* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

TANDA-TANDA KIAMAT


Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)
Tanda-tanda kecil kiamat.
Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
Banyak berlaku gempa bumi.
Zaman sudah dekat mendekati.
Banyak fitnah memfitnah.
Banyak pembunuhan.
Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
Ramai orang bermegah dengan projek mega.
Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
Ramai orang solihin meninggal dunia.
Anak melawan ibubapa.
Hujan di musim kemarau.
Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
Setiap desa dikepalai orang munafik.
Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
Lahir ramai anak hasil perzinaan.
Banyak minuman keras.
Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
Para pembesar / penguasa melakukan zina.
Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
Orang alim sudah tidak disenangi.
Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
Banyak kematian secara mendadak.
Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Rasuah berleluasa.
Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
Ramai orang menjual-beli hukum.
Memandang ringan masalah perceraian.
Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.
· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

TANDA-TANDA KIAMAT II


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Hosted by www.Geocities.ws

1