Bismillah...
Pembuka Bicara

Assalamualaikum Semua,

 

Terima Kasih kerana melawat halaman ini.

Halaman ini ditujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan dan semua warga SMAKL daripada pekerja Am hingga ke Pengetuanya terutama pada sesi 1993/4 di mana buat pertama kalinya warga SMAKL menduduki peperiksaan di bangunan sekolahnya sendiri.

Tidak dilupakan juga kepada semua pelawat yang sampai ke halaman ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga, teman akrab dan mereka yang banyak mendorong dan memberi sokongan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Laman ini merupakan hasil inspirasi mereka.

Semoga dengan adanya halaman ini, SMAKL akan lebih dikenali dan warga SMAKL akan terus menjalinkan persahabatan bagi mengeratkan ukhwah Islamiah di kalangan mereka.

Akhir sekali, pohon ampun dan maaf seandainya terdapat kecacatan dan kesilapan dalam mengelolakan halaman ini. Sudah menjadi sunnatullah bahawa setiap apa yang diciptakan atau dengan kata lain al-makhluk, mempunyai kelemahan dan batas- batas tersendiri. Justeru itu, cadangan dan komen dari para pelawat amat dihargai. Ini bagi memantapkan persembahan keseluruhan Halaman SMAKL. Mudah-mudahan manafaatnya dapat dikongsi bersama.

JAZAKALLAHU KHAIRAN.

Wassalam

 

Former SMAKL

(1989/90 - 1995)

sends mail to smakl@yahoo.com [email protected]

 

 

HALAMAN UTAMA

Copyright (R) 14 of October, 1998


Hosted by www.Geocities.ws

1