SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh bermula sebagai sekolah Abu Bakar dekat stesyen keretapi di Mentakab pada tahun 1939.  Guru besar yang pertama ialah Encik Sirapakiam.  Pada waktu itu,  sekolah menengah  dan rendah masih disekalikan lagi.

Semasa perang dunia ke dua, sekolah ini ditutup selama 4 tahun dan dibuka semula pada tahun 1947.  Pada tahun 1950-an, sebidang tanah di atas bukit yang ditanam dengan pokok getah diperolehi di Temerloh yang bertujuan untuk membina sekolah. Sebilangan dari pelajar Sekolah Abu Bakar Mentakab dipindahkan ke Sekolah Abu Bakar Temerloh pada tahun 1954.
Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada dua bangunan sahaja. Iaitu sebuah asrama yang dibina untuk pelajar-pelajar yang tinggal jauh atau tinggal di seberang sungai Pahang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 10 April 1954 dengan jumlah pelajar seramai lebih kurang 300 orang sahaja.
Peperiksaan rasmi pertama diadakan ialah Peperiksaan Cambridge School Certificate pada tahun 1955.   Pada tahun 1956, pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education yang pertama.  Berikutan dengan Laporan Razak 1956, Sekolah Abu Bakar Temerloh telah ditukar kepada Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.
Lanjutan daripada Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib pada tahun 1959, kelas-kelas aliran Melayu dimulakan.  Manakala pada tahun 1973, sekolah ini telah mejadi sekolah menengah aliran Inggeris sepenuhnya.

Pergerakan badan beruniform yang pertama ditubuhkan ialah Pergerakan Pengakap yang diasaskan oleh Encik Arrif Abdullah pada tahun 1939.  Pada tahun 1940 pula, persatuan Khutub Khanah dan Jimat Cermat ditubuhkan.  Disamping penubuhan persatuan tersebut, kejohanan olahraga sekolah yang pertama turut diadakan pada tahun tersebut.  Majalah sekolah pertama diterbitkan pada tahun 1954.
 


Hosted by www.Geocities.ws

1