FALSFAH & MATLAMAT SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH

1.    Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada ALLAH sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh ALLAH sebagai tanggungjawab "Makhlum" kepada "Khalik".

2.     Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cinta akan ilmu "Fardu Ain" dan "Fardu Kifayah" yang menjadi tuntutan Ummah. Dengan ilmu itu manusia sentiasa kreatif dan berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
 
3.    Mendidik generasi pelajar yang beramal dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang menghendaki hambanya menjadi "Khalifah" di bumi ini. Ilmu hanya akan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.



MATLAMAT SEKOLAH

SMK Parit Betak akan melahirkan pelajar yang lulus PMR 70% dan SPM 100% di samping berjaya dalam bidang kokurikulum, sekurang-kurangnya tempat kedua dalam pertandingan peringkat daerah dan meminimakan masalah disiplin ke arah "Zero Defect" pada tahun 2011
 

[ Kembali ke Menu Utama]