dari Kota Kinabalu. Mereka ialah Encik Jamiruddin Jaddal, Ustazah Sharifah Hashimah  Mohd. Ali, Cik Salina Noh dan Puan Sitti Maryam Maming.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah merupakan para pelajar yang diambil dari Sekolah Menengah Kebangsan Tagasan seramai 191 orang. Perpindahan para pelajar dari sekolah berkenaan ke SMKK2 adalah didorong oleh faktor lebihan pelajar yang agak besar di sekolah berkenaan dan faktor lokasi SMKK2 yang berhampiran dengan SMK Tagasan, iaitu  diarah menumpang oleh Jabatan Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tagasan.

 

Selain itu, sebilangan pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah juga telah diarah berpindah ke SMKK2. Namun Begitu tidak seorang pun yang datang mendaftarkan diri ke SMKK2.

Pada awal tahun 2001 SMKK2 berpindah ke lokasi baru iaitu menumpangdi SK Bubul 2 di Jalan Bubul Lama 3 KM dari Pekan Semporna. Kini, setelah 4 tahun 6 bulan  ditubuhkan, SMKK2 mengorak langkah membangun dari pelbagai aspek, malah semua warga SMKK2 bertekad untuk menjulang nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan II setaraf dengan sekolah berstatus cemerlang. Untuk tujuan itu pelbagai usaha dan jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merencana pembangunan SMKK2 dan merealisasikan harapan  untuk menjadi sekolah cemerlang dalam tempoh enam tahun mendatang

Oleh: Redwan Mokthar

Hosted by www.Geocities.ws

1