PENTADBIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARSHAD (SMARD)

 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad (SMARD) Kota Belud merupakan salah satu daripada lima buah sekolah menengah yang terawal didirikan di Sabah. Tun Mohd Said Keruak yang bertugas sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah pada masa itu merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membina sekolah ini pada awal tahun 1957.

 

Bangunan pertama dibina di kawasan seluas satu hektar berhampiran padang pekan Kota Belud di lereng bukit di sebelah kanan jalan menuju ke Ranau pada awal tahun 1957. Namun pengambilan pelajar hanya dibuat pada tahun 1958. Pada masa itu ia dikenali sebgai Government Junior Secondary School Kota Belud (GJSS). Pada peringkat awal, seramai 120 orang pelajar ditempatkan di dalam 4 buah kelas. Pengetua pertama adalah Encik Suhaibun Bin Yusof.

 

Pada tahun 1962 peperiksaan Sabah Junior Certificate buat pertama kali telah diadakan. Para pelajar yang lulus akan dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di Kota Kinabalu dan Sandakan.

 

Pertambahan pelajar setiap tahun memaksa bangunan ditambah dan pihak sekolah juga terpaksa meminjam bangunan lain seperti gedung padi dan beberapa kelas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hwa.

 

Sejak tahun 1966, peperiksaan Senior Cambridge diadakan untuk pelajar aliran sastera. Manakala pada tahun 1968, beberapa bangunan telah siap dibina di tapak sekarang tetap hanya sebahagian sahaja ditempatkan dan sebahagian lagi masih kekal di bangunan lama.

 

1970 -  bersesuaian dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dilaksanakan, sekolah telah  membuka kelas tingkatan satu aliran melayu.

·        Nama GJSS telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kerajaan (1) Kota Belud.

1973 -  semua pelajar telah ditempatkan di tapak sekarang.

•           kumpulan pertama kelas aliran melayu telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP).

1974 -  Kelas aliran sastera dan sains tingkatan empat telah dibuka.

1975 -  Kumpulan pertama aliran melayu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

•  Nama Sekolah Menengah Kerajaan (1) Kota Belud telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad (SMKA). Ia telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Said Keruak yang merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan. Namanya diambil sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu OKK Hj Arshad.

1979 -  tahun terakhir aliran Inggeris telah digunakan.

1980 -  Sekolah menggunakan aliran melayu sepenuhnya.

1982 -  SMKA telah membuka kelas tingkatan 6 aliran sastera.

1984 -  kelas tingkatan empat aliran sains telah dijadikan dua kelas.

1986 -  terdapat 2 kelas untuk tingkatan enam rendah.

·        terdapat kelas sains dan sastera untuk pelajar tingkatan 4 hingga 6.

1992 - Bangunan tambahan menempatkan bilik pengetua, bilik guru dan makmal tambahan telah siap dibina.

•  kelas hikmah telah diwujudkan untuk menempatkan pelajar-pelajar Islam yang terpilih.

  

LAGU SEKOLAH

Wahai Pelajar SMK Arshad semua

Kejarlah waktu tuntutlah ilmu

Demi kejayaan masa depanmu serta negeri kita

Kemajuan kemakmuran negeri

Terletak di tangan generasi

Yang tak bermalas diri

Ayolah ayo kita berlumba

Menuntut ilmu yang sangat berguna

Berpandukan rukun negara

Ikhlaslah berbakti kepada

Orang tua, negara dan bangsa

 

LENCANA SEKOLAH

 

 

 

 

LAMBANG

Lambang/Bentuk

Makna

Pengertian

Bentuk Komputer

Komputer Dan Buku Yang Sedang Terbuka

Kecanggihan Ilmu

Bentuk Tangan Yang Menadah

Tangan Sedang Ditadah

Melahirkan insan yang soleh dan kamil iaitu yang taat dan patuh kepada Maha Pencipta.

Bentuk Gelang Yang Bercantum

Gelang Yang Berkait Antara Satu Dengan Yang Lain.

Semangat kesukanan dan perpaduan muhibah antara kaum untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dan harmonis.

Bentuk Mercu

Mata Anak Panah Arah Ke Atas

Mempunyai semangat dan daya saing untuk terus maju.

 

WARNA

 

Warna

Pengertian

 

 

 

Merah

 

Keberanian dan semangat daya saing

 

 

 

 

Biru

 

Keharmonian dan perpaduan kaum

 

 

Kuning

 

Kegemilangan dan kesetiaan kepada pemimpin dan negara.

 

 

 

Hijau

 

Kesuburan, kesejahteraan dan keamanan.

 

 

 

 

 

Putih

 

Kesucian dan ketulusanText Box: Bentuk Mercu
 

 

 

 

 

Hitam

 

Keteguhan dan keunggulan.

 

 

NILAI-NILAI BERSAMA KITA

 

Dalam usaha kita hendak mencapai cita-cita untuk mewujudkan SMK Arshad Kota Belud, Sabah sebagai sebuah sekolah antara terbaik di Malaysia, kita memerlukan gugusan nilai-nilai yang boleh menyatupadukan kita ke arah maklumat yang dituju. Untuk tujuan ini, kita mengenalpasti beberapa nilai bersama seperti berikut :-

·        Kecekapan profesionalisme.

·        Pembangunan, kemajuan dan kebajikan rakan sekerja.

·        Komunikasi yang terbuka, amanah dan jujur.

·        Bekerjasama dan kerja berpasukan.

·        Kecemerlangan dalam perkhidmatan.

·        Kehematan dan kewibawaan.

·        Berdikari dan saksama.

·        Kreatif dan inovatif dalam operasi.

·        Yakin pada diri sendiri.

·        Yakin bahawa setiap pelanggan kita (pelajar) ada potensi untuk maju.

·        Bertugas berteraskan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

ü      Kecemerlangan sekolah

Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran para pelajar sekolah ini untuk meletakkan sekolah antara yang terbaik di Malaysia

ü      Zero masalah disiplin pelajar

Sentiasa berusaha mengawal dan memastikan tidak ada masalah disiplin di sekolah.

ü      Kemasukan ke asrama

Kekosongan di Asrama akan diisikan dengan seberapa segera berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Asrama.

ü      Keceriaan sekolah

Berusaha meningkatkan keceriaan sekolah setiap masa selaras dengan fungsi sekolah sebagai pusat ilmu.

ü      Kekurangan guru

Pihak sekolah sentiasa peka terhadap perkara ini dan cuba berusaha untuk mencari jalan bagi memenuhi kekosongan atau kekurangan guru.

ü      Kebajikan dan keselamatan pelajar

Sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar terjamin.

ü      Menghadiri kursus

Setiap staf diberi peluang menghadiri kursus sekurang-kurangnya sekali setahun  samada melalui kursus luaran atau kursus dalaman.

 

ü      Pembekalan maklumat

Segala maklumat dan butir-butir yang diperlukan oleh pihak-pihak tertentu akan diproses dalam tempoh segera setelah permohonan diterima.

ü      Pengurusan kewangan

§         Tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh penerimaan.

§         Tatacara pengurusan kewangan disemua peringkat mematuhi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan.

§         Menentukan biasiswa pelajar dibayar dua minggu selepas waran diterima.

§         Tuntutan dari luar diproses dengan segera.

§         Perbelanjaan sekolah berdasarkan peruntukan yang ada.

ü      Kemudahan pembelajaran

Semua kemudahan fizikal, peralatan dan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian.

ü      Permohonan bekalan

Menentukan segala permohonan bekalan diproses dalam masa sebulan dari tarikh ia diterima.

ü      Penyenggaraan bangunan

Keperluan penyenggaraan bangunan diambil tindakan dalam masa segera berdasarkan waran yang diterima.

ü      Peperiksaan

Pendaftaran peperiksaan mengikut jadual dan perjalanan peperiksaan dilaksanakan tanpa penyelewengan.

ü      Keperluan pelanggan

Sekolah terus peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan (pelajar), masyarakat (ibubapa) dan agensi kerajaan.

ü      Layanan mesra

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.

ü      Aduan dan rayuan

Menentukan segala aduan dan rayuan berkaitan dengan sekolah akan diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ia diterima.

ü      Pandangan dan syor

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

 

ANALISA LATAR BELAKANG MURID

 

SMK Arshad mempunyai seramai 1,530 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima. Untuk pelajar tingkatan satu, para pelajar adalah dari sekolah yang berdekatan seperti :-

i.                     SJK Chung Hwa

ii.                   SK Pekan

iii.                  SK. St. Edmund

iv.                 SK Rangalau

v.                   SK Suang Punggor

vi.                 SK Piasau

vii.                SK Ambong

 

Namun, tidak semua para pelajar dari sekolah di atas memasuki SMK Arshad kerana ia akan diagihkan kepada beberapa buah sekolah di sekitar Kota Belud seperti SMK Pekan, Kota Belud.

 

 

 

TAKWIM SEKOLAH

SUSUNAN AKTIVITI 2002

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARSHAD, KOTA BELUD

 

BULAN

AKTIVITI

TEMPAT

TINDAKAN

 

Oktober 2001

 

Pendaftaran Tingkatan 1 tahun 2002

 

Bilik Guru

 

AJK Pendaftaran

 

Januari 2002

 

·         Mesyuarat guru 1

·         Ujian khas dan minggu haluan pelajar tingkatan 1

·         Pendaftaran dan minggu haluan pelajar tingkatan 4

·         Pendaftaran PMR dan SPM 2002

·         Mesyuarat kurikulum/panitia

 

·         Mesyuarat persatuan/kelab/ rumah sukan

·         Pengedaran SPBT

·         Garis padang untuk sukan

 

Bilik Gerakan

Kelas

 

Kelas dan Dewan

Kelas

 

Bilik Gerakan & Bilik Khas

 

Bilik Khas

Bilik SPBT

Padang

 

PK1 & S/u

AJK Pendaftaran & guru Tingkatan

AJK Pendaftaran

 

Guru Ting/ S/u peperiksaan

AJK dan Panitia

 

 

Pengerusi KOKUM

Guru SPBT

Pengerusi KOKUM

 

Februari 2002

 

·         Cuti pertengahan semester 1

·         Pendaftaran STPM

 

·         Mesyuarat kurikulum/panitia

 

·         Keputusan SPM / STPM 2001

·         Latihan Sukan

·         Kejohanan Sukan Tahunan SMARD

 

Kelas

 

Bilik Gerakan & Bilik Khas

Bilik Gerakan

Padang

Padang

 

Guru Tingkatan & S/u Peperiksaan

AJK & Panitia

 

AJK Pendaftaran

Guru Rumah

Pengerusi KOKUM

 

Mac 2002

 

·         Kelas diskusi

·         Mesyuarat kurikulum/panitia

 

·         Pendaftaran Ting. 6 Rendah

 

Kelas

Bilik Gerakan & Bilik Khas

Dewan

 

AJK Kurikulum

AJK & Panitia

 

AJK Pendaftaran

 

April 2002

 

·         Kelas diskusi

·         Penataran Staf

 

Kelas

Bilik Gerakan

 

AJK Kurikulum

AJK Penataran Staf

 

Mei 2002

 

·         Kelas diskusi

·         Pentaran Staf

·         Peperiksaan Semester 1

·         Kursus Kemahiran Belajar

·         Cuti Semester 1

 

Kelas

Bilik Gerakan

Kelas

Dewan

 

 

AJK Kurikulum

AJK Penataran Staf

S/u Peperiksaan

AJK

 

Jun 2002

 

·         Projek Cemerlang

 

Kelas

 

AJK

 

Julai 2002

 

·         Projek Cemerlang

·         Hari Anugerah Cemerlang

 

Kelas

Dewan

 

AJK

AJK

 

Ogos 2002

 

·         Projek Cemerlang

 

Kelas

 

AJK

 

Sept. 2002

 

·         Projek Cemerlang

·         Cuti Pertengahan Semester 2

·         Perkhemahan Badan Beruniform

·         Peperiksaan Percubaan

 

Kelas

 

Padang

 

Kelas

 

AJK

 

Pengerusi KOKUM

 

S/u Peperiksaan

 

Oktober 2002

 

·         Peperiksaan Percubaan/ Semester 2

 

Kelas

 

S/u Peperiksaan

 

Nov. 2002

 

·         Peperiksaan PMR, SPM & STPM

·         Cuti Semester 2

 

Kelas & Dewan

 

 

PELAN SEKOLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 SENARAI NAMA GURU SMARD

 

SIDANG PAGI SIDANG PETANG

1.                  Abdul Adzid Abdul Hamid

2.                  Ahmad Awang

3.                  Amini Linggam

4.                  Ana Fauziana Amat

5.                  Ashmir Abdul Raus

6.                  Atik Bantasan

7.                  Baitah @ Jean Gindol

8.                  Bungsu Gaga

9.                  Cathrine Chu

10.              Chan Ai Ling

11.              Cheah Suat Ling

12.              Datu Roslin Datu Siabot

13.              Elsie Pius

14.              Faridah Bah Dadu

15.              Faridah Mohd Rah

16.              Gunik Gunsalam

17.              Habibah Ajik

18.              Hartini Harun

19.              Haslina Kamaruddin

20.              Haslina Yusuf

21.              Jaim Pisal

22.              Juanis Badin

23.              Lokuin Gintos

24.              Maimunah Maluddin

25.              Martin Pavanaris

26.              Mastan Gaga

27.              Maulani Diman

28.              Mohd. Iskandarzulkernain Mohd Yahya

29.              Mohd Sirun Mohd Sibuh

30.              Mustakim Sintam

31.              Nazri Mohammad

32.              Noor Azizan Abdul Rahman

33.              Noraishah Mahmad

34.              Norilmiah Ibrahim

35.              Nurhidayah Lasig

36.              Pauze Abdul Majid

37.              Pikong Rangkasan

38.              Pohziah Alam

39.              Rogayah Mantiar

40.              Rohaidah Hj Rashkin

41.              Rohana Mohd Masir

42.              Rohani Abu Bakar

43.              Rokiah Ismail

44.              Rose Alsie Iskandar @ Asah

45.              Rosliza Mat Said

46.              Sabariah Soffian

47.              Samsul Bahari Abdul Hamid

48.              Shahrom Shaari

49.              Sharifah Junaidah Syed Ibrahim

50.              Suraya Mohd Napiah

51.              Suzilah Mohd Shafee

52.               Wan Mohd Nasir Wan Mat

53.              Yakup Nasib

54.              Zaiton Johari

55.              Zamri Ahmad

56.              Zulkefli Ismail

57.              Zuraini Ibrahim

 

1.                  Amy Wong Asnah

2.                  Abdul Kanan Rasam

3.                  Albert Rumatai

4.                  Alice Lim @ Nurkhalisa

5.                  Amlinah Jemali

6.                  Atineh Tanggulau

7.                  Awang Hat

8.                  Azlin Ismail

9.                  Baharom Hashim

10.              Bayani Mohd Sirun

11.              Ernah Toh

12.              Florence Ebbie

13.              Halimah Betan

14.              Haslinda Awing

15.              Ipal Bainor@ Mohd. Taufiq

16.              Jaffar Ahmad

17.              Jasli Jitul

18.              Jaunik Rumantis

19.              Johari Hajat

20.              Joyce Gilling

21.              Kadir Yadam

22.              Katrim Sain

23.              Khor Chun Hai

24.              Mahani Kamaharis

25.              Martinah @ Nur Atiqqa Abdullah

26.              Martinah Limoi

27.              Matnin Mohammad

28.              Mekariati Harun

29.              Misrah Salim

30.              Mohammad Yusof

31.              Mohd Azman Abu Bakar

32.              Mohd Najib Shah Mohd Yaakub

33.              Norfarahin Murgani

34.              Normawati Dollah

35.              Nurhana Sada

36.              Puin Hj Wong

37.              Ronny Rubinsin

38.              Rubiah Jantan

39.              Rudah Sawang

40.              Sabnah Abdul Hamid

41.              Safwan Ahmad

42.              Sairah Jool

43.              Salwani Mohd Saidi

44.              Sulaiman Sarabani

45.              Syed Hud Syed Ariffin

46.              Sylviana  Omer

47.              Tipah Sibil

48.              Victor Amin

49.              Yamil Suni

50.              Zaharah Yusof

51.              Zaitun Sidun

 

ORGANISASI SEKOLAH

STRUKTUR ORGANISASI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAIZ / GRED

 

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred A Luar Bandar di mana ia mempunyai 1530 orang pelajar bagi sesi pagi dan petang. Sesi pagi adalah untuk pelajar menengah atas iaitu tingkatan 4, 5 dan 6. Manakala sesi petang pula adalah untuk pelajar menengah bawah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Sekolah ini mempunyai 110 orang guru iaitu 59 orang guru pagi dan 51 orang guru sesi petang.

Terdapat 23 buah kelas disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah ini dan beberapa kemudahan lain untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah ini.

 

 

 

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM ORGANISASI SEKOLAH

 

Kebiasaannya, komponen-komponen dalam organisasi setiap sekolah adalah serupa mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Komponen-komponen yang terdapat dalam organisasi Sek. Men. Keb. Arshad (SMARD) ialah

Pengetua

Penolong Kanan 1

Penolong Kanan HEM

Penyelia Petang

Pengurus KOKUM

Kebajikan

Disiplin

Asrama

Tugas Khas

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)  -    Bahasa

-         Sains Sosial

-         Teknik dan Vokasional

-         Sains

Pentadbiran

kesemua komponen-komponen ini saling berkaitan di antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan.

 

KAITAN ANTARA KOMPONEN-KOMPONEN DALAM ORGANISASI

Pengetua dibantu oleh Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penyelia Petang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Tugas Penolong Kanan 1 lebih tertumpu kepada bahagian akademik dan pentadbiran di mana beliau dibantu oleh GKMP Bahasa, Teknik dan Vokasional, Sains Sosial dan Sains dalam melaksanakan perkara yang berkaitan dengan akademik. Manakala dari segi pentadbiran, beliau banyak dibantu oleh kakitangan bukan mengajar. Untuk tugas-tugas khas pula, beliau dibantu oleh AJK yang telah dilantik mengikut bahagian masing-masing.

Bagi Penolong Kanan HEM pula, tugas beliau lebih tertumpu kepada hal ehwal pelajar termasuklah dari segi disiplin, kemudahan asrama, kokurikulum (KOKUM) dan tugas khas yang meliputi keceriaan, siaraya, kantin dan guru tingkatan di mana beliau dibantu oleh guru-guru yang telah dilantik.

Penyelia Petang membantu Pengetua mentadbir Sidang Petang persekolahan.

 

FUNGSI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM ORGANISASI

PENGETUA

Pengetua berfungsi sebagai ketua sekolah di mana segala urusan pentadbiran dan akademik adalah di bawah penyeliaan beliau dengan dibantu oleh Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penyelia Petang. Segala urusan yang berkaitan dengan sekolah, haruslah dirujuk kepada beliau sebelum dilaksanakan.

PENOLONG KANAN 1

Penolong Kanan 1 bertanggungjawab menjalankan tugas yang berikut:

q       Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaan beliau

q       Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua

q       Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan

q       Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah

q       Membantu pengetua dalam menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah

q       Membantu pengetua dalam semua aspek rancangan dan pengurusan sekolah

 

PENOLONG KANAN HEM

Bidang tugas Penolong Kanan HEM adalah:

q       Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1

q       Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua

q       Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal pendidikan jasmani, kokurikulum, disiplin, kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan pengawasan asrama

q       Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah

q       Membantu pengetua dalam menyelia dan menilai pendidikan jasmani, kokurikulum, disiplin, kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan pengawasan asrama

q       Membantu pengetua dalam semua aspek rancangan dan pengurusan sekolah

PENYELIA PETANG

Penyelia Petang bertanggungjawab

q       Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM

q       Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua

q       Bertanggungjawab kepada pengetua dalam mantadbirkan semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang

q       Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan sidanng petang

q       Membantu pengetua dalam semua aspek rancangan dan pengurusan sekolah

 

MP BAHASA

Mata pelajaran bahasa merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Kesusasteraan Melayu dan Pengajian Am. Setiap mata pelajaran ini perlu mewujudkan panitia mata pelajaran masing-masing. Setiap panitia perlu melantik Guru Panitia MP dan guru yang telah dilantik ini bertanggungjawap membantu GKMP.

MP SAINS SOSIAL

Mata pelajaran sains sosial merangkumi mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, PJK dan Pendidikan Seni. Setiap mata pelajaran ini perlu mewujudkan panitia mata pelajaran masing-masing. Setiap panitia perlu melantik Guru Panitia MP dan guru yang telah dilantik ini bertanggungjawap membantu GKMP.

MP TEKNIK DAN VOKASIONAL

Mata pelajaran teknik dan vokasional merangkumi mata pelajaran Prinsip Akaun, Ekonomi, Perdagangan dan Kemahiran Hidup. Setiap mata pelajaran ini perlu mewujudkan panitia mata pelajaran masing-masing. Setiap panitia perlu melantik Guru Panitia MP dan guru yang telah dilantik ini bertanggungjawab membantu GKMP.

MP SAINS

Mata pelajaran sains merangkumi mata pelajaran Sains dan Sains Tambahan serta Matematik dan Matematik Tambahan. Setiap mata pelajaran ini perlu mewujudkan panitia mata pelajaran masing-masing. Setiap panitia perlu melantik Guru Panitia MP dan guru yang telah dilantik ini bertanggungjawab membantu GKMP.

GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)

Bidang tugas GKMP adalah

q       Bertanggungjawap kepada pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran berkaitan dengan bidangnya

q       Bertanggungjawap kepada pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya

q       Membantu pengetua mnyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yanng berkaitan dengan bidangnya

q       Mengadakan program untukmningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar

q       Membantu pengetua dalam semua aspek rancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya

q       Membantu pengetus menyelaras dengan pihak luar dengan hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya seperti pemeriksaan sekolah oleh jemaah nazir sekolah, latihan mengajar guru-guru pelatih maktab dan universiti

 

GURU PANITIA

Guru Panitia bertanggungjawab

q       Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang telah dikemas kini

q       Menentukan penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran

q       Menyediakan rancangan pengajaran mingguan, bulanan dan semester

q       Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan

q       Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan  taraf pencapaian dari masa ke semasa seperti mengadakan

§         Kelas-kelas tambahan

§         Ceramah-ceramah manjawab soalan

§         Peraduan-peraduan tertentu

q       Menentukan jenis-jenis buku yang perlu disediakan oleh sekolah untuk perpustakaan dan rujukan guru

q       Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah

q       Memberi kerjasama kepada jawatan kuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku teks yang digunakan

q       Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar-pelajar

q       Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kurikulum

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA MATA PELAJARAN

Panitia bertanggungjawab

q       Menentukan bahan-bahan keperluan panitia dan membelinya

q       Menentukan program dan aktiviti sepanjang tahun

q       Berhak mengetahui jumlah peruntukan kewangan dan menggunakannya

 

Tugas Panitia ialah

q       Menghayati keperluan sesuatu mp dan merancang pelan tindakan selaras dengan matlamat Jabatan Pendidikan Sabah

q       Menyediakan takwim tahunan panitia di mana ia merancang aktiviti serta menyediakan rancanagan pengajaran tahunan dan harian

q       Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini bagi semua tingkatan

q       Menyediakan fail pengajaran guru

q       Membuat diagnosis dan prognosis prestasi pelajar

q       Menyediakan soalan ujian serta skema pemarkahan

q       Menyediakan bank soalan

q       Mengadakan sesi kongsi ilmu untuk bertukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti sesuatu kursus, seminar, bengkel dan lain-lain

q       Mengadakan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk pelajar

q       Menyediakan carta organisasi panitia

Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun

 

 

 

TAKWIM KEGIATAN KO-KURIKULUM

Bil

Aktiviti Program

Tarikh

Tindakan

Catatan

1.

Mesyuarat Agung rumah sukan

14.1.02

Peny. KOKUM/ Ketua Rumah Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

2.

Mesyuarat Sukan Tahunan & Merentas Desa

17.1.02

Peny. Sukan  (S/U Sukan)

AJK Sukan

3.

Sukan Merentas Desa SMARD

25.1.02

Peny. Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

4.

Sukan Tahunan

5-6.2.02

Peny. Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

5.

Mesy. Agung Badan Beruniform

19.2.02

Peny. BB

Semua guru dan pelajar terlibat

6.

Mesy. Agung Pers. / Kelab

20.2.02

Peny. Persatuan/ Kelab

Semua guru dan pelajar terlibat

7.

Mesy. Agung Permainan & Sukan

21.2.02

Peny Per & Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

8.

Perjumpaan I- Badan Beruniform

09..3.02

Peny. BB / KGP

Semua guru dan pelajar terlibat

9.

Perjumpaan I- Pers. / Kelab

16..3.02

Peny. Persatuan/ Kelab

Semua guru dan pelajar terlibat

10.

Perjumpaan I- Permainan & Sukan

13.4.02

Peny Per & Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

11.

Perjumpaan II- Badan Beruniform

20.4.02

Peny. BB / KGP

Semua guru dan pelajar terlibat

12.

Perjumpaan II- Pers. / Kelab

11.5.02

Peny. Persatuan/ Kelab

Semua guru dan pelajar terlibat

13.

Perjumpaan II- Permainan & Sukan

18.5.02

Peny Per & Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

14.

Perjumpaan III- Badan Beruniform

08.6.02

Peny. BB / KGP

Semua guru dan pelajar terlibat

15.

Perjumpaan III- Pers. / Kelab

15.6.02

Peny. Persatuan/ Kelab

Semua guru dan pelajar terlibat

16.

Perjumpaan III- Permainan & Sukan

13.7.02

Peny Per & Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

17.

Perjumpaan IV- Badan Beruniform

20.7.02

Peny. BB / KGP

Semua guru dan pelajar terlibat

18.

Perjumpaan IV - Pers. / Kelab

10.8.02

Peny. Persatuan/ Kelab

Semua guru dan pelajar terlibat

19.

Perjumpaan IV- Permainan & Sukan

17.8.02

Peny Per & Sukan

Semua guru dan pelajar terlibat

20.

Mesyuarat Perkhemahan Tahunan

26.8.02

Peny. KOKUM

AJK

21.

Perkhemahan Ko-Kurikulum

6-8.9.02

Peny. KOKUM

AJK

22.

Markah Ko-Kurikulum dihantar

21.10.02

Ketua Guru Penasihat

Guru Penasihat

 

 

TAKWIM PERTANDINGAN SUKAN

Bil

Aktiviti

Tarikh

Penyelaras

1.

Pertandingan Bola Tampar

Januari

Pn. Rose Elsie & AJK

2.

Pertandingan Bola Baling

Januari

En. M. Taufiq & AJK

3.

Pertandingan Bola Sepak (15 thn, 18 thn )

Februari

En. Florance Ebbie & AJK

4.

Sukan Olahraga

Februari

En. Martin Pavanaris & S/U Sukan

5.

Pertandingan Badminton

Februari

En. Amini Linggam & AJK

6.

Pertandingan Tenis

Februari

En. Pikong Rangkasan & AJK

7.

Pertandingan Ragbi (15 thn, 18 thn)

Februari

En. Nazri Mohammad & AJK

8.

Pertandingan Sepak Takraw

Februari

En. Jasli Jitul & AJK

9.

Pertandingan Ping Pong

Februari

En. Khor Chu Hai & AJK

10.

Pertandingan Hoki (15 thn, 18 thn)

Mac

En. Shamsul Bahari & AJK

11.

Pertandingan Bola Jaring

Mac

Cik Jean Gindol

12.

Pertandingan Piala Pengetua SMARD

Oktober

En. Iskandar Yahya

 

 

 

 

TAKWIM PROGRAM SOKONGAN BAHASA

BIL

AKTIVITI SOKONGAN BAHASA

PERINGKAT SEKOLAH / BULAN

PERINGKAT DAERAH / TUAN RUMAH / BULAN

PERINGKAT BAHAGIAN / TUAN RUMAH / BULAN

PERINGKAT NEGERI / TUAN RUMAH

PERINGKAT KEBANGSAAN / TUAN RUMAH

CATATAN

01

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu (Men)

 

Mac

April

Mei

PBS

10-12 Jun

 

Julai 2002 / Sarawak

 

(Zon) Sabah, Sarawak, Labuan (Bulan Jun)

02

Pertandingan Bahasa Inggeris (Men)

Mac

April

Mei

PBS

10-12 Jun

Julai 2002

Sarawak

 

03

English In Camp

Sept

 

 

28-31 Okt

Sandakan

Mei 2002

Trengganu

 

04

Perkhemahan Bahasa Melayu (Ren)

Sept

 

 

28-31 Okt

Sandakan

Mei 2002

Kelantan

 

05

Pertandingan Choral Speaking (Ren)

Mei

Jun

Julai

PBU

5-7 Ogos

Sept 2002

Selangor

 

06

Pertandingan Choral Speaking (Men)

Mei

Jun

Julai

Keningau

14-16 Ogos

Sept 2002

Perak

 

07

Story Telling Competition (Ren)

Jun

Julai

Ogos

25-27 Ogos

Beaufort

Okt 2002

Sabah

 

08

Pertandingan Public Speaking (Men/Ren)

April

Mei

Jun

15-17 Julai

Tawau

Ogos 2002

Pulau Pinang

 

09

Pertandingan Forum Remaja (Men)

Mac

April

Mei

27-29 Jun

PBS

Sept 2002

Melaka

 

10

Pertandingan Pidato Piala Diraja (Men/Ren)

April

Mei

Jun

15-17 Julai

Tawau

Ogos 2002

Kuala Lumpur

 

11

Pertandingan Asei United Nations

Sept-Dis

 

 

 

Sept-Dis

Kuala Lumpur

 

12

Pertandingan Menulis Haiku

Jan-Mac

 

 

 

Jan-Mac

Kuala Lumpur

 

13

Pertandingan Syarahan dam Ujian Bertulis (SJKC/T)

Jun

 

 

 

November

Labuan

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1