Logo smkfb GeocitiesYahoo
gif Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besout
  Sekapur Sirih | Kekuatan smkFB | Kurikulum | Ko Kurikulum | Berita Terkini
Mai ke Sekolah
mahu:
Tip Microsoft Word97
- -
----------------huruf kecil vs huruf besar-------------------


Bagaimana mengubah huruf kecil kepada Huruf BESAR tanpa perlu menaip semula.
Jika hanya satu perkataan sahaja :

Ø   tempatkan titik selitan di perkataan tersebut.
Ø   tekan Shift + F3.
Shift + (F3 klik sekali) untuk huruf Besar, bagi huruf pertama perkataan
Shift + (F3 klik kedua) untuk semua huruf BESAR.
Shift + (F3 klik ketiga) untuk semua huruf kecil.


Jika yang ingin diubah melibatkan dua atau lebih perkataan/baris, anda perlu :

Ø   pilih perkataan-perkataan/baris tersebut.
Ø   tekan Shift + F3
Shift + (F3 klik sekali) untuk huruf Besar, Bagi Setiap Huruf Pertama Perkataan
Shift + (F3 klik kedua) untuk semua huruf BESAR BAGI SETIAP PERKATAAN TERSEBUT.
Shift + (F3 klik ketiga) untuk semua huruf kecil bagi setiap perkataan tersebut.


Selain menggunakan Shift + F3, anda juga boleh menggunakan
Ø   Ctrl + Shift + A untuk menukar huruf kecil kepada huruf BESAR.



-----------------------teh vs the----------------------


Anda dalam tugasan menyiapkan karangan tentang teh. Jika setiap kali anda menaip perkataan teh, ia automatik bertukar menjadi perkataan the. Anda boleh cuba langkah berikut :

Ø   Tekan Ctrl + Z.
Ctrl + Z adalah jalan pintas untuk langkah Undo.

atau anda boleh hilangkan fungsi AutoCorrect perkataan teh kepada the itu :

Ø   (pada menu bar) klik Tools, klik AutoCorrect..
Ø   (pada tetingkap AutoCorrect) klik Replace text as you type, untuk hilangkan tanda 'rait' pada check boxnya.
Langkah ini akan 'mematikan' fungsi AutoCorrect Replace text as you type tersebut.
Jika anda inginkan kembali fungsi ini, hanya perlu klik Replace text as you type, untuk wujudkan tanda ''rait' pada check boxnya kembali.



------------buka banyak dokumen serentak vs Close All @ Save All-----------


Jika anda bekerja dengan membuka banyak dokumen serentak.
Untuk menutup atau menyimpan dokumen-dokumen itu, anda boleh klik File dan klik Close atau Save pada menu bar, satu persatu dokumen tersebut, atau klik X atau terus keluar word97 dengan klik File dan klik Exit.
Namun jika anda terfikir untuk menutup atau menyimpan kesemua dokumen itu tanpa klik-klik berulangan, mungkin cara berikut dapat membantu :

Ø   Tekan Shift + klik File (pada menu bar)
anda akan perhatikan, pada menu File itu, arahan Close dan Save telah menjadi Close All dan Save All (boleh lepaskan kekunci Shift). Sekarang anda boleh pilih Close All untuk menutup semua dokumen atau Save All untuk menyimpan kesemua dokumen anda itu.

Sumbangan :-
Guru Literasi Komputer

...Semoga Tip ini menyenangkan dan tidak sebaliknya...

Laman ini diolah dan dibina oleh Guru smkfB 2001
©Unit Teknologi Maklumat & Laman Web Sekolah SMKFB

Hosted by www.Geocities.ws

1