![]() |
|||||||||
| Beli E-book ini sekarang ! Harga sebenar RM60 Tawaran terbaik promosi RM40 sahaja |
|||||||||
| Carta-bar adalah satu alat penjadualan yang amat popular. Ianya mudah disediakan, mudah diterangkan dan mudah difahami. Ia menerangkan berapa jumlah masa (jam-kerja atau hari-kerja) yang diperlukan untuk melaksanakan kerja termasuklah jumlah masa untuk menyiapkan keseluruhan projek. | |||||||||
| Selain dari masa, sumber-sumber seperti buruh, bahan, kelengkapan dan kos juga boleh dikira dalam carta-bar. Ini diberi nama carta-bar tertambah-nilai. Dengan carta-bar seperti ini, lengkuk-S biasanya digunakan sebagai ilustrasi tentang penggunaan sumber atau analisis kos. Ia memplot nilai terkumpul pada mana-mana waktu analisis dibuat. | |||||||||
| Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana projek dipantau dan dikawal menggunakan hari-kerja atau lengkuk-S bersandarkan masa sahaja. Ini terutamanya benar pada permulaan projek atau pada projek-projek berskala kecil seperti yang kerap diamalkan di Malaysia. Salah satu sebabnya adalah mudah untuk memantau tanpa perlunya memeriksa dan menganalisis penggunaan sumber dan kos yang terpakai. | |||||||||
| Perancang atau pengguna lengkuk-S bersandarkan masa biasa merasakan susah untuk memplot lengkuk-S terus di dalam perisian penjadual yang mereka gunakan. Ini disebabkan tidak ada menu atau paparan spesifik dalam kebanyakan perisian penjadual tentang bagaimana mencipta lengkuk-S bersandarkan masa ini kerana kebanyakan perisian penjadual telah direka bentuk untuk menjejak masa dan kos atau sumber secara sekaligus dan bukannya berasingan. | |||||||||
| Berdasarkan permintaan yang hebat tentang hal ini, saya telah menulis satu buku elektronik berilustrasi yang menerangkan langkah-langkah yang terlibat dalam mencipta lengkuk-S bersandarkan masa secara manual dan juga memplot dalam perisian Primavera Project Planner�. | |||||||||
| Sekiranya anda ingin tahu atau hendak membeli buku elektronik itu, sila klik di sini. | |||||||||