PERANCANGAN TAHUN 2000

SMK CLIFFORD KUALA LIPIS

 

Mukadimah

 

Proses Pendidikan adalah satu pekerjaan bersama yang saling berkait antara beberapa disiplin ilmu dan kepakaran. Ia tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan amalan jama’i (dikerjakan bersama oleh satu pasukan yang saling melengkapi.

“Life is a group enterprise. Without teamwork there is no life. Arrogance, on the other hand – insensitivity to other people – works against life affirming cooperation. Instead of drawing people into a common cause, it isolates individuals.”

“One is the loneliest number”

 

 

Sasaran

Melahirkan manusia yang solih/baik dan sekaligus muslih/memperbaiki yakni manusia yang baik dan bertaqwa dan juga aktif dalam memperbaiki keadaan persekitaran dan masyarakatnya.

 

 

Strategi

Pendidikan model tawazun iaitu keseimbangan antara akal dengan hati nurani; antara penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi dengan nilai-nilai moral serta antara fikir dan zikir.

Dalam al-Quran ada menjelaskan bahawa kerosakan tidak akan dialami oleh ummah yang terdiri daripada individu-individu yang solih dan muslih. Sebaliknya kerosakan itu menimpa ummah yang terdiri daripada individu yang solih tetapi tidak muslih.

“Dan Tuhanku sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim sedangkan penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Hud 11:117)

Prinsip

Amalan yang solih

Amalan yang solih dari segi sifatnya:

Amalan sebagai kewajiban moral

Amalan yang membawa keberhasilan

Moral sahaja tanpa hasil = tiada manfaat

Membawa hasil tetapi tanpa moral = sementara dan membahayakan

Kedua-duanya digabung = bermanfaat dan tidak bahaya.

Amalan yang membawa hasil = kebenaran

Amalan sebagai kewajiban moral = ikhlas

Syarat amalan diterima:

benar + ikhlas

benar – ikhlas = tidak diterima

ikhlas – benar = tidak berhasil

 

Kolaboratif

Rangkaian kerjasama kesejawatanan(collegiality), merentasi fungsi (cross functional), dan penglibatan pihak luar.

Kesejawatanan:

Kerjasama antara guru mata pelajaran yang sama dalam panitia atau merentasi mata pelajaran.

Merentas fungsi:

Kerjasama antara guru-guru yang mempunyai pelbagai kemahiran, kepakaran, minat dan tugas.

Penglibatan pihak luar:

Mendapatkan kerjasama / partnership dengan rumah/waris agensi kerajaan, swasta, komuniti dan individu luar sekolah.

 

Partisipatif

Setiap anggota ada dan diberi tanggungjawab dan dengan itu mempunyai akauntabiliti masing-masing. Tanggungjawab ini tidak harus tertakluk dan dibatasi oleh senarai semata-mata. Setiap orang perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Contoh: Program peningkatan prestasi akademik tidak harus dibeban kepada guru yang mengajar kelas peperiksaan semata-mata.

 

Kesepunyaan (Ownership)

Ini sekolah kita, apa yang kita buat adalah misi bersama. Kejayaannya adalah kejayaan kita bersama dan kegagalannya juga adalah kegagalan kita bersama. Jika berjaya, apa yang telah kita laksana dipertingkatkan lagi; jika gagal, jangan menujukan kesalahan kepada sesiapa, kenalpasti masalah dan perbetulkan bersama.

 

Penambahbaikan(Improvement)

Sasaran kita adalah cemerlang. Kecemerlangan tidak berkesudahan. “Hari ini adalah lebih baik dari semalam dan hari esok adalah lebih baik dari hari ini.” Hasil yang cemerlang bermula dari proses yang cemerlang oleh sebab itu peningkatan hasil kecemerlangan berpunca dari peningkatan kecemerlang proses. Kecemerlangan bukan untuk dipertandingkan tetapi untuk dikongsi, oleh sebab itu jika ada kecemerlangan ditempat lain kita harus buat penanda arasan (benchmarking).

 

Penyayang

Pelajar kita adalah aset utama kita. Mulakan tugas kita dengan memupuk minat mereka. Pemupukan minat perlu berterusan dan konsisten. Memupuk minat perlu menyentuh perasaan. Oleh sebab itu pelajar perlu ‘dikasihi/disayangi’. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan remaja hari ini mengalami banyak gangguan perasaan. Mereka dibesarkan dalam kesunyian dan tertekan oleh persekitaran, ini menyebabkan mereka menjadi agresif dan mudah melakukan perbuatan negatif. Kalau dahulu kita lebih mementingkan IQ tetapi hari ini perlu memberi tumpuan kepada EQ – ‘emotional intelligence’

 

Harmoni

Keunikan kita ialah memiliki pelajar dari Tahun 4 hingga ke Tingkatan Enam. Ini adalah satu keistimewaan jika kita gemblengkan. Jurang perbezaan yang luas perlu diintergrasikan secara yang harmonis supaya sekolah dan pelajar mendapat manfaat. Setiap aktiviti yang dirancang perlu mengintegrasikan penglibatan pelajar rendah dan menengah.

FOKUS AKTIVITI

 

Bil

BIDANG

STRATEGI

CATATAN/TINDAKAN

1

Meningkatkan Keberkesanan Kepimpinan Pendidikan Di Setiap Peringkat

1.1     Latihan kepimpinan berdasarkan kepada “on-the-job training”. Guru hendaklah menganggap bahawa tugas yang diberikan sebagai peluang latihan sambil bertugas.

1.2     Setiap guru diberi tugas akademik dan non-akademik

1.3     Pemberian tugas guru berdasarkan beberapa prinsip:

1.3.1            Kekananan

1.3.2            Latar belakang latihan yang diterima

1.3.3            Minat dan kecenderungan

1.3.4            Kesesuaian individu

 

 

 

 

 

Lihat Senarai Tugas

2

Merealisasikan Sekolah Berkesan

2.1 Mengenalpasti beberapa Kriteria Sekolah berkesan

 

2.2     Kreativiti dan Inovasi: Menggalak menanambah dan mempertingkatkan lagi inovasi yang sedia ada oleh guru:

2.2.1            Modul Pembelajaran

 

2.3     Penggunaan Teknologi: Mengwujudkan persekitaran Bestari bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran bestari dijalankan:

2.3.1            Mengwujudkan bilik pengajaran bestari

2.3.2            Kelas Komputer untuk semua pelajar

2.3.3            Pengaksesan maklumat internet

2.3.4            Penggunaan Teknologi dalam P&P

 

2.4     Pembangunan Keceriaan melalui projek-projek:

2.4.1            Seni taman

2.4.2            Seni arca

2.4.3            Mural

2.4.4            “caption”

2.4.5            Mengecat bangunan

 

2.5     Penyelenggaraan Akaun dan Kewangan

2.5.1            Semua guru diberi kefahaman tentang pengurusan kewangan sekolah melalui pengedaran carta aliran tindakan kewangan.

2.5.2            Aplikasi komputer dalam perakaunan sekolah/asrama

2.5.3            Mengwujudkan sistem pemantauan Akaun.

 

2.6     Merealisasikan ciri sekolah berwatak

2.6.1            Memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

2.6.2            Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum peringkat Daerah/Negeri

2.6.3            Mengwujudkan etika penampilan diri guru dan pelajar semasa di sekolah, di luar sekolah dan semasa menyertai aktiviti diluar.

2.6.4            Mempastikan pelajar mempunyai disiplin yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni pada setiap masa.

2.6.5            Memegang prinsip cemerlaang dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelab Internet/Cyber Stop

 

3

Membangunkan Kualiti Keinsanan Warga Pendidikan

3.1     Kualiti Keinsanan Pendidik berasaskan ciri-ciri  berikut yang perlu difahami dan dihayati:

3.1.1            Taqwa/baik

3.1.2            Ibadah/kewajipan

3.1.3            Muhasabah/menilai diri

3.1.4            Al-falah/cemerlang

 

3.2     Kualiti Keinsanan yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap pelajar:

3.2.1            Taqwa/baik: menyedari tentang fitrah kejadian manusia dan ada matlamat diri

3.2.2            Ibadah/kewajipan: menyedari bahawa ilmu adalah milik Allah, mencari ilmu adalah sebagai ibadah, maka perlu berdisiplin dan berusaha.

3.2.3            Muhasabah: menggunakan maklumat penilaian untuk berusaha bagi memperbetul dan mempertingkatkan pencapaian.

3.2.4            Al-falah: Untuk mencapai kecemerlangan perlulah diusahakan secara cemerlang.

 

3.3     Menerapkan semangat patriotisme supaya Cinta Negara

3.4     Menyambut hari-hari Kebesaran Agama.

3.5     Penghayatan dan amalan disiplin diri.

3.6     Penguatkuasaan penghayatan dan amalan disiplin.

3.7     Penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

 

4

Meningkatkan Pencapaian dan Keberkesanan Kurikulum

4.1     Pemantapan Keberkesanan Organisasi

4.1.1            Memantapkan fungsi panitia mata pelajaran

4.1.2            Memantapkan fungsi organisasi khikmat sokongan p&p:

                         Pusat sumber Sekolah

                         Teknologi Maklumat

                          Teknologi Pendidikan

                          Penggunaan Makmal

                          Buku Teks

 

4.2     Penentuan aras “Standard Q” bagi P&P guru di bilik darjah.

4.3     Penentuan aras “Standard Q” bagi pembelajaran pelajar untuk dipatuhi dan diamalkan.

4.4     Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif

4.4.1            Bilik darjah yang kondusif

4.4.2            Bilik PSS yang kondusif dan fasilitatif

4.4.3            Taman yang kondusif

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lihat “Standard Q” P&P

 

Lihat “Standard Q” bagi Pembelajaran

5

Membina Infrastruktur Pendidikan Berkualiti

5.1     Menaik-taraf Pusat Sumber Sekolah.

5.2     Menaik-taraf Bilik Gerakan

5.3     Menaik-taraf Bilik Rehat Asrama

5.4     Membaik Pulih Kelas Persediaan Asrama

5.5     Menaik-taraf makmal SISP

5.6     Menyediakan bilik siaraya Radio Sekolah

 

6

Meningkatkan Pencapaian dan Kecemerlangan Kokurikulum

6.1     Pemantapan organisasi bagi setiap kelab dan persatuan akademik dan non-akademik.

 

6.2     Menetapkan Hari Rabu sebagai Hari Kokurikulum

 

 

6.3     Menetapkan keutamaan permainan

6.3.1            Sukan Primier:Ragbi & Bola sepak

6.3.2            Sukan/permainan  yang dipertanding-kan diperingkat daerah

6.3.3            Semua acara olahraga (MSSD)

6.4     Memantapkan Pengurusan dan Latihan atlit sekolah:

6.4.1            Latihan secara individu.

6.4.2            Jurulatih: dalaman/luar.

6.4.3            Pengurus: satu acara satu guru.

6.4.4            Mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan antara sekolah atau luar.

6.4.5            Pengurusan rekod yang kemaskini

 

6.5     Pengurusan Kokurikulum Akademik (KOKURIA):

6.5.1            Menyediakan pasukan dan latihan terancang bagi semua acara KOKURIA

6.5.2            Memberi Keutamaan khusus kepada program Wacana Diraja.

 

 

7

Peningkatan Profesionalisme Guru

7.1     Peningkatan Profesionalisme Guru melalui aktiviti-aktiviti:

7.1.1            Latihan dalaman

                -      ‘Peer coaching’ oleh  guru-guru  

                       yang menghadiri kursus.

-          Pakar jemputan

-          “Talks of the month”                      

7.1.2            Mengadakan hari profesionalisme.

7.1.3            Pengaksesan maklumat dari Internet

7.1.4            Mesyuarat Pagi (3 X seminggu)

7.1.5            Penyeliaan

7.1.6            “Bench-marking”

7.1.7            Sesi ‘debriefing’

7.1.8            Usrah bulanan di surau sekolah.

 

8

Sistem Penaksiran Berkesan

8.1     Mematuhi garis panduan sistem pentaksiran SSB yang berkuatkuasa

8.2     Penilaian Prestasi Tahunan sebagai sumber  motivasi pekerja.

8.3     Melaksanakan Sistem Penilaian Sekolah:

8.3.1            TOV meliputi semua topik

8.3.2            PATI untuk Tahun 4

8.3.3            Penilaian Bulanan (4X)

 

8.4     Melaksanakan Penilaian Luar :

8.4.1            Pertengahan dan Percubaan

8.4.2            Penilaian Akhir Tahun KRK

8.4.3            Penilaian JUJ

 

8.5     Tindak susul dan Tindak ikut selepas peperiksaan:

8.5.1            Analisis

8.5.2            Diagnosis

8.5.3            Penyelesaian masalah : bimbingan pemulihan dan pengayaan.

 

9

Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan yang relevan

9.1     Guru digalakkan membuat kajian tindakan, terutama ke atas masalah yang dikenalpasti melalui diagnosis.

9.2     Menyertai program Kajian Tindakan yang dianjurkan oleh Jabatan untuk mendapatkan peruntukan kajian.

9.3     Mengenengahkan projek Kajian Tindakan untuk pengiktirafan – Guru Inovatif, Anugerah Kualiti dsb.

 

10

Melaksanakan Sistem Pemantauan Berkesan

10.1  Mengwujudkan sistem pemantauan pergerakan pelajar untuk mengatasi gejala ponteng kelas.

10.2   Pencerapan P&P di bilik darjah

10.3  Sesi debriefing guru mata pelajaran kepada Pengetua.

10.4   Mengwujudkan Sistem Pelaporan aktiviti Kokurikulum.

10.5  Mengwujudkan sistem pemantauan perakauanan sekolah & asrama.

10.6   “General Inspection” bulanan di asrama.

 

11

Melaksanakan Program Pembangunan Staf Sokongan yang Komprehensif

11.1   Latihan Dalaman kepada staf sokongan:

11.1.1         Penyelenggaraan stok.

11.1.2         Keselamatan

11.1.3         Penyenggaraan taman

 

11.2   Lawatan untuk refleksi

11.3   Mesyuarat pagi/mingguan

 

12

Membina Rangkaian Luar yang Strategik

12.1   Membina hubungan dengan penjaga/waris:

12.1.1         PIBG

12.1.2         Taklimat Pendaftaran

12.1.3         Taklimat Peperiksaan

12.1.4         Taklimat Pencapaian Pelajar

12.1.5         Solat Hajat

 

12.2  Membina hubungan dengan agensi Kerajaan:

12.2.1         Jabatan-jabatan Kerajaan

12.2.2         Majlis Daerah

12.2.3         MARA

 

12.3   Membina hubungan dengan agensi swasta

12.4   Membina hubungan dengan “Old Cliffordians”

12.5   Membina hubungan dengan masyarakat/individu  berkaitan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DARI KONSEP KEPADA PELAKSANAAN

 

Pembentukan Visi

Mulakan dengan memastikan apa kita sekarang (What are we?) dan/atau di mana kita berada sekarang (Where are we?). Contoh:

UPSR 1999 8 orang 5A

PMR 1999 90.4% lulus semua mata pelajaran

 

Bayangkan apa yang dihajati pada masa hadapan. Contoh:

CLIFFORD CEMERLANG

(Definisikan cemerlang)

UPSR 2000  30 orang mencapai 5A

PMR 2000 pencapaian 100% dalam semua mata pelajaran

 

 

 


                                               

 

 

 

 

 


Kenalpasti Isu-Isu Kritikal

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dalam semua bidang yang di hajati:

Kurikulum

Kokurikulum

Keceriaan

Penampilan Guru/Pelajar

Pengurusan /Pentadbiran

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1