Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak
kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok
akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti
itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan
aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga
boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan
pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi
sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan
rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan
menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb
al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia"
itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk
merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan,
serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak
boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina
yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan
dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna
kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta
dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan
dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam
di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma
atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut
yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan
"makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak
ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah
membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata
ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah
syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit
buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak
sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan
balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w
pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati
kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan
dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala
yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman
yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan
memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar
atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit
kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan
cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai
inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama
bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat
akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang
itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu
segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu
yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas
(summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim
sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada
hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan
tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad
melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging
selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling
baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing
yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua
tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat
mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging
unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat
juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.