Perutusan Penaung :

 

PK1 PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KOTA BHARU

 

 

Laman Utama

 

Assalamualaikum. .w.b.t

 

Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas usaha bekas pelajar SMKKB membina laman web Alumni. Ia menunjukkan betapa kreatifnya bekas pelajar SMKKB serta semangat kecintaan mereka kepada maktab ini.

 Ramai daripada lepasan SMKKB telah berjaya mengharungi kehidupan yang serba mencabar serta telah menmpah pelbagai kejayaan dalam pelbagai lapangan. Kesemua kejayaan dan kecemerlangan itu adalah hasil pendidikan para guru dan sistem pendidikan yang diamalkan di sekolah ini selain komitmen dan dedikasi pelajar itu sendiri.

 Saya berharap menerusi laman yang baru dilancarkan ini, para lepasan pelajar dapat memberi input yang baik dan murni bagi membantu pelajar SMKKB pada hari ini. Mereka yang berjaya merupakan model terbaik kepada pelajar SMKKB supaya anak-anak yang sedang belajar itu turut mengikuti jejak langkah kecemerlangan abang-abang mereka yang lalu.

 Sebagaimana nama asal yang disuntingguna namanya, laman web Alumni SMKB sudah pasti turut merakamkan segala kenangan, nostalgia, dan sari peristiwa yang berlaku sepanjang mereka berada di sekolah ini dahulu. Tetapi lebih dari itu, saya juga berharap agar para lepasan pelajar dapat juga menyumbangkan nasihat, idea dan tulisan ilmiah ke arah memperkayakan pengetahuan pelawat laman.

 Sekian, dan saya berharap suatu lagi sumbangan bermakna dapat diberikan menerusi pelancaran laman web ini.

  

PN. HAJAH NORMAH BT ABD RAHMAN

 

 

Disediakan dengan kerjasama:

Konsultan HBI: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (bekas pelajr),

HBI Health & Homoeopathy Centre, Tmn Sri Putera, 42700 Banting, Selangor.

Hosted by www.Geocities.ws

1