MENCARI DAN MENJEJAKI SAHABAT-SAHABAT KELAS 78, SEKOLAH MENENGAH KAMIL

 
Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2004
Perjumpaan "kelas 78" yang sepatutnya diadakan pada hari raya ke 3 Aidil Fitri terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, hasil inisiatif Sdr. Emlee bin Taib satu  perjumpaan secara kecilan telah diadakan di Restoran Spicy, Kota Bharu pada 20 Nov. 2004, bersamaan 7 Shawal 1425, jam 9.30 pagi. Bilangan ahli yang hadir adalah seramai 13 orang. Banyak kenangan lama dapat diimbas kembali.
   

 

Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2004

Bagi mempertemukan lebih ramai lagi sahabat-sahabat "kelas 78", Sdr. Shauki bin Mohamad, pemilik RS Catering,  telah bermurah  hati untuk menganjurkan perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2004, bertempat di kedai beliau di Damansara Utama, Kuala Lumpur pada 27 Nov. 2004 jam 4.00 petang. 

 

<<Lihat Gambar >>

Laman Utama

 


 

 

 

 

 

 

 

 







     
Hosted by www.Geocities.ws

1