Kata-kata Aluan :

 

PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KOTA BHARU

 

 

Laman Utama

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum. .w.b.t

 

5EBELUM untaian langkah diatur bicara, izinkan saya memberi sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada usaha pelancaran laman Alumni SMKB kerana berjaya menghasilkan laman web alumni SMKB yang menjadi media penting di era teknologi maklumat ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan secoret kata semadah bicara dalam ruang maya ini..

 Saya percaya menerusi laman yang baru dilancarkan ini, para bekas pelajar dapat merakamkan segala kenangan, nostalgia, dan setiap sari peristiwa yang berlaku sepanjang berada di sekolah ini dahulu. Saya juga berharap para bekas pelajar dapat menyumbangkan ilham dan tulisan berinti ilmu bagi tatapan pengunjung laman.

 Tahun 2003 ini menyaksikan pelbagai pencapaian dan kemajuan di SMK Kota Bharu. Sesungguhnya, pelbagai program peningkatan prestasi akademik akan menjadi kesinambungan kepada usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini. lltizam para guru amat dihargai dan diharap akan berkekalan selamanya. Program akademik seperti Jalinan Minda dan Bicara Mutiara dapat mempereratkan lagi hubungan di antara guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.

 Saya juga memanjatkan rasa syukur kehadrat llahi kerana prestasi disiplin para pelajar SMK Kota Bharu semakin meningkat. Para pelajar yang mempunyai masalah disiplin telah dijana dan diatasi dengan baik hasil inisiatif yang dilaksanakan oleh Badan Disiplin SMK Kota Bharu. Secara tidak langsung, para pemimpin masa depan yang komited dan berdedikasi dapat dihasilkan. Sesungguhnya, setiap warga SMK Kota Bharu haruslah ditanam dengan kesedaran peri pentingnya wawasan dan misi negara yang mesti direalisasikan. Setiap warga perlulah berganding bahu untuk menjayakan impian dan wawasan ini kerana merekalah generasi pewaris kegemilangan negara dan pastinya akan terus memajukan negara ke arah yang lebih cemerlang.

 Sukan sepanjang tahun... kekal di dalam memori warga SMK Kota Bharu agar slogan "Sukan Media Pendidikan" dapat direalisasikan dengan jayanya. Sukan juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan negara. Justeru, hubungan di antara guru-guru dan para pelajar dapat dipererat lagi dari semasa ke semasa. Saya berasa sungguh kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh guru-guru dan pelajar. Semangat inilah yang cuba ditanam, disemai dan dibajai dalam jiwa anak-anak SMKKB ini.

 Sebagai intiha, adalah menjadi aspirasi saya agar citra dan nostalgia yang didokumentasikan dalam laman web yang mulai dilancarkan pada 30 Disember 2003 serta usaha gigih dan penuh dedikasi yang disiagakan oleh pihak yang pernah berada di bumi SMKKB akan dapat mengimplementasikan Wawasan 2020 dan seterusnya dapat menghadapi "Jaringan Dunia Tanpa Sempadan" pada 2005 nanti dengan jayanya.

  

PN. HAJAH ROHANI BT ISMAIL

 

 

Disediakan dengan kerjasama:

Konsultan HBI: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (bekas pelajr),

HBI Health & Homoeopathy Centre, Tmn Sri Putera, 42700 Banting, Selangor.

Hosted by www.Geocities.ws

1