PELABURAN 

Jawab semua soalan .

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan. 

1.       Antara berikut, yang manakah faktor utama menyebabkan harga syer berubah?

      A.       Permintaan dan penawaran saham
B.      Keamanan dan keharmonian negara
C.      Prospek dan keuntungan syarikat
D.      Kestabilan politik dan ekonomi negara 

2.       Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi Bursa Saham Kuala Lumpur?

             A.     
Menerbitkan syer
             B.      Membeli dan menjual syer
             C.      Menyediakan pinjaman untuk melabur
             D.      Menyediakan tempat untuk urus niaga sekuriti

 

3.       Seseorang yang lebih mengutamakan keselamatan daripada keuntungan, akan melabur dalam bentuk

A.      saham
B.      debentur
C.      niaga hadapan
D.      pertukaran wang asing 

4. Cik Fatimah memiliki 3 000   6% syer keutamaan bernilai RM2 seunit, 5 000 Syer biasa bernilai RM 1 satu dan RM 4 000 debentur pada kadar faedah 5% dalam Syarikat Jaya Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember 1992 syarikat itu telah mengisytiharkan pembayaran dividen 10% ke atas syer biasa.

Berapakah jumlah pendapatan Cik Fatimah daripada pelaburannya pada tahun 1992? 

      A.       RM 880
B.      RM 1 000
C.      RM 1 060
D.      RM 1 300

5.Jika anda ingin melaburkan RM 10 000 dalam satu pelaburan yang mempunyai risiko paling rendah, anda akan melabur dengan cara membeli
A.     
bon kerajaan
B.      saham di Bursa Saham
C.      debentur syarikat  berhad
D.      komoditi di Bursa Komoditi 

6.       Apakah faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh seseorang pelabur yang bijak sebelum membeli saham sesebuah syarikat
   I    Pengurusan syarikat yang baik
  II    Berita korporat yang disebarkan
 III    Rekod prestasi syarikat yang berkaitan
 IV    Kenaikan harga saham dalam pasaran semasa 

a.       I dan II                 C. II dan IV

b.       I dan III                D. III dan IV 

7.       Bagaimanakah syer keutamaan berbeza daripada syer biasa?
a.       Dividen syer keutamaan dibayar dahulu
b.       Dividen syer keutamaan biasanya lebih tinggi
c.       Pemegang syer keutamaan mempunyai lebih banyak kuasa
d.       Syer keutamaan mesti diterbitkan oleh setiap syarikat berhad 

     Soalan 8 hingga 9 berdasarkan petikan berikut :    

Pada 31 Disember 1993, Syarikat Mas Sdn. Berhad telah menerbitkan sekuriti hutang berjumlah RM1 000 000  melalui 1 000 keping bon bernilai RM 1 000 sekeping, pada kadar faedah 8% setahun dan tarikh matangnya pada 31 Disember 2003.   

8.       Apakah jenis sekuriti hutang yang dinyatakan dalam petikan tersebut?
           a.       Debentur
           b.       Syer biasa
           c.       Amanah saham
           d.       Bil perbendaharaan
 

9.       Berapakah nilai muka bon tersebut?
           a.       RM1 080 000
           b.       RM1 000 000
           c.       RM1 080
           d.       RM1 000
 

10.   Berapakah yang perlu dibayar oleh Syarikat Mas Sdn. Berhad jika keseluruhan sekuriti hutang tersebut ditebus balik pada tarikh matangnya?
           a.       RM1 000 000
           b.       RM1 080 000
           c.       RM1 720 000
           d.       RM1 800 000
 

11.   Apakah bil perbendaharaan?
a.       Sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan oleh kerajaan
b.             Sekuriti hutang jangka panjang yang diterbitkan oleh kerajaan
c.        Pinjaman jangka pendek oleh syarikat awam berhad
d.        Pinjaman jangka panjang oleh syarikat awam berhad
 

12.   Apakah sumbangan bursa saham dalam dunia perniagaan?
a.       Sebagai sumber kewangan syarikat berhad
b.        Membuka peluang kepada bank untuk mencipta kredit
c.        Memudahkan urusan jual beli syer dengan cepat
d.        Mengawal kemungkinan risiko kerugian
 

13.   Antara berikut pilih susunan yang betul, berdasarkan senarai keutamaan bagi menuntut harta syarikat, apabila sesuatu syarikat dimansuhkan.
                                               i.      Pemegang syer keutamaan
                                              
ii.     
Pemegang debentue
                                               iii.      Pemegang syer biasa 

b.       1, 2, 3                   C. 2, 1, 3

c.       3, 2, 1                   D. 2, 3, 1 

14.   Antara yang berikut, manakah tidak benar tentang pelaburan?
a.       Pelaburan ialah penangguhan penggunaan masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa akan dating
b.        Pelaburan melibatkan aset benar dan aset kewangan
c.        Tujuan pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan
d.        Pelaburan hanya memberi keuntungan modal dan tidak menghasilkan pendapatan tetap

15.   . Ahli Bursa Saham Kuala Lumpur
. Membeli dan menjual syer bagi orang ramai
. Mendapat komisen daripada urus niaga 

Pernyataan di atas adalah mengenai

A.      ejen                  C. remisier

B.      broker               D. pelabur 

16.   Apakah faktor-faktor yang akan mendorong kenaikan harga syer?
     I   Prospek ekonomi lembab
    II  Prestasi syarikat baik
   III   Pengurusan syarikat cekap
   IV   Pelabur berpandangan optimis                                                                             
    
A. I, II, dan III               C. I, III, dan IV

     B. I, II, dan IV               D. II, III,dan IV

17.   Apakah bon ?
A.      Sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan oleh Bank Negara
B.      Sekuriti hutang jangka panjang yang diterbitkan oleh kerajaan
C.      Sekuriti hutang jangka panjang yang diterbitkan oleh organisasi korporat
D.      Sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan oelh syarikat awam
   

18.   Nyatakan satu ciri pemegang debentur.  
A.      Pemegang debentur merupakan pemiutang kepada syarikat berhad
B.      Pemegang debentur menerima dividen
C.      Pemegang debentur mempunyai risiko yang tinggi
D.      Pemegang debentur berhak menguruskan syarikat
 

19.   Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang remisier?
      I.         Merupakan ejen kepada broker
     II.    Menjadi ahli BSKL
    III.    Menerima komisen daripada broker

    IV.     Menjual dan membeli syer bagi pihak orang ramai 

            A. I dan II                 C. II dan IV

            B. I dan III                D. III dan IV 

20.   Apakah kelebihan pelaburan dalam syer biasa berbanding dengan debentur?
A.      Dapat memperolehi kadar faedah yang tetap
B.      Kurang risiko yang dihadapi
C.      Dapat menguruskan perniagaan
D.      Dapat memperoleh pendapatan tetap

Kertas II. 

Menangguhkan penggunaan wang pada masa sekarang sebenarnya merupakan suatu tindakan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan. Berdasarkan pernyatann tersebut, terangkan perkara-perkara berikut. 

(a) Bon kerajaan                                                                     ( 8 markah ) 

(b) Debentur                                                                            ( 7 markah )

(c) Saham                                                                                 ( 10 markah )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1