922/1 STPM
KERTAS 1 SEJARAH
DAN KRITIKAN SASTERA
( Tiga jam)
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CLIFFORD
(CLIFFORD SECONDARY SCHOOL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL
CERTIFICATE)
Jawab
empat soalan sahaja: satu
soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan satu soalan lagi daripada
mana-mana bahagian.
Markah maksimum bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini terdiri
daripada 2 halaman bercetak.
ÓSekolah
Menengah Kebangsaan Clifford 1999
STPM
922/1 [ Lihat sebelah
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2
Bahagian A: PENGENALAN
KESUSASTERAAN DAN KRITIKAN
SASTERA
1
Huraikan secara ringkas makna unsur-unsur berikut
dalam kesusasteraan Melayu moden.
a. Unsur intrinsik [5
markah]
b. Unsur ekstrinsik [8 markah]
c.
Kemukakan dan huraikan dua komponen dalam unsur
intrinsik dan ekstrinsik.
[12
markah]
2 Bincangkan dua polimik yang
pernah berlaku dikalangan penulis tanah air dengan contoh- contoh yang sesuai. [25
markah]
Bahagian B: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
3 Waadat
atau perjanjian antara raja dengan rakyat adalah merupakan landasan kepada
konsep setia dan derhaka;
Berdasarkan teks ‘Sejarah Melayu’ atau ‘Sulalatus Salatin’, bincangkan konsep setia dan derhaka dan implikasinya kepada raja dan rakyat. [25 markah]
4 Berdasarkan satu daripada tokoh-tokoh di bawah, jelaskan latar belakang dan sumbangan mereka dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
a. Tun Sri Lanang.
b. Hamzah Fansuri.
c. Bukhari Al-Jauhari [25 markah]
Bahagian C: SEJARAH
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
5
Abdullah
Munsyi dianggap sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’.
a. Jelaskan
latar belakang hidup beliau. [10
markah]
b.
Jelaskan secara ringkas lima pembaharuan yang
dilakukan oleh beliau dalam sastera Melayu. [15
markah]
6 Berdasarkan satu daripada tokoh-tokoh di bawah, jelaskan latar belakang dan sumbangan mereka dalam Kesusasteraan Melayu Moden.
a. Syed Sheikh al-Hadi
b. Ishak Haji Muhammad
c. Arenawati
d. Keris Mas [25 markah]
922/1
*Kertas soalan ini SULIT
sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*