* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
SEKOTAK SURAT SENASKAH CINTA SERIBU PENANTIAN

Sekotak Surat Senaskah Cinta Seribu Penantian - Siri 1


"Dida sini !" Adida berjalan menuju ke arah Afifah yang sedang menunggunya di hujung meja. Bersama sepinggan mee goreng dan secawan milo ais, dia mendekati Afifah, rakan barunya yang baru dua bulan belajar di sini.

"Pandai kau cari tempat ye." Afifah tersenyum. Mestilah, nak hidup kenalah pandai dan tangkas. Kalau tidak alamat ketinggalan di belakanglah.

"Ai, tukar selera ke?" Soal Afifah sambil merenung tepat ke arah mee sepinggan Adida. Selalunya Adida cuma makan kuih sahaja. Sebab itulah badannya solid, tak macam dia, berbadan gempal tapi masih ada cutting.

"Aahlah Ifah, for today aje. Perut aku lapar sangat. Tadi dalam kelas dah buat muzik dah." Jawab Adida sambil memegang perutnya. Afifah cuma tersenyum. Nasi lemak di pinggan disuap satu persatu. Berselera sekali dia makan. Al-maklumlah, favourite food. Adida hanya memerhatikan dari arah bertentangan, dia tahu Afifah memang kuat makan sikit orangnya. Sebab itulah badannya agak gempal.

Tapi walaumacamanapun dia masih boleh dikategorikan dalam gadis cantik, kerana kulitnya yang putih melepak, bermata kucing, hidung mancung, bibir nipis warna pink, ada tahi lalat atas bibir dan rambut ikal mayang paras bahu. Kalau dia tersenyum lagi cantik macam baby face. Bukan sahaja lelaki yang terpikat, malah Adida sendiri senang menatap wajah itu. Ramai juga yang kata wajah Afifah ada iras-iras pelakon Zizie Ezette. Itu memang Adida tak dapat nak nafikanlah, sebab memang ada iras-iras pun.

"Eh, Did. Tengok tu." Afifah sempat mencuit tangan Adida yang tika itu sedang enak menyedut air milo aisnya. Adida menoleh ke belakang ke arah yang dimaksudkan oleh Afifah. Oh…… itu group Johan tu.

"Kau minat kat dia?" soal Adida walaupun dia tau memang Afifah ada hati dekat Johan. Apa tidaknya setiap kali nampak Johan pasti tak keruan jadinya gadis itu.

"What do you think, ada can tak aku jadi girlfriend dia?" Soal Afifah sambil tersenyum. Dia meletakkan tangannya di bawah dagunya. Menyerlahkan lagi keayuan wajahnya.

"Ada. Asalkan kau berani menegur dan berterus terang sendiri dengan dia. Kalau tak salah aku diapun sekarang solo lagi." Afifah tersenyum lagi.

Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah Johan. Adida menoleh sekali lagi ke arah Johan. Secara kebetulan Johan terperasan lalu menghadiahkan sebuah senyuman ke arah dua orang gadis itu.

"Alamak, dia senyumlah Did. Ee…… bestnya." Seronoknya Afifah, Adida lihat. Adida geleng kepala. Ish, angau-angau kawan aku ni. Bisik hatinya.

"Tapi aku seganlah Did. Aku ni pemalu sikit, tak kan aku nak pergi kat dia dan cakap terus terang yang aku suka kat dia. Benganglah aku." Akhirnya Afifah melahirkan rasa tidak senangnya. Adida menepuk dahi. Hai, apalah punya angau kawannya ni. Suka, tapi tak nak berterus terang.

"Habis, kalau kau tak cakap terus terang macamana dia nak tau." Pening-pening Adida yang dibuatnya.

"Bukannya apa Did, aku takut kalau dia tak terima. Aku juga yang malu nanti."

"So, kau nak suruh aku buat apa?" Soal Adida. Dia taulah kalau Afifah dah cakap macam tu, bermakna dia perlukan pertolonganlah tu.

"Kau tolong jadi orang tengah." Ujar Afifah sambil tersengih kambing. Dia lihat Adida mengeluh. Adida diam, lama dia berfikir. Lebih kurang 60 saat. Afifah masih menanti jawapan daripada Adida. Sebenarnya takut juga dia kalau Adida tiba-tiba melenting. Ini kat kantin ni. Kalau Adida melenting pastinya dia yang malu. Dahlah orang tengah ramai.
"O.kaylah, kawan punya pasal. Aku tolong. Tapi aku cuma tolong menjelaskan aje tau. Lebih-lebih kau arrange sendiri." Adida membuat jaminan. Afifah tersenyum. Hah, sukalah tu.

"Terima kasih Did, kaulah kawan aku yang baik sekali kat dunia ni." Afifah menggengam jari jemari Adida untuk menunjukkan rasa gembiranya dan terima kasihnya. Adida sekadar mengangguk. Waktu rehat semakin tamat dan mereka bercadang untuk kembali ke kelas sebelum loceng berbunyi.

"O.kay Joe, aku pulang dulu." Sorang-sorang rakannya menepuk bahunya. Johan tersenyum sahaja. Sebenarnya dia sedang menanti seseorang. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di sini. Kalau tidak ini tentu dia pun dah balik
sekarang.

"Ei, kalau buat date tu jangan lama-lama, jangan sampai tak ingat dunia." Pesan kawannya yang lain pula. Mereka tersengih-sengih mengusik Johan. Johan hanya tersenyum. Dia dah lali dah dengan usikan dan teguran kawan-kawannya itu. Biasalah tiap kali dia berjumpa dengan budak perempuan aje tak kiaralah penting ke tidak, memang itulah yang kawan-kawannya katakan. Asal boleh aje bercakap.

"Alah, jangan takutlah akukan hamba yang beriman." Balasnya sambil diiringi oleh deraian tawa kawan-kawannya.
Adida tergesa-gesa menuruni tangga. Disebabkan dia tak habis siapkan latihan B.Melayunya dalam masa yang ditetapkan, dia tidak dibenarkan keluar oleh cikgu B.Melayunya, sehinggalah latihannya habis. Apabila siap aje latihan, dia lihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 1.20 petang. Alamak! Dia dah terlewat 10 minit ni. Itu sebablah ni dia tergesa-gesa menuruni tangga, takut orang yang dijanjikan sudah tiada. Tapi bila dia tiba di bawah hatinya lega kerana orang yang dijanjikan masih ada di situ.

"Hai, dah lama menunggu?" Johan berpaling.

"Tak adalah lama sangat."

"Sorrylah, adahal sikit tadi. Jomlah kita pergi." Ajak Adida. Johan hanya mengikut dari belakang.

Tiba di Restoran Dunkin Donut mereka hanya memesan 2 gelas air Fanta Grape. Itu Adida yang pesan dulu. Tekaknya tiba-tiba terasa haus pula. Mungkin kerana berlari turun tangga tadi sehinggakan tekaknya kering. Johan pula ikut aje apa yang dipesan oleh Adida. Setelah puas membasahkan tekak barulah Adida bersuara. Tapi tiba-tiba kelu pula lidahnya. Ni yang tension ni. Baru dia tahu susah juga nak cerita bab ni ye. Johan pula mula-mula diam ajelah, tapi bila dah dekat 10 minit mereka diam akhirnya dia pula yang bersuara.

"Ah, ada apa ni. Cakaplah, takan nak diam aje." Gulp. Adida telan air liur. Alamak! Garang juga mamat ni ye. Ingatkan tak tau marah tadi. Tengok muka macam tak pandai marah. Yang aku ni pun satu apasal tak cakap. Cakaplah. Marah hati Adida, membuatkan zahirnya dia tersenyum, senyum kambing. Pembuka katalah katakan. Tak kan nak terus masuk ajekan. Mesti ada pendahuluannya dulu, baru betul.

"Ah, kau kenal Afifah ?" Ah, bantai ajelah nak panggil mamat ni apa. Asal boleh panggil sudah.

"Oh, budak yang putih melepak tu?" Alah, siapa tak kenal. Dalam satu sekolah, kalau nak tau dialah budak paling putih, cuma putihnya tak macam mayat aje. Orangnya pun bolehlah tahan. Tu yang si Manan asyik cerita pasal
budak tu aje.

Adida tersenyum lagi. Hah, kenal pun. Ingatkan tak kenal tadi. Hai, glamour juga engkau ye Ifah. Tapi kalau macam tu lagi senang kerja dia.

"Betul, betul, betul! Apa pendapat kau tentang dia. Cantik tak dia tu?" Johan diam. Apa pula ni. Buat apa tanya dia soalan ni. Kalau nak tanya soalan ni, tanyalah pada si Manan. Hah, baru ada kick. Berjela si sorang tu
jawab.

"Apa….soalan cepu emas ke ni?" Eh, si Johan ni. Ada pula dia cakap soalan ni soalan cepu emas. Dia ingatkan aku main-mainke. Adida mengomel sendirian.

"Ni, bukan soalan cepu emaslah. Soalan cepu emas dalam kuiz Perdana Ria. Ni soalan aku. Aku cuma nak tanya apa pendapat engkau tentang dia." Lek, Dida Lek. Johan tersengih. Ai, tak kan cakap macam tu pun dah nak melenting cik kak.

"Pada pendapat aku dia tu biasa saja."

"Biasa aje, dia tu tak cantik ke?" Agaknya mata Johan ni dah rabun. Ifah yang cantik tu pun dia kata biasa aje.

"Cantiklah juga." Hah. Macam tulah. Senang hati Dida bila mendengar ayat tu. Memang bodohlah Johan kalau kata Ifah tak cantik.

"Agak-agak kalau jadi girlfriend kau allright tak?" Johan tercengang. Eh, apa pula ni sampai girlfriend-girlfriend ni. Aku tak kisah nak cari girlfriend dia pula yang sebok. Kata hati Johan.

"Apahal pula tanya dengan aku?" Soal Johan tak faham.

"Aa…… macam ni, senanglah aku cerita eh. Kawan aku tu, minat kat kau. Memang minat gilalah. Kalau kau sudi kau jadilah boyfriend dia. Kalau kau tak sudi pun, kau sudi-sudikanlah juga. Lagipun dia tu kan cantik. Tak rugi kau bercouple dengan dia. Ei, lagi satu kawan aku tu baik tau orangnya. Bertuah kau dapat dia." Eh, gilake dia ni. Ada ke aku ni dia nak suruh couple dengan kawan dia. Ingat, aku ni apa. Orang gaji dia ke!

"Bertuah, tapi sorrylah. Cakap dengan member kau tu aku kena fikir betul-betullah. Ini kes besar tau. Bukan boleh buat main-main."

"Ha, disebabkan tak boleh buat mainlah kau kena terima dia. Kesian kawan aku tu. Dah kena angau dekat kau dah. Kau tau tak! Kalau kau tak terima juga aku tak taulah apa nak jadi pada dia." Ei, mengada pula mamat ni. Orang dah beri bunga cantik, tak nak pula. Nanti kalau dah tak da bunga cantik, baru padan muka. Kalau ada pun tak suka kat dia. Hah, time tu lah baru nak menyesal.

"Tapi……………"

"Tapi, kau jangan cakap dengan dia yang aku cakap semua ni tau. Nanti teruk pulak aku dikerjakannya." Selamba aje Adida memotong cakap Johan. Johan terkaku. Tak sempat nak buka mulut pun.

"Hah, kalau kau dah setuju baguslah. Nanti aku tolong arrangekan date kau dengan dia." Lega hati Dida. Lepas arrange date Ifah dengan Johan kiranya tugas dia pun dah selesailah. Ooo……… seronoknya

"O.kaylah aku pun dah lambat ni. Aku ada kelas tusyen. Nanti aku hubungi kau lagi o.kay. Terima kasih di atas kerjasama anda. Bye." Adida terus berlalu. Sementara Johan masih lagi terkulat-kulat.

"Ei, nantilah." Bila Adida dah bangun barulah dia dapat bersuara tapi itupun dah tak berguna kerana Adida sudah pun hilang ditelan kesesakkan orang ramai. Tak sempatlah Johan nak menahan.. Johan menepuk dahinya. Eh, kenapalah bodohnya dia tak tolak. Yang budak ni pun satu, main cakap ikut sedap mulut dia aje. Sikit tak tunggu pendapat daripada dia. Entah berapa senlah gaji yang dia dapat daripada daripada budak putih melepak tu agaknya.

bersambung.....


Sekotak Surat Senaskhah Cinta Seribu Penantian - Siri 2


"Hei, dah beres. Permohonan kau dah berjaya."

"Hah, betulke? Kau jangan main-main." Macam tak percaya aje Afifah. Apa agaknya yang Adida cakap ye. Atau Johan tu pun suka kat dia tapi tak berani nak berterus terang.

"Betul. Aku tak tipu. Dia dah setuju jadi boyfriend kau." Hah, Afifah ternganga. Tak sangka. Akhirnya tercapai juga hajat dia. Dia tersengih melebar sambil memeluk bantal busuknya itu. Ee… bestnya.

"Hoi! Kau dengar tak? Aku ada lagi berita gembira ni. Kalau kau tak nak dengar tak pelah. Aku letak gagang sekarang. Tapi kau juga yang melepas nanti." O.kay. Afifah serious. Eei, malu aje perangainya ni. Nasib baik kat telefon Adida tak nampak, kalau tidak malu juga.

"Yelah, apa dia? Kau ni garang sangatlah." Komen Afifah. Sportinglah sikit. Ini tidak lagi nak marah-marah.

"Aku bukannya apa. Tapi kau tau ajelah, bapak aku ada tak boleh nak guna phone lama-lama. So, cakap pun kena macam robot." Jelas Adida. Lebih baik dia berwaspada sebelum kena sound.

"O.kaylah apa dia?"

"Aku dah arrangekan date kau dengan dia. Dia dah setuju nak jumpa dengan kau lusa ni." Hah, lusa ni. Wah! Terror betul budak Dida ni, sekejab aje dia buat kerja eh, nampak gayanya ada talent jadi match maker ni.

"Dah, tu aje. Dah tak da apa-apa lagi. Aku jumpa kau di sekolah nanti. Bye." Gagang telefon diletakkan. Ifah sempat menjerit. YES!!!!!!! Sehinggakan orang gajinya kelam kabut naik ke atas menuju ke biliknya.

"Ada apa Neng?" Soal wanita Indon itu.

"Ah, tak da apa-apa. Mbok boleh keluar." Selepas aje orang gajinya menutup pintu dia menjerit lagi. Orang gajinya di luar hanya mampu geleng kepala dengan perangai anak majikannya itu.


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
````````````````````


Johan termenung di tempat sendiri. Kawan-kawannya semua dah keluar rehat. Cuma dia saja yang tak selera nak keluar rehat. Seleranya terbantut selepas berjumpa Adida tadi.

"Hai, sejak bila jadi Mat termenung ni." Tegur Baim kawannya. La rupanya dia ni tak keluar rehat. Ingatkan dah keluar.

"Kau tak keluar rehat ke Baim?" Soal Johan. Hairan selalunya Baim lah orang pertama yang akan keluar rehat. Tapi hari ini lain pula.

"Macammana nak keluar, aku tengok muka kau macam tapai basi aje. Tak jadi aku nak keluar. Selera aku hilang tiba-tiba." Johan tersengih.

"Betul-betullah Baim. Aku tak da masa nak main-main." Alah, Johan tahu bukan itu sebab sebenarnya. Tentu ada yang lain. Baim turut tersengih. Pandai Johan.

"Yang sebetulnya aku dah bedal 2 pinggan mee goreng pagi tadi. So, perut aku ni pun kenyang lagi. Yang kau ni apasal pula muka sememeh aje?"

"Aku ada problem sikitlah Baim." Jelas Johan.

"Problem? Problem apa?" Ceh! Concernlah tu konon.

"Aku kena couple paksalah." Jawab Johan dengan muka sememehnya tu. Betul-betul dengan tak sepenuh hati.

"Couple paksa? La, aku ingatkan kahwin aje yang kena paksa. Rupanya couple pun ada yang kena paksa. Ish! Ish! Ish…." Baim geleng kepalanya.

"Zaman sekarang ni Baim, macam-macam hal boleh berlaku. Tak da yang mustahilnya lagi dah." Uh, macam mak bapak aje si Johan ni membebel.

"Dengan siapa Joe?" Ingin dia nak tahu siapa wanita yang terpilih itu.

"Dengan Afifah, budak yang putih melepak tu." "Budak, budak putih melepak tu? Wah, bertuahlah kau Joe. Kalau aku jadi kaukan best." Baim mula berangan-angan.

"Bertuah? Banyaklah kau. Kan ke Manan kawan kita minat kat budak tu. Ni tak alih-alih aku pula yang kena couple dengan si Fifah tu. Kalau Manan dapat tau, perang dunia ketiga jadinya nanti." Johan hairan ramai sangat yang kata dia bertuah dapat si Afifah tu. Tapi pada dia biasa saja. Daripada Afifah tu, lebih baik kawan dia si Adida, tu barulah taste dia.

"Alah, kau tak payah cakap lah Joe. Baru pagi tadi si Manan tu cerita dengan kitaorang yang dia dapat tackle satu makwe ni. Lah, dia tu kan buaya. Semua nampak dia nak. Kau tak payah risaulah. Aku sure Manan tak kisah punya. Eh, kalau akulah Joe, aku tak tolak peluang ni." Mmm…… Johan mencebik bibir. Dia tak heranlah.

"Itu engkau. Tapi aku ni lain. Nasib baiklah aku kesiankan kat si Dida tu, kalau tidak jangan haraplah aku nak setuju."

"Dida. Siapa Dida? Member si Ifah tu ke?"

"Yelah, dialah yang cakap kat aku si Afifah tu suka kat aku. Alah, kira orang tengahlah. Ni pun baru sekejab tadi dia cakap si Afifah tu nak jumpa aku esok." Em, Baim tersenyum. Hai betuahlah kau Johan. Ada orang hendak. Tak macam dia ni, dah tujuh belas tahun hidup, belum ada sorang pun yang minat.

"Habis macammana? Jadi kau jumpa nanti?" Soal Baim lagi.

"Itulah aku tengah fikirkan ni." Johan menunduk muka. Orang lain bercouple gembira. Tapi dia bercouple, bukan kata nak gembira, nak senyum sikit pun susah. Macam satu beban pula.

"Tak payah fikir-fikir lah Joe. Kau terima ajelah. Lagipun untung, aku cakap dengan kau bercouple ni. Segala galanya free tengoklah, kau makan free nanti. Dapat hadiah pun free, save money kau. Apa taknya, asyik dia aje yang nak jumpa kau." Em, betul juga kata Baim ni. Tengok macam Leman tu, segala-galanya makwe dia support. Dia seronok aje makan duit makwe dia. Tapi tak kan dia nak buat macam tu pula. Nampak sangat dia ni lelaki pisau cukur, satu lagi jatuhlah standard dia sebagai lelaki. Em, siksa juga nak bercouple ni. Nampaknya mula hari ini dia tak bolehlah bawa duit kurang daripada 10 ringgit malaysia. Hai kopaklah duit dia.

"Tengoklah dulu Baim. Aku ni lain sikit."

"Suka hati kaulah Joe."


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
`````````````````````
Dari tadi Afifah asyik tersenyum sahaja. Apa taknya kembang…… si Johan ni mahu keluar berdua dengannya. Ini semua gara-gara Adida juga. Kalau bukan Adida, mungkin sampai sekarang ni tak keluarlah dia berdua dengan Johan. Dia pun heran. Dalam ramai-ramai budak handsome kat sekolah ni, Johan juga yang dia minat. Bukannya tak da mamat-mamat handsome yang lain mengurat. Ada, cuma dia aje yang tak minat.

"Em, tak menyesal ke kawan dengan saya ni?"

"Menyesal? Tak dalah. Kalau menyesal tentulah saya tak keluar hari ini dengan awak." Kalau kau nak tau, pening kepala aku memikirkan hal ini. Kata hati Johan. Tapi zahirnya, dia tetap tersenyum. Coverlah tu.

"Ye ke? Entah-entah awak saja cakap macam tu sebab nak menyedapkan hati saya tak." Sambung Afifah lagi, manakala Johan cuma tersenyum. Dalam hatinya berkata, memang betul tu. Pandai anak emak.

"Ah! Dahlah, jom kita ke tempat lain." Johan menarik tangan Afifah mengikutinya. Yelah, tak kan sekadar nak jumpa di tepi tandas. Carilah tempat yang strategik sikit.

Adida cuma tersenyum aje. Gembira juga hatinya mendengar cerita Afifah. Semoga berbahagialah kau Ifah. Apa yang dia tahu tugasnya dah berakhir. Dan angau Afifah tidaklah teruk sangat.

"Hah, macammana… seronok bercouple?" Afifah tak terus menjawab. Senyum dah melebar barulah nak menjawab.

"Kalau kau dah merasainya barulah kau tahu betapa seronoknya."

"Em. Tak payah aku rasa. Tengok muka kau aje aku dah dapat agak. Tapi hati-hati sikit Ifah. Couple-couple juga belajar jangan kau tinggalkan." Adida mengingatkan. Cikgu kata biarlah seiring baru betul.

"Yelah, aku ingat. Kau jangan takut. Kau tu bila pula. Tak nak merasa ke, carilah sorang." Tergelak Adida mendengar kata-kata Afifah tu.

"Aku ni siapalah yang nak Ifah. Lainlah macam kau tu. Aku rasa buat masa ni, lebih baik aku tumpukan pada study aku dulu. Lagipun akhir tahun ni kan kita nak SPM. Lain-lain hal tu nanti dululah. Lagi 2,3 tahun akan datang
insyaallah."

"Suka hati kaulah Did. Cuma aku nak ingatkan, biar 2 ke 3 tahun lagi kau nak bercouple, tolong beritahu siapa dia ye. Aku nak tahu juga." Adida tersengih.

"Eh, kepoh." Mereka berdua ketawa serentak.


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
`````````````````


"Dida!"

"Oh, kau Intan." Adida ingatkan siapa tadi.

"Sorang saja, Ifah mana?" Selalunya Adida dan Afifah pasti berdua, hari ini sorang aje nampak.

"Dia, biasalah. Balik dengan Johan." Jawab Adida. Intan mengangguk, faham. Cerita tentang Ifah dengan Johan dah ramai yang tahu, termasuklah dirinya.

"Bertuahkan Ifah dapat Johan." Em, Adida mengangguk. Itu dari dulu dia dah tau. Kalau Johan tu tak o.kay memang dari dulu lagi dia tak benarkan Ifah kawan dengan Johan.

"Dia orang tu memang kena, lagipun dah suka sama suka, biarlah asalkan tak jejas pelajaran sudah."

"Tapi kau tak bosan ke, kadang-kadang balik sorang yelah maksud aku sejak Ifah kawan dengan Johan, dia tentu jarang balik dengan kau." Berbual-bual juga jalan-jalan juga.

"Alah……… kadang-kadang tu adalah juga. Tapi aku tak kisahlah. Lagipun aku faham situasi dia. Biasalah orang tengah macam ni. Agaknya kalau kau ke aku pun mungkin macam dia juga kot." Intan mengangguk. Betul juga kata Adida tu. Tapi kalau dia jadi Adida tentu dia bosan habis.

"Eh, o.kaylah Intan dah sampai pun rumah aku. Jumpa kau di sekolah esok. Bye."

"Bye." Intan membalas. Rumah dia dan rumah Intan taklah jauh. Selang beberapa lorong saja. Mereka tinggal dalam satu taman perumahan. bersambung...


Sekotak Surat Senaskhah Cinta Seribu Penantian - Siri 3


"O.kay… terima kasih pelajar."

"Terima kasih Encik Salman." Balas pelajar semula. Loceng menandakan waktu pulang sudah lama berbunyi. Ramai pelajar yang di dalam kelas sudah mengemas beg masing-masing. Tinggal nak pulang aje, termasuklah Afifah dan Adida.

"Wei, kau pulang tak dengan aku?" Afifah masih sibuk berkemas.

"Tak lah. Aku ada urgent dutylah. Kau balik sendirilah eh." Adida mengangkat kening. Balik sorang lagi.

"O.kaylah kalau macam tu. Aku balik dululah bye." Baru beberapa langkah Adida berjalan, Afifah memanggil namanya.

"Eh Did. Kalau tolong aku kejab."

"Tolong apa?" Tanya Adida kembali.

"Tolong cakap dengan Johan aku tak dapat keluarlah dengan dia hari ini. Ada urgent duty." Adida angguk.

"O.kay. See you." Afifah senyum.

"Thanks." Ucapnya. Johan masih menanti di bawah. Kelibat Afifah masih tidak kelihatan.

"Hoi! Tunggu Afifah ke?" Adida menegur dari arah belakang. Johan berpaling.

"Ye. Mana dia. Tak turun lagi?" Soalnya apabila melihat hanya Adida sorang saja yang turun.

"Aaaa… sorrylah dia sampaikan pesan pada aku yang dia tak dapat keluar dengan engkau hari ini. Ada urgent duty." Alamak! Ada urgent duty pulak.

"Tu aje?"

"Yelah, tu saja. O.kaylah aku nak balik dulu bye."

"Ah……Adida!" Adida berpaling. Johan masih tidak bergerak seperti tadi.

"Ada apa?" Adida berjalan semula ke arah Johan.

"Kalau Afifah tak dapat keluar, kau ajelah jadi date aku hari ini."

"Aa…" Adida terkejut. Gila. Ingat dia sparepart ke."

"Tak naklah." Jawabnya pantas.

"Alah…… bolehlah semuanya aku support. Kau cuma perlu teman aku aje. Lagipun kitakan dah lama tak keluar bersama." Dah lama tak keluar bersama? Hai macamlah selama ni dia selalu keluar bersama. Tapi dia kata dia nak support semua. Boleh juga.

"Kalau Ifah taui macammana?" Johan senyum. La takut dengan Ifah rupanya.

"Takanlah dengan kau pun dia nak jeleouse. Ah, tak pelah nanti aku cakap dengan dia."

"O.kaylah. Tapi untuk kali ini aje tau."

"O.kay." Johan angkat tangan tanda berjanji..

"Kelakarlah kau ni. Ada-ada aje lawak." Sakit perut Adida dibuatnya kerana banyak ketawa. Johan tersenyum. Sebenarnya dia sengaja buat lawak untuk memeriahkan suasana. Kalau tidak tentulah hambar.

"Sudah lah Johan aku dah tak tahan lagi ni ketawa. Tengok popcorn ni pun dah tak habis dimakan." Adida berkata sambil memegang perutnya. Ketawa punya pasal.

"Mana popcorn tu, biar aku habiskan." Bungkusan popcorn daripada tangan Adida, Johan ambil. Dalam sekali suap sahaja sudah habis popcorn itu dikerjakan. Habis penuh satu mulut. Mana tidaknya, main sumbat. Melihatkan itu Adida ketawa lagi. Kelakar melihat muka Johan yang comot. Mulutnya pula jadi besar kerana penuh dengan popcorn yang tak sempat dikunyah. Adida lari meninggalkan Johan kerana dah tak tahan. Kelakar.

"Hei, Dida tunggu." Jerit Johan dengan mulut yang masih penuh. Dia turut mengejar Adida dari belakang. Tiba di tempat Adida dia terbatuk-batuk. Adida masih ketawa, tak berhenti. Merah padam dia tengok muka Johan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Nasib Johan memang baik airnya masih penuh lagi. Adida memberikan botol itu pada Johan. Pemuda itu sekadar menerima. Sampai tinggal separuh air itu dikerjakan barulah Johan memberikan semula botol itu pada Adida.

"Tulah gelojoh sangat. Nasib baik tak semput tadi. Buat orang takut aje." Marah Adida. Dia geleng kepala.

"Kau takut? Apa yang kau takutkan?" Soal Johan.

"Yelah, kalau kau tercekik tadi siapa yang susah." Jawab Adida. Johan tersenyum. Hai ada juga ruang untuknya di hati Adida.

"Tapi sekarang kau tak payah takut lagi sebab aku dah okay. Em, pukul berapa sekarang? Mari aku hantar kau balik."

"Baru pukul empat. Tak payah hantarlah aku boleh balik sendiri." Jawab Adida sambil melihat jam di tangannya.

"Betul ni? O.kaylah kalau macam tu aku hantar kau sampai bus stop nak?" Adida tersenyum. No problem.

"O.kay jom." Ajak Adida. Johan menyambutnya dengan hati terbuka.


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
``````````````


"Hei, Did. Semalam kau keluar dengan Johan ye?" Adida terkejut. Alamak Afifah marah ke.

"Sorrylah, Ifah aku tak sampai hati sebenarnya. Dia ajak aku temankan dia sebab dia tak bawa kunci rumah. Lagipun aku dengan dia tak buat apa-apa, percayalah. Aku janji, lepas ini aku takan keluar dengan dia lagi. Sorry eh." Ni yang tak sedap ni. Ifah dah marah. Tu lah. Ni Johan punya pasallah ni. Tak pasal-pasal dia yang kena marah.
Afifah dah tak tahan dah nak ketawa. Tadi bolehlah dia control tapi sekarang ni dah terburai dah apabila melihatkan muka Adida yang cuak semacam tu. Tentu Adida ingat dia betul-betul marah padanya. Adida hairan. Eh, kenapa pula dengan Afifah ni. Tadi marah ni dah ketawa pula.

"Ifah-Ifah kenapa dengan kau ni?" Yelah manalah taukan. Kalau tiba-tiba Ifah ni jadi gila ke sebab tak dapat terima kenyataan.

"Apalah kau ni Did. Takut sangat aku main-main aje." Afifah masih ketawa. Adida dah berubah wajah. Ish, geramnya dengan budak ni. Dia main-mainkan aku rupanya. Kata hati Adida.

"Kurang asam kau." Buku tebal di tangannya ditepuk ke bahu Afifah. Hah, kau padan muka.

"Adoi! Sakitnya." Ifah menjerit kesakitan. Dia meraba tempat yang terkena pukulan daripada Adida. Adida tersenyum puas.

"Padan muka kau kenakan aku lagi. Kalau kau nak rasa yang lebih best, kau buat lagilah." Fuh, garang juga rupa-rupanya Adida ni.

"Alah, takkan marah kot. Aku cuma gurau aje tadi tu."

"Yelah, kalau nak bergurau tu pun berpada-padalah." Adida menjeling Afifah. Benda-benda macam ni ada buat bergurau.

"Alah, Did setakat benda macam ni apa sangatlah. Lagi pun aku percayakan kau."

"Johan beritahu kau." Soal Adida. Afifah mengangguk.

"Em kalau dia tak beritahu pun aku tak kisah. Setakat keluar berdua ni apa salahnya tapi kalau sampai dah lebih-lebih tu pegang-pegang tangan peluk-peluk, memang lah aku marah." Adida senyum. Alah, itu kalau dia pun
dia marah.

"Terima kasih Ifah kerana percayakan aku. Aku berjanji, selagi aku bergelar seorang kawan, aku tak kan khianati kawan aku sendiri. Aku harap hubungan kau dan Johan akan berkekalan." Ujar Adida. Itu harapannya. Dia mahi melihat Afifah gembira. Dan sebagai seorang kawan dia juga akan turut gembira.

"Terima kasih Did." Balas Afifah. Buat seketika mereka berpelukkan.

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Adida bergegas turun ke bawah setelah mendengar namanya dipanggil. Kerja sekolahnya yang sedang dibuat ditinggalkan sementara.

"Ada apa bu?" Soalnya sebaik sahaja tiba di pintu dapur.

"Tolong ibu belikan barang-barang dapur sekejab. Dah habis pulak barang ni. Tu ada senarai barang yang ibu dah tuliskan."

"Tapi bu, Dida tengah siapkan kerja sekolah ni." Adida memberi alasan. Sememangnya pun dia tengah siapkan kerja sekolahnya.

"Alah, sekejab aje. Bukannya jauh sangat kedai tu. Kerja sekolah tu boleh sambung nanti." Adida tarik muka masam. Orang tengah bersemangat nak siapkan kerja sekolah ni. Ada aje yang mengganggu.

"Bolehlah Dida. Ibu nak masak ni. Bukan itu saja banyak kerja lagi nak buat ni. Kalau lambat beli barang nanti tak makanlah kita." Pujuk ibunya.

"Em, kalau macam tu, ibu tak payah masaklah hari ini. Kita makan luar ajelah." Senang aje Adida membuat cadangan.

"Banyak lah kamu. Macamlah Dida tak tahu yang ayah tu mana suka makan luar. Dia nak ibu juga yang masak." Adida mencebik bibir. Bosan.

"Ah, dah-dah! Pergi ambil kertas ni cepat. Cepat pergi kedai, cepat balik, cepat ibu masak." Nak tak nak terpaksa juga Adida pergi. Dah tak da alasan dah.

"Semua sekali, $78.45." Adida menghulurkan wang kertas bernilai $100. Setelah menerima bakinya dia mula beredar. Mengeluh juga tengok 2 beg plastik besar. Itu baru tengok belum mengangkatnya lagi. Dah tentu
lenguhnya. Terkedek-kedek dia berjalan membawa 2 beg plastik besar tu. Hem, beratnya jangan cakaplah. Apa boleh buat. Tak beli barang-barang ni tak makanlah jawabnya. Mungkin disebabkan dua beg plastik besar yang dipegangnya, membuatkan Adida tak perasan yang lantai tempat dia lalu tu berair. Yelah, orang sambil lewa berjalan. Dia pun apalagi nak tergelincirlah, betul-betul depan tangga. Tapi nasibnya memang baik sebab dia baru nak tergelincir. Belum tergelincir lagi. Itu pun disebabkan ada orang yang sempat menyambutnya dari arah hadapan.
Yang tergolek ialah dua beg plastiknya. Kebetulan tak da barang kaca, kalau tidak memang dah pecah berderai dah.

"Eh, Dida!"

"Eh, kau Johan." Tak sangka pula orang yang menyambutnya ni adalah Johan. Adida kembali menegakkan badannya macam biasa. Segan pula dia apabila mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Gara-gara di cuai sampai Johan terpaksa menyambut. Apabila membayangkan keadaan semasa dia disambut itulah yang memebuatkan dia segan sendiri. Yelah, peluk free. Cepat-cepat dia mencangkung, memungut barang-barang yang dah tergolek tu. Tak sanggup rasanya nak melihat wajah Johan lagi. Malu. Johan juga turut membantu Adida. Tak kan nak tengok aje.

"Nah, Dida." Johan menghulur barang terakhir yang sempat diambilnya ke pada Adida. Adida mengambilnya daripada tangan Johan.

"Terima kasih Johan." Ucapnya tapi dalam nada malu-malu. Johan tersenyum.

"Em, tak mengapa. Itu pun secara kebetulan saja kita berjumpa di sini." Adida tersengih.

"Ah, kau tinggal dekat sini ke?" Adida mengangguk.

"Kalau begitu mari aku hantar kau balik."

"Ah, tak pelah aku boleh balik sendiri. Lagipun rumah aku dekat aje." Adida menolak. Alah, memang dekat pun. Belakang lorong ni aje.

"Ye ke? Tak berat ke barang-barang tu. Larat ke kau bawa sorang-sorang nanti jatuh lagi macamana? Lagipun aku perasan jari-jari kau dah merah.

" Adida menelek jarinya. Betul merah. Johan ni perasan aje.

"Dahlah, mari aku bawa plastik tu." Satu beg plastik daripada tangan Adida diambilnya. Satu lagi Adida bawa. Deal sorang satu bawa. Adida senyum, lantaklah nak bawa-bawalah. Orang dah nak tolong biarlah. Yang senang dia
juga.

"Kau sebenarnya buat apa di sini Johan?" sambil jalan sambil berbual.

"Aku sebenarnya baru balik daripada hantar barang pada makcik aku. Dia pun tinggal di sini juga." Oh, Adida mengangguk, barulah dia tau.

"O.kay kita dah sampai. Hah, inilah rumah aku Johan. Cantik tak?" Johan melihat sekeliling. Em, kemas dan bersih.

"Boleh tahan." Adida tersenyum.

"Jemputlah masuk." Ajak Adida.

"Tak payahlah Did. Lain kali sajalah. Aku ada hal sikitlah lepas ni." Johan menolak.

"O.kay, tapi thanks kerana tolong aku bawa barang-barang ni."

"No, big deal." Jawab Johan sambil mengenyit mata. Tertawa Adida melihatnya.

"Kalau gitu bye, jumpa lagi." Johan membalas lambaian Adida dan dia sendiri semakin menjauh dari rumah Adida.

"Dengan siapa kamu berbual tu Dida?"

"Kawan bu. Dia tolong Dida bawakan barang-barang ni. Kebetulan terjumpa di di kedai tadi." Jawab Adida.

"Kawan sekolah?" Soal ibunya lagi.

"Ye, Dida dah ajak dia masuk tadi tapi ada hal pula."

"Budak sini ke?" Adida bosan. Alamak banyak tanya pula ibunya ni macam inspektor polis pula.

"Bukan. Ah, ibu Dida nak naik dulu, nak siapkan kerja sekolah." Adida dah buka langkah seribu. Biasalah taktik nak larikan diri daripada jawab soalan sebenarnya.

bersambung...


Sekotak Surat Senaskhah Cinta Seribu Penantian - Siri 4


Baim menoleh kiri dan kanan. Mencari seseorang sebenarnya tu. Sekali lagi dia toleh dia tersengih. Yes ! dah jumpa. Johan masih tidak perasan dengan kehadiran Baim. Mungkin sedang melayan perasaannya lah tu. Sehinggalah bahunya ditepuk Baim barulah dia menoleh.

"Ada apahal kau nak jumpa aku ni Joe? Sampai aku nak tidur pun tak senang."

"Sorrylah, Baim. Aku tak tau. Bukannya aku sengaja."

"Ah, tak kisahlah. Cakaplah apa yang kau nak cakap." Alang-alang dia dah sampai sini.

"Begini Baim, aku ada problemlah."

"Problem lagi? Kau ni tak habis-habis dengan problemlah Johan." Baim geleng kepala. Ish, problem child betullah Johan ni.

"Apa boleh buat. Dah nasib aku. Aku sebenarnya dah jatuhlah Baim." Hah, jatuh. Baim menelek Johan di hadapannya. O.kay je dia tengok. Tak macam orang lepas jatuh pun.

"Ei, kau tengok apa? Aku o.kaylah." Soal Johan pelik.

"Tadi kau kata kau jatuh ni yang aku tengok ni ada apa-apa tak berlaku kat kau." Johan geleng kepala. Dia tersengih.

"Eh, kau ingat aku jatuh apa? Aku bukannya jatuh tu lah. Kalau aku jatuh tu buat apa aku beritahu kat engkau. Membazir aje." Johan dah mula ketawa. Hai, apalah Baim ni.

"Habis kalau bukan jatuh tu jatuh apa?" Baim pening.

"Jatuh cintalah." Jawab Johan. Baim ketawa. Bodohnya dia.

"Dengan siapa Joe?"

"Dengan…."

"Aku tau, aku tau. Mesti dengan Afifahkan?" Belum sempat Johan nak cakap Baim dah sampuk.

"Salah." Johan mencebik bibir. Baim, tercengang. Bukan? Habis tu kalau bukan Afifah, dengan siapa?

"Adida kawan dia." Hah! Gila Johan ni. Baim geleng kepala.

"Kau biar betul Joe. Habis si Afifah tu kau anggap apa. Kan dia tu makwe kau." Pelik betul Johan ni.

"Siapa kata dia makwe aku. Kau taukan aku mana ada perasaan kat dia. Lagipun bukannya aku yang approach dia. Kau lupa ke yang aku ni dipaksa." Baim terdiam seketika.

"Hei, gila kau ni Joe. Sejak bila pula kau ni boleh jatuh cinta pada Adida?" Johan mengeluh kecil.

"Sebenarnya dah lama Baim, sebelum Afifah tu pindah sini lagi. Aku memang sengaja tak nak cerita pada kauorang dan berterus-terang pada Adida sebab aku rasa belum tiba masanya. Lagipun manalah aku tau nak jadi benda-benda
macam ni."

"Habis yang kau pergi terima cadangan si Adida tu buat apa. Kan dah menyusahkan kau sekarang." Hei, Johan-Johan.

"Kau ingat aku terima? Sebenarnya dia yang tak beri aku peluang langsung nak membantah. Aku pun masa tu macam kesiankan kat dia, yelah orang kata hati dah suka. Apapun sanggup buat untuk dia. Tapi sekarang ni, aku dah tak boleh tipu lagi, serupa macam menipu diri aku sendiri. Suka kat orang lain tapi bercouple dengan orang lain akibatnya saban malam aku asyik teringatkan dia aje." Punyalah panjang lebar Johan menerangkan.

"So sekarang ni macamana, kau dah terus-terang dengan Adida?"

"Kau nak mampus, nak suruh aku terus-terang dengan dia. Habis si Fifah tu macamana?" Idea naya Baim ni.

"Kau ni memang cari nahaslah Johan. Sure ke kau betul-betul jatuh cinta pada Dida ni Johan?"

"Yelah, kau ingat aku ni main-main ke? Aku serious ni." Lagi Baim pening. Kesian Afifah. Kalau Afifah tu minat pada dia, tentu dah lama dia take over place Johan.

"Aku rasa lebih baik kau berterus-terang ajelah dengan dia dua orang tu. Itulah jalan yang paling baik." Baim menasihatkan. Johan tertunduk. Nak berterus-terang? Nak suruh Afifah tu menjerit. Hai, nasib kenapa mesti jadi
begini.
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

"Hei, Did. Kau sure ke kau boleh study ni. Kan ke kepala kau tu sakit." Sebagai seorang rakan yang baik dan bertanggungjawab, dia harus mengambil berat tentang rakannya.

"Aku dah o.kaylah Ifah. Kau jangan risaulah. Em, aku nak ke rak buku sekejab kau stay ajelah di sini." Afifah mengangguk walau dalam hatinya tersemat resah. Yelah tadi si Dida tu sakit kepala macam nak tercabut kepala, la ni dah lain pula halnya. Adida terus menuju ke arah rak-rak buku rujukan. Dapat aje buku rujukan yang diperlukan dia akan terus menuju ke tempat Afifah.

"Eh, Did!" Johan menegur. Dia tengah sibuk mencari buku rujukan ekonomi tadi. Tiba-tiba terpandang Adida. Apalagi tegurlah.

"Oh, Johan. Kau pun cari buku juga ke?"

"Yelah. Habis tak kan pula aku main sembunyi-sembunyi di sini." Adida gelak. Selamba aje Johan ni.

"Manalah tau. Kau ni pun bukannya betul sangat." Balas Adida kembali.

"Kau sorang je ke?"

"Taklah sama dengan Afifah, dia ada tunggu di meja sana. Kalau kau nak jumpa dengan dia pergilah." Berbual-bual juga tapi tangannya mencari buku. Johan mengangguk.

"Jumpa dengan dia..em tak pelah." Nak jumpa Afifah, nak buat apa. Lebih baik jumpa Adida. Em..agak-agaknya kalau dia terus-terang di sini boleh tak?

"Hoi, cik abang melamun ke?" Hah, Johan menoleh.

"Apa dia?"

"Kau melamun ke. Aku panggil buat tak layan aje." Johan senyum, ye ke? Malunya.

"Eh, kau gaduh dengan Ifah ye?"

"Mana kau tau?" Soalnya balik. Adida berlalu ke rak lain sementara Johan mengikut dari belakang.

"Aku tahulah, aku ni kan detektif tercanggih. Pasal kauorang semua ada dalam kocek aku. Tapi bukan kepoh tau but concern." Johan sengih, ceh! Concern konon.

"Oh, kau spy kitaorang eh, tak malu." Adida tersengih. Itu, nasiblah.

"Pergilah pujuk dia balik. Pakwe apalah kau ni. Merajuk pun tak pandai nak pujuk."

"Aku bukan tak nak pujuklah, tapi tak jalan. Dia tu kepala batu sikitlah." Hah kau tak teragak-agak keluar perkataan kepala batu.

"Alah, kau tu yang sebenarnya tak pujuk betul-betul. Agaknya sebab tu lah dia tak layan." Johan sengih. Ah, buang masa aje.

"Eh Johan apa ada dekat bahu aku ni?" Adida rasa ada sesuatu di bahunya. Johan melihat. La… cicak. Dari mana pula datangnya cicak ni. Tiba-tiba timbul idea nakal di kepala Johan. Ada can nak kenakan Adida ni.

"Tak da apa-apa cuma habuk aje. Sekejab eh aku ambilkan." Adida akur kata Johan. Dia diam tak bergerak. Sementara Johan mengambil cicak daripada bahu Adida.

"Dida…" Cicak di tangannya ditayangkan betul-betul depan muka Adida. Apalagi menjeritlah orang tu. Johan ketawa gelihati. Cicak tu pun terkejut tah ke mana menghilang, terlepas sampai dari tangannya. Adida tarik muka masam. Kurang asam! Tangannya pantas memukul Johan. Baru beberapa kali memukul
tangan Adida di tangkapnya.

"Sakitlah. Apa main pukul-pukul ni."

"Padan muka." Balas Adida sambil menjelir lidah.

"Ish, tak padan." Hidung Adida dicubit mesra oleh Johan. Mereka sama-sama ketawa.

Sementara itu, seisi perpustakaan gempar dengan jeritan Adida. Ramai yang meluru, untuk mengetahui apa sebenarnya yang dah berlaku. Tidak ketinggalan juga Afifah.

"Amboi, mesranya. Bergurau sakan nampak." Sindir Afifah. Adida terkejut. Cepat-cepat dia melepaskan tangannya daripada pegangan tangan Johan.

"Tengok, siap pegang-pegang tangan lagi." Ujar Afifah sambil menjeling ke arah keduanya. Di kala itu pelajar lain yang tadinya berkerumun mula beredar. Malas nak masuk campur.

"Ifah, aku tak da apa-apa ngan Johan. Kitaorang cuma bergurau aje tadi. Percayalah." Adida mula rasa tidak sedap hati, dia dapat melihat perubahan pada air muka Afifah. Sebab tu dia terus jelaskan yang sebenarnya.

"Tak da apa-apa? Habis yang pegang-pegang tangan tu apa?" Herdik Afifah kembali. Adida rasa serba-salah. Tak sangka Afifah boleh marah sampai begitu sekali. Kalau lah dia tau berbuat seperti tadi tu boleh mendatangkan marah pada Afifah, dah tentu dia tak layan Johan tadi. Ni semua Johanlah punya pasal, nak mengusik tak tengok tempat.

"Betul Ifah, aku tak da apa-apa. Itu semua secara kebetulan saja. Kau percayakan aku kan?"

"Ah, sudahlah ! Tak payah kau nak cerita pasal percaya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan makan kawan. Percaya apa itu namanya. Makin lama aku percayakan kau makin asyik kau bersandiwara di hadapan aku." Memang dah lama dia perhatikan Adida dengan Johan. Padanlah mesra, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Padanlah sejak dua tiga menjak ni Johan asyik cakap berbelit-belit. Rupanya mereka ada affair di belakangnya..

"Kau tak percayakan aku Ifah? Sampai hati kau."

"Kau yang sampai hati buat aku macam ni Dida. Sanggup rampas boyfriend kawan sendiri." Adida terkedu. Kata-kata Afifah itu betul-betul menghiris hatinya. Afifah tak tunggu lama terus berlalu dengan hati yang luka. Luka
mengenangkan perbuatan kawan dan boyfriend sendiri. Kalau dia tak datang tengok tadi, tentu dah lama dia tertipu.

"Ifah tunggu!" Adida cuba menahan. Tapi dihalang oleh Johan.

"Sudahlah Did. Inikan library, tak kan kau nak buat bising lagi. Tengok tu beberapa orang dah tengok kita semacam aje." Ujar Johan perlahan sambil matanya mengarah kepada beberapa orang pelajar yang melihat mereka.

"Tapi Johan…… Ifah tu dah salah sangka. Kau nak dia terus salah sangka terhadap kita? Aku nak pergi jelaskan juga." Adida mahu mengikut jejak langkah Afifah tapi Johan sempat memaut pinggangnya.

"Dida, apa kau yakin yang dia akan percaya cakap kau." Entahlah, tapi Johan yakin sangat yang Afifah tak kan percaya punya.

"Kenapa tidak? Dia hanya tersalah sangka."

"Dida percayalah cakap aku. Afifah tak kan percaya cakap kau, tengoklah." Adida berpaling ke arah Johan.

"Aku tak fahamlah kau ni. Sepatutnya kau yang layak menjelaskan segalanya tapi ini tidak. Malah bila aku nak jelaskan, kau tak beri pula. Boyfriend jenis apa kau ni ah?" Bentak Adida. Johan diam. Rambutnya disauk ke belakang. Hatinya berbelah bahagi, berkecamuk. Dia dah tak tau lagi nak cakap apa.

"Eh, Johan kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni. Lebih baik kau pergi kejar dia sekarang dan jelaskan segalanya." Adida mengarah. Tapi Johan hanya membatukan diri. Untuk apa dia kejar Afifah. Hatinya dah tiada ruang langsung untuk Afifah. Lagipun tak guna nak berlembut dengan orang yang kepala batu ni. Memang awal-awal lagi dia tak kan terima cakap kita.

"Kenapa kau mendiamkan diri Johan. Kau tak berani. Kau ni memang lelaki bacul." Fuh, bisanya hinaan yang diterima. Tercabar kelakian Johan rasanya.

"Aku bukan lelaki bacul Adida, tapi aku memang tak mahu menjelaskan apa-apa pada Afifah. Buat apa? Aku bukannya sayangkan dia, bukannya cintakan dia !

Itu terserahlah dia nak anggap aku apa. Lagipun dia yang salah sangka bukan aku." Adida terkejut. Apa betul ke yang dia dengar ni.

"Habis selama ni kau anggap dia apa?"

"Kawan. Aku tak pernah menganggap dia lebih daripada itu." Adida menahan geram. Jarinya sudah pun digenggam rapat. Memang nak kena penamparnya si Johan ni..

"Kurang ajar kau Johan. Kau penipu, pembohong! Sanggup kau mempermainkan perasaan seorang perempuan, kawan baik aku sendiri. Aku tak sangka kau seteruk ini." Adida menggeleng kepala. Mukanya dah terasa panas. Johan hanya mampu tersenyum. Sinis.

"Aku tak kisah kau nak cakap aku apapun cakaplah, tapi kau jangan lupa Adida, sebenarnya kaulah punca semua ni. Kau yang paksa aku bercouple dengan Afifah, kau tak tanya pendapat aku setuju atau tidak? Sama ada aku punya
seseorang atau tidak? Semuanya kau pandai-pandai bertindak sendiri."

"Habis, kalau macam tu kenapa selama ni kau mendiamkan diri. Kenapa kau tak berterus-terang saja pada Afifah. Kenapa? Bila jadi macam ni kau nak salahkan aku pula." Jangan nak bagi alasan. Kalau diri tu memang hipokrit. Adida memang betul- betul rasa geram sekarang ni.

"Memang! Memang aku nak berterus-terang, tapi aku tak sampai hati. Sebab kalau aku berterus-terang dia akan lebih kecewa, apatah lagi bila dia mendapat tahu yang aku meminati kawannya sendiri selama ni." Adida merenung
tepat muka Johan. Menginginkan kepastian dan juga kebenaran yang terselindung.

"Siapa?" Soalnya.

"Kau!" Adida terkejut. Rasanya bagaikan ada sebiji bom yang betul-betul meledak di atas kepalanya. Sandiwara apakah yang sedang bermain di ketika ini.

"Apa!" Pantas tangannya berlalu ke pipi Johan. Memang tak dapat ditahan lagi dah. Tak tahulah betapa kuat tamparannya, tapi yang nyata tapak tangannya sendiri merasa sakit. Sesakit hatinya. Johan sendiri terkedu. Tak sangka Adida akan seberang itu. Pipinya yang perit hanya ditahan.

"Maafkan aku Dida. Aku tak terdaya nak menipu diri aku sendiri." Johan sedar, selagi dia tak berterus-terang dia yang akan rasa tak senang. Biarlah dia kena marah ke apa ke janji dia dah meluahkan apa yang sepatutnya diluahkan. Simpan lama-lama pun hanya membuatkan dia yang merana. Adida kembali menentang wajah Johan. Di matanya tergambar sinar kemarahan.

"Johan… kau boleh menipu Afifah, tapi tidak aku. Aku takan sanggup mengkhianati kawan aku sendiri. Beranganlah kau kalau kau ingat aku akan membalas cinta kau." Adida tak tunggu lama. Biarlah dia berlalu.Semakin lama dia di situ macam-macan benda lain pula yang berlaku.
```````````````````````````````````````````````````````````````````````````` ```````````````````


Di dalam biliknya Adida termenung sendirian. Perihal pertukaran sekolahnya semuanya telah diuruskan oleh abangnya di selatan. Dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk beredar dari sini. Selepas ini dia akan berpindah ke Johor mengikut abangnya. Keputusan yang dibuatnya ni memang agak mengejut. Mengejutkan semua orang, termasuklah ayah dan ibunya. Adida ingat lagi bagaimana dia menyatakan tentang hasratnya hendak pindah sekolah kelmarin, bemacam-macam alasan yang telah direka dikemukakan. Memanglah pada mulanya
ayah dan ibunya menolak keras hasratnya, tetapi setelah dipujuk-pujuk oleh Adida, akhirnya mereka terpaksa bersetuju apatah lagi setelah mendengar kesanggupan abangnya untuk menguruskan segala hal mengenai pertukaran sekolahnya. Adida tak menyesal dengan apa yang dia telah lakukan. Padanya inilah jalan yang terbaik untuk dia menjauhkan diri daripada Johan dan memberikan jalan penyelesaian pada Afifah dan Johan. Biar apa pun terjadi dia tak akan khianati kawannya. Walaupun dah berbuih-buih mulutnya menjelaskan pada Afifah, biarlah. Adida berharap semoga pengorbanannya ini akan menyedarkan Afifah. Sementara Johan pula biarlah dia belajar menyintai Afifah. Semoga bila Adida tiada nanti cinta Johan tidak akan berbelah bagi.

"Dida! Abang kamu telefon, katanya malam nanti dia akan sampai mengambil kamu. Hah! Apalagi pergi kemas kain baju." Adida menyeka air mata di pipinya. Jeritan dari ibunya mematikan lamunannya seketika.

"Baiklah bu….." Akurnya dia. Tanpa melengahkan masa lagi Adida bergegas mengemas apa yang patut. Buku-buku sekolah, barang-barang yang berharga bak kata semuanyalah yang diperlukan nanti. Esok lusa di sana taklah kelam kabut jadinya. Nun di sudut biliknya, di atas meja studynya, hati Adida tertarik pada sebingkai gambar yang terletak cantik. Tangannya terdorong untuk mengambil bingkai gambar itu. Gambar dia dan gambar Afifah yang diambil
sewaktu pasaria di sekolahnya beberapa bulan yang lepas. Gambar kenang-kenangan. Entah bilalah lagi mereka akan bergambar begitu. Pastinya gambar itu akan turut dibawanya. Tidak mungkin dia melupakan segala
kenangannya bersama Afifah.

"Fifah, semoga kau dapat memaafkan aku." Tanpa sedar Adida melafazkan kata-kata itu. Itulah harapannya sebelum bandar K.L ini akan ditinggalkannya esok pagi.


bersambung...


Sekotak Surat Senaskhah Cinta Seribu Penantian - Siri 5


Setahun kemudian….

"Tak mungkin ! Tak mungkin dia, katakanlah ianya hanya pelanduk dua serupa. Aku tak mahu berjumpa dengan dia lagi. Lagipun perkara itu sudah lama berlalu. Sepatutnya ia tak akan berulang lagi." Adida menggeleng kepala.

"Dida! Dida! Eh Dida!"

"Ah……" Adida menoleh dan seakan baru tersedar dari lena yang panjang. Dia
sempat beristigfar beberapa kali.

"Sudahlah Dida, mari kita ke kelas." Ajak Hafiza. Dia tak mahu hanya kerana disebabkan Adida mereka terlambat masuk kuliah. Sementara Adida yang masih terkejut sekadar menurut.


* * * * * *


Waktu mereka sampai di bilik, seorang pun tiada. Pasti Intan dan Huda belum pulang lagi. Ataupun mereka berdua bertandang ke bilik lain. Biasalah tu. Adida memang beruntung kerana mendapat teman sebilik yang baik seperti
Intan, Huda dan Hafiza. Secara kebetulan, Intan merupakan ex-classmatenya semasa form 5 di K.L dahulu dan Hafiza pula merupakan ex-classmatenya semasa di form 5 return dahulu. Cuma Huda sahaja yang merupakan teman baru baginya tapi kira o.kaylah juga sebab otaknya dan otak Dida lebih kurang sama sahaja, gila-gila. Adida pun tidak pernah menyangka yang dia boleh bertemu semula dengan Intan, sebilik pula tu. Yang membezakan mereka hanyalah Intan sudah pun berada di tahun dua sedangkan Adida baru di tahun satu. Yelah sebab masa form 5 dulu dia return. Itulah masa first year, form 5 dulu gagal. Jadi terpaksalah Adida mengambil sekali lagi. Nasib baik lulus, kalau tidak … kata ibunya duduklah rumah tunggu orang masuk meminang. Hah!

Mengenangkan itulah yang dia belajar sungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini. Gembira sakan dia. Sekurang-kurangnya terlepas juga bala jadi isteri orang dalam usia muda. Ish, memang tak terfikir lagi dia bab-bab kahwin ni.

"Oi, tak kan termenung lagi kot? Sudah-sudahlah tu." Tiba-tiba Hafiza menepuk bahunya. Dia kini dah pun duduk di hadapan Adida.

"Siapa yang termenung, aku cuma melamun ajelah." Balas Adida. Buku yang bersepah di atas meja study dikemaskan.

"Alah samalah tu. Ei, sejak bila pula kau pandai melamun ni?"

"Eh, sejak kecil lagi dah pandai dah. Kau tak pandai melamun?" Dengan nada selamba Adida menjawab. Seolah-olah tiada apa yang pelik berlaku. Hafiza di sisi hanya mampu tersenyum. Senyum biasa ke senyum barmakna.

"Assalamualaikum!" Dari arah pintu muncul Intan dan Huda. Wah, dia bawa makananlah. Hafiza meluru dahulu. Adida hanya memerhati dari katilnya. Alah tiada kudratlah nak bangun. Penatlah, maklumlah dah berjalan naik bukit turun bukit.

"Eh, awal kau orang balik hari ini ?" soal Intan. Dia terus menuju ke lockernya yang terletak di sebelah katil Adida.

"Memang, Encik Aziz tu ada hal."

"Yelah, hal apa ajelah lecturer kita orang tu. Entah-entah problem rumahtangga dia. Tengoklah Encik Aziz tu bukannya pernah smart. Muka pun layu aje. Kita orang yang tengok ni pun rasa macam tak semangat aje nak
belajar." Sampuk Hafiza.

"Aku pun rasa begitu jugalah. Sebab kita orang selalu juga dengar yang Encik Aziz tu selalu dapat call dari isteri dia. Entah-entah dekat sini dia lecturer kita orang, dekat rumah dia pula yang kena lecturer dengan isteri dia kot. Queen qontrollah katakan." Serentak ke-empat orang gadis itu ketawa, lebih-lebih lagi Huda.

"Eh, kau ni pandai-pandai aje buat cerita. Entah-entah dia ada hal lain. Kau buat fitnah aje." Intan menegur tapi dia ketawa juga.

"Ah, sudahlah Intan, kau pun ketawa juga." Huda menyampuk lagi. Dia masih ketawa. Entah apa yang digelihatikan sangat agaknya.

"Hei, cukup-cukuplah ketawakan orang tu. Tak baiklah. Tak berkat kita belajar nanti. Asyik mengutuk lecturer aje." Adida menasihatkan. Dia dari tadi dah berhenti ketawa dah. Apalah yang hendak digelihatikan sangat. Memang pun dalam dunia ni penuh dengan bermacam-macam ragam. Dia pun tak hairan kalau pun apa yang Huda cakapkan itu betul. Zaman sekarang ni memang tiada yang pelik dah.

"Oh, ye Dida. Tadi aku terserempak dengan Johan tau." Ujar Intan tiba-tiba setelah ketawanya mereda. Hati Adida menjadi tak keruan tak semena-semena apabila terdengar nama Johan disebut.

"Johan yang mana satu ni Intan?" Soalnya menginginkan kepastian. Hatinya berharap-harap sangatlah Johan yang dimaksudkan oleh Intan tu bukannya Khairil Johan. Kalaulah betul rasa macam nak pengsan saja.

"Alah, Johan sekolah kita tu. Yang kawan dengan Afifah." Hah! Sah. Betullah tu. Rasa nak pengsan dah ni. Bermakna bala takan habis lagilah…..

"Jadi aku ni tak salah oranglah." Dalam sedar tak sedar Adida berkata. Tapi cukup didengari olah Intan yang berada betul-betul di sebelahnya.

"Jadi kau dah jumpa dialah?"

"Entahlah Tan. Yelah agaknya tu. Hai, kenapalah aku mesti jumpa dia lagi di sini." Ujar Adida seakan-akan mengeluh.

"Kenapa, kau tak suka ke berjumpa semula dengan dia?" sola Intan yang memang tak faham.

"Ah, tak dalah macam tu. Tak sangka pula aku yang dia pun belajar di sini." Adida cuba menutup segala kemungkinan yang ada.

"Dunia ni kecil Dida. Ke mana pun kita pergi, pasti juga akan berjumpa kalau dah ditakdirkan. Walaupun ke ceruk dunia." Sampuk Huda pula. Adida cuma mendiamkan diri. Kalau begitu kata Huda, bermakna memang dah takdirlah dia bertemu dengan Johan semula. Hemmmm……….

"Betul cakap Huda tu Dida. Sebab tulah aku tak hairan jumpa kau semula di sini. Satu bilik lagi. Semuanya dah takdir. Tak kan kita nak lawan takdir pula." Hem, Intan mengeluh seketika. Saat ini satu bilik terdiam. Mungkin
sedang memikirkan apa yang dikatakan oleh Huda dan Intan.

"Ah, lupa pula aku ni. Tulah banyak sangat bebel. Sampai terlupa nak sampaikan salam Johan pada kau."
"Dia sampaikan salam pada aku?" Adida menyoal dalam gabra.

"Yelah, salah ke? Kan dah lama tak jumpa. Cam juga dia kat engkau." Adida hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata Intan.

"Aku cakaplah kau satu bilik dengan aku. Terkejut juga dia. Mungkin tak percaya."

"La, yang kau pergi cakap dengan dia aku satu bilik dengan kau buat apa?" Ish, bala-bala.

"Apasal pula? Salahke? Bukannya dia tahu bilik kita kat mana."

"Memanglah, tapi aku baru nak rahsia dengan dia." Intan tergelak besar. Adida kehairanan. Apa dia cakap yang lucu ke tadi? Rasa-rasanya tidak.

"Kau ni itu pun nak rahsia. Teruklah kau ni." Intan masih ketawa. Tapi tidak Adida. Intan ketawa sebab dia tak tahu apa-apa. Tapi Adida? Johan tu bukannya betul sangat. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan dia dapat surat daripada Johan, namun tidak satu pun yang dia balas. Ingatkan dengan cara ni dapatlah dia melarikan diri daripada Johan, namun usahanya tak sejaya mana, malang sungguh bertemu semula di kolej yang sama. Kalau dia tahulah yang
Johan belajar di sini, memang tak jejaklah dia di kolej ni. Kalau dulu bolehlah tukar-tukar sekolah, tapi sekarang? Hai, nampaknya terpaksalah dia hadapi semuanya di hadapan mata. Dulu dah sekali, kalau ibu tak beri alamat rumah abang tentu surat-surat mamat tu tak sampai . tapi tak boleh nak salahkan ibu juga. Sebab dia pun tak pesan dengan ibu kalau ada orang minta alamatnya jangan beri, yelah tapi masa tu manalah pernah dia terfikir yang
Johan akan seberani tu. Ibu pun boleh kalah dengan rayuannya. Nasib baik rumah abangnya masa tu belum masuk line telefon, saja dia tak beri abangnya masuk dulu, takut si Johan minta nombor phone pula. Hah ! melayan dia nanti.


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Hah, kan Adida dah cakap……..si Johan ni mesti menyambung tabiat lamanya ni. Masuk hari ini dah tiga kali dia dapat surat daripada Johan. Tak payah dia baca, tengok pun dia dah tahu siapa pengirimnya. Sejak beberapa bulan yang lepas memang Adida dah berhenti membaca surat Johan. Ah! Tak kuasalah dia.

Asyik menjiwang aje. Isi-isi suratnya, tak lain tak bukan merayulah tu agar Adida sudi kawan semula dengannya. Lebih-lebih tu biasalah kalau orang lelaki ni, bila tak dapat mulalah keluar semua luahan perasaaan yang merepek meraban tu. Kadangkala tu, tersentuh juga hati nurani Adida, maklumlah orang perempuankan. Memang mudah tersentuh, nak-nak lagi kalau dah kena dengan bab-bab memuji dan merayu ni, mahunya tak cair. Hanya dengan keimanan sajalah yang dapat menangkis semua perasaan-perasaan tu. Adida pun tak tahulah nak buat apa dengan si Johan ni. Nak di balas surat suruh jangan tulis surat lagi pada dia, malas. Kesudahannya macam ni lah sampai sekarang si Johan tu masih setia mengutuskan surat padanya.


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


"Eh, Dida temankan aku pergi check surat aku sekejab. Alang-alang dah lalu sini. Manalah tau ada surat dari budak chatting hari tu. Dia kata nak hantar surat pada aku."

"O.kay." Adida memang tiada bantahan. Biarlah Hafiza dengan hobi barunya tu. Mengumpul kenalan. Lagipun orangnya masih single lagi. Manalah tau, tersangkut satu.

"Eh, Dida ada surat untuk kaulah." Hafiza menunjukkan sepucuk surat kepada Adida. Adida mengambilnya dari tangan Hafiza. Hem, surat mamat tu lagi.

"Surat dari siapa tu? Mesti budak kampus ni juga. Tak da setem pun." Usik Hafiza dengan senyum simpulnya. Oh, Adida nak sembunyi-sembunyi ye.

"Alah, tak da siapa-siapalah. Dah jom kita ke kelas. Nanti terlambat pula." Tangan Hafiza ditariknya. Malas Adida nak melayan. Nanti berjela pula soalan.


* * * * * *


Mana pula diaorang ni, kalau nak jalan-jalan pun beritahulah dulu. Ini tidak. Tahu-tahu hilang lesap aje. Tengok, dah pukul 6 pun masih tak nampak batang hidung lagi. Ni nak kena ni.

"Assalamualaikum………."

"Hah, itupun suara diaorang. Nantilah kauorang." Ujar Adida sendirian.

"Hai Dida, dah bangun tidur?" Tegur Hafiza.

"Dah lama dah. Kauorang pergi mana? Bukannya nak beritahu aku!" Muka masam dah tentu punya.

"Eh, Leklah Dida. Bukannya kitaorang tak nak beritahu. Tapi kitaorang sebenarnya tak sampai hati nak kejut kau tidur. Maklumlah kitaorang tengok kau pun macam penat aje balik tadi."

"Betul cakap Huda tu. Tapi walau macamanapun kitaorang tak lupa belikan favourite kau. Nah! Asam kecut." Hafiza menghulur seplastik asam kepada Adida. Adida masih mendiamkan diri. Cheh! Jual mahal konon. Tak pe beri dia orang gentar sikit.

"Ai, takkan marah lagi kot. Tak syoklah macam ni. Awan kat luar tu dah mendung, takkan kat dalam ni pun nak mendung juga. Senyumlah sikit." Intan pula menyambung. Adida tak menjawab. Hanya tangannya saja yang bergerak menuju ke plastik asam. Apalagi makanlah.

"Oo…..dengan kitaorang tak nak tegur. Tapi asam kitaorang dia makan. Mana boleh jadi. Dahlah tak ucap terima kasih." Huda pula bersuara. Adida yang mendengar bagai nak ketawa, tapi ditahannya sahaja.

"Suka hatikau lah Dida. Nak marah pun marahlah. Aku banyak lagi kerja nak dibuat daripada melayan marah kau." Malas Hafiza nak melayan. Jejak langkahnya diikuti oleh yang lain. Huda dan Intan. Tak sedap hati juga Adida
dibuatnya melihat sikap-sikap rakannya semua tu. Rasa serba-salah pula.

"O.kaylah-o.kaylah aku mengalah. Thanks sebab belikan aku asam ni." Huda, Intan dan Hafiza memandang sesama sendiri.

"Dah, baik angin kau?" Usik Huda.

"Dah." Ujar Adida disambut dengan gelak kecil darinya. Alah bukannya dia marah sangat. Saje je tadi. Lagipun apa yang dia dapat kalau marah lama-lama. Tak untung pun.

"Kau marah lama-lama pun buruk muka nanti tau." Sampuk Intan pula.

"Banyaklah kau." Adida membalingkan bantal kecilnya pada Intan. Lalu adegan baling membaling pun dilancarkan tanpa rasminya. Riuh rendah jadinya bilik mereka.

"O.kay-o.kay aku surrender." Intan lebih dahulu mengalah. Dah tak tahan dah ketawa. Rasa macam nak pecah perut. Adida berhenti meng-attack. Taupun takut.

"A……Dida. Fiza kata tadi kau ada dapat surat. So, boleh kitaorang tau daripada siapa." Tiba-tiba sahaja Intan mengutarakan pasal surat. Adida cuma tersenyum sumbing. Surat-surat.

"Tah Dida takkan nak rahsia dengan kitaorang kot. Kalau kau tak beri kitaorang baca pun at least kau ceritalah apa yang budak tu tulis." Nak cerita apa. Dia sendiri pun tak baca nak cerita.

"Em…..betul tu, kata Intan. Kita orang pun nak tau juga siapa orangnya yang menjadi secret admire kau tu. Budak tahun berapa, siapa namanya yang mana satu orangnya?" Adida masih mendiamkan diri. Belum ada tanda-tanda yang dia akan menceritakan apa-apa.

"Ceritalah Dida. Ceritalah." Fiza mendesak lagi. Adida menghela nafas.

"Betul kauorang nak tau?" Ketiga-tiga gadis itu mengangguk serentak. Adida bangun menuju ke lockernya sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.

"Nah! Ambillah kauorang baca sendiri." Surat Johan diberikan pada salah seorang daripada mereka. Biarlah mereka tahu. Sebab mereka pun memang nak tau. Alng-alang dah bocor rahsia, baik pecahkan terus. Adida pun dah tak kuasa nak simpan rahsia ni lebih lama. Dah penat dah. Radio di atas meja studynya dikuatkan. Serentak itu lagu Bisikkan Cinta dendangan Siti Nurhaliza pun bergema di segenap bilik. Adida yang khusyuk mendengar,
tersentuh pula rasa hati.

Pada bisikkan yang pertama
Ungkapan kata yang bermakna
Membuai syahdu sukmaku
Tika meniti bersamamu
Aku rakamkan segalanya
Di lubuk hati bertahta
Walau di mana ku berada
Kau tetap hadir dalam jiwa……….oooooooo
Bisikkan asmara yang pertama
Terpahat untuk selamanya
Tercipta pengalaman yang indah
Hingga kini masih terasa
Cinta mengukir rasa rindu
Di bawah awan setuju
Dalam meniti hariku
Tak sabar untuk bersamamu………….

"Johan !" Adida mengangguk .


"Apa yang dia tulis?" Soalnya kepada Fiza.

"Dia tulis tak banyak, cuma dia cakap…. Mulai esok dia takkan tulis surat pada engkau lagi. Sebab dia tau kau takkan kisah dengan surat-surat dia. Tapi dia berharap sangat dapat jumpa engkau hari Sabtu ni, sebelum kau balik
bercuti. Itu sajalah." Adida menarik nafas. Akhirnya Johan fed-up juga.

"Johan mana satu ni Dida?" Soal Intan yang sememangnya confused.

"Berapa banyak Johan yang aku kenal dalam kolej ini?" Harap-harap Intan dah faham sekarang ni.

"Maksud kau, Khairil Johan? Yang kawan dengan Ifah tu?" Adida mengangguk.

"Tapi apa kena mengena kau dengan dia?" Dalam bab ini hanya Intan sahaja yang bersuara, sebab Huda dan Hafiza tak tahu apa-apa. Tapi diaorang dapat menganggak tentu ada cerita menarik di sebalik surat ini. Adida bangun dan berjalan kembali ke lockernya. Satu kotak kasut dikeluarkan. Dalamnya bukanlah mengandungi kasut, tapi surat. Bertimbun.

"La…. Banyaknya surat."

"Kalau nak tau bacalah surat-surat tu." Malas Adida nak menceritakan satu persatu. Biarlah mereka baca sendiri dan faham sendiri. Memang dulu dia ingat nak bakar saja surat-surat tu, tapi dia terlupa sampailah akhirnya dia ambil keputusan bawa saja surat tu walau ke mana pun dia tinggal. Sebab dia rasa kalau boring boleh juga dia baca surat-surat tu. Manalah tahukan boleh juga menghibur hati yang duka.

"Wuu….romantik betullah budak ni. Siap dengan lagu lagi nak ngurat Adida. Kalau akulah jadi kau Dida, dah tentu cair punya." Alah, Johan tu tak payah tengok surat, tengok aje orangnya dah nampak dah romantik. Tapi nasib
baiklah Adida ni jenis orang yang tak cepat cair, iman pun masih tebal.

Kalau tidak…….
"Ooh…kiranya si Johan ni ada hati dekat kaulah ye?" Adida cuma tersenyum sumbing. Bengang.

"Tapi aku tak pernah response sebab aku tak nak lukakan hati kawan aku sendiri. Yelah, kau taukan dia bercouple dengan Ifah. Jadi buat apa aku nak kacau daun. Bukannya tak da lelaki lain dalam dunia ni selain dia." Oh,
sekarang ni baru Intan tahu kenapa bila dia tanya Afifah pasal Adida, Afifah selalu memasamkan muka saja, rupa-rupanya mereka bergaduh.

"Jadi sebab nilah yang kau tukar sekolah ye?" Adida mengangguk.

"Aku tak mahu jadi penghalang antara mereka. Aku harap bila aku tiada eadaan akan pulih semula dan mereka akan berbaik."

"Tak da yang berbaiknya Adida, apa yang aku tahu diaorang dah clash. Dah tak ama kemudian Afifah pula pindah mengikut jejak langkah kau. Ke mana aku pun ak berapa ingat. Rasa-rasanya oversea."

"Ifah pindah?" Intan mengangguk. Adida terduduk. Kenapalah sampai begitu ekali. Ternyata pengorbanannya hanya sia-sia.

"Sudahlah Dida, dah tak da jodoh diaorang, apalagi yang nak kau kesalkan. au janganlah nak menyalahkan diri kau pula. Nanti gila seorang kawan aku. ntan cuba membuat lawak. Menceriakan sedikit keadaan yang tegang seketika.

"Ish, tak dalah sampai macam tu. Kau jangan takut aku masih berfikiran waras agi. Aku tak dalah nak menyalahkan diri aku. So far, aku dah buat acam-macam. Tapi kalau dah itu penyelesaian yang diaorang pilih. Aku tak
boleh nak cakap apa-apa.

"Eh cop-cop-cop. Dari tadi aku asyik mendengar cerita kau orang aja. ekarang ni aku nak tanya Johan yang mana satu yang kauorang ni bualkan?"

Akhirnya bertanya juga Fiza. Yelah, apabila confusednya sudah sampai ke ahap yang lebih tinggi.

"Alah, Johan…..budak yang aku tunjuk kat kantin hari tu….." Sampuk Huda.

"Hari tu, kantin?" Fiza masih berfikir-fikir.

"Oh! Yang tu. Aku dah ingat aku dah ingat sekarang. Eh, not bad apa guy tu. lah, kawan sajalah dengan budak tu Dida. Aku tengok muka dia tu innocent pa." Eh, pandai-pandai aja si Fiza membuat keputusan.

"Ha-a lah Dida. Betul kata Fiza tu. Apa kata kau kawan aja dengan dia. Diakan suka kat kau dan dari apa yang aku dah baca surat-surat dia aku rasa dia ni betul-betul ikhlas nak kawan dengan kau. Pasal member kau tu tak usahlah
kau fikirkan. Diaorang pun kan dah clash. That's mean dah tak da harapan." Tokok Huda pula. "Eh, Dida. Mak aku katakan tak baik menghampakan perasaan orang, takut esok lusa orang lain pula hampakan perasaan kita." Dah, Fiza pula memberi pendapat. Adida diam. Dia pandang Intan seraya meminta pendapat.

"Aku! No hal punya. Aku kenal Johan tu. Dia o.kay. Kalau kau nak terima. Terimalah. Semuanya bergantung pada tangan kau. Tapi aku nak beri nasihat kat engkau sikitlah. Kalau kau nak terima dia, biarlah kau terima sepertimana dia terima kau. Kalau terima hanya kerana simpati. Percayalah cakap aku, kau akan lebih-lebih menyakitkan hati dia." Peh………Intan memberi nasihat. Line akak-akak gitu. Macam orang dah berpengalaman pula. Adida tertunduk diam. Berfikirlah tu.

"Nantilah aku fikirkan." Kena berfikir lebih masa ni.

bersambung...


Sekotak Surat Senaskhah Cinta Seribu Penantian - Siri 6 (last)

Air tasik kelihatan tenang, jauh sekali bezanya dengan dirinya. Betullah kata orang penantian itu adalah satu penyiksaan. 2 tahun, bukanlah satu jangka masa yang singkat. Kalau bayi yang baru lahir pun pastinya sudah
pandai berjalan, bercakap. Dia tak kisah biarpun suratnya tak berbalas, dia juga tak kisah kalau senyumnya tak berteman. Tapi permintaannya yang satu ini dia cukup kisah. Inilah yang menentukan samaada dia tewas atau tidak.
Hati lelaki selalunya tidak akan mengalah, ego. Namun untuk kali ini dia harus jika sudah ditakdirkan. Biarlah dia redha. Walaupun dia tahu dia pastinya akan merasa kecewa, daripada menagih sesuatu yang tak pasti yang
pastinya akan membuatkan dia sakit jiwa dan angau. Dia harus yakin pada hakikat. Buat apa-apalah dia nak terhegeh-hegeh kalau orang dah tak sudi, buang masa saja. Tepat jarum jam bertindih, menunjukkan yang hampir tiga jam dia berada di sini, 5 minit lagi tinggal 5 minit lagi selepas itu dia akan pergi. Pergi meninggalkan daerah ini. Masa dirasakan berjalan terlalu cepat, tanpa disedari 5 minit telah pun berlalu. Tak tahulah Johan bagaimana hendak digambarkan lagi perasaanya di saat itu. Hingga kini, penantiannya masih belum berakhir. Orang yang ditunggu-tunggu masih belum memunculkan diri. Terasa berat hati hendak meninggalkan tempat itu, tapi mengenangkan tiket bas yang sudah dibeli, dia terpaksa akur. Akur pada keadaan. Apa boleh buat
orang dah tak sudi.

"Maafkan aku…..sebab terlambat. Dah lama tunggu?" Johan hampir ternganga. Adida dah sampai. Gadis itu mengukir senyuman. Hati yang panas, hampa dan kecewa hilang serta-merta. Hilang kisah nak balik tadi.

"Kau kira apa….taklah baru tiga minit aku di sini, tak lama pun." Bagai nak tergelak Adida mendengarnya. 3 minit ke 3 jam? Alah dia tahu. Sebenarnya dah lama dia memerhatikan Johan, saja tak nak memunculkan diri. Dia nak lihat selama mana Johan sanggup menantinya. Ternyata hanya tiga jam. Lama ke tu?

"Baguslah kalau macam tu. Kau pun tak perlulah nak marah hanya kelambatan aku yang 3 minit aja." Adida lihat Johan tersenyum kelat. Terasalah tu.

"Em, apakata kita ke atas sana, kat sini panaslah." Johan memberi cadangan. Adida sekadar menurut. Kesian juga Dida melihat muka Johan yang dah merah padam tu. Menahan panas. Setia punya pasal. Tulah sapa suruh duduk kat tempat lapang ni. Kan panas. Banyak lagi tempat redup.

"Kau apa khabar?" Soal Adida. Dah berapa tahun tak bertegur sapa. Baru kali ini bersua semula.

"Baik. Study kau pula macammana?"Alah tak payah tanya khabar.

"O.kay so far so good." Untuk seketika masing-masing mendiamkan diri. Adida lebih-lebih lagi. Yelahkan..dah lama tak berbual macam dulu. Rasa macam kekok pulak sekarang ni. Apatah lagi bila mengingatkan peristiwa-peristiwa yang lepas. Malulah.

"Em…." Tiba-tiba serentak pula mereka bersuara. Menjadikan masing-masing erdiam semula. Adida awal-awal dah tertunduk kepalanya.

"A..tak pelah kau cakap dulu." Johan memberi cadangan. Yelah..orang katakan adies first. Sementara Adida pula kalau Johan dah cakap macam tu..tak kisahlah. Dia mengikut sahaja.

"Em..macammana kau dengan Ifah?" Soalan menguji tu. Dah tau saja nak tanya. Sebelum menjawab Johan tersenyum.

"Dia o.kay. We are still friend eventhough sekarang ni dia berada kat oversea. Biasalah orang pandai kan?"
Adida mengangguk. Tapi terasa juga dia dengan kata-kata Johan tu, perkataan 'orang pandai' macam menyindir dia aja.

"Dia masih marahkan aku lagi ke?" Johan diam sebentar. Nampak sangat yang Adida tak membaca surat dia, kalau tidak masakan Adida bertanya. Bukannya tak da dia cerita pasal Ifah.

"Tak. Dia dah o.kay dah boleh terima semua seadanya dan dia sentiasa doakan kejayaan kita di sini." Ifah dah tak marah pada dia lagi. Adida lega, sungguh-sungguh dia ingatkan yang Afifah masih marah padanya lagi. Syukurlah
memang itu yang dia harapkan.

"Kau tau aku selalu rindukan dia, rindukan kenangan kami bersama. Tak mungkin aku melupakan dia. Sungguhpun tempoh persahabatan kami tak lama, aku rasa dia lah sahabat yang paling sayangi." Adida tersenyum sendirian.
Terbayang detik-detik mereka bersama dahulu. Johan tunduk. Dia lah punca semua ini rasa serba-salah mula menghantui. Sepatutnya dia tak boleh mencintai Dida kerana Dida itu kawan baik Afifah. Tengok sekarang apa dah
jadi. Dia telah memusnahkan sebuah persahabatan yang murni, akrab. Tapi dengan perasaan manalah boleh berjanji. Ia datang tak diundang dan perginya juga tidak dirancang. Kalau Dida yang dia suka, bermakna Didalah. Tiada
orang lain. Kalau dia tak beritahu Dida tentang perasaanya, takut dia pula yang gila. Gila angau. Adakah ini bermakna dia pentingkan diri sendiri?

Tidak….kalau betul dia pentingkan diri sendiri tentu dia tak kan setuju untuk bercouple dengan Afifah. Dia sendiri pun tak tahu mengapa dia tiada langsung perasaan pada Ifah sepertimana yang dia rasakan pada Adida. Rasanya
dah puas dia cuba untuk jatuh cinta dengan Afifah tapi tak boleh. Afifah yang menjadi couplenya tapi pada Adida pula dia sering teringat. Memang betullah kata orang, cinta itu tak boleh dipaksa.

"Ah, oversea….Ifah belajar di mana?" Soalan Adida sekaligus mematikan lamunan Johan.

"London." Dida senyum. Memang itulah tempat idaman yang pernah Ifah beritahu padanya. Tak sangka tercapai juga hasratnya nak ke sana.

"'Maafkan aku Dida. Kalau tidak disebabkan aku, tentu kauorang masih berbaik lagi sekarang ni. Aku berjanji aku akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Aku akan pastikan yang kauorang akan berbaik semula." Adida hanya mendiamkan diri. Terserah pada Johan.

"Dida, aku ada sesuatu nak cakap dengan kau. Ini ikhlas dari hati aku." Adida masih mendiamkan diri, sekaligus menanti ungkapan yang bakal keluar daripada mulut Johan.

"A…Aku nak tahu adakah benar selama ni kau membenci aku?" Johan dah tak sanggup dah. Dia tak pandai memutar kata. Sekarang ni selagi ada masa dia akan tanya dan keluarkan apa yang terbuku di hati.

"Em..tidak. Buat apa aku nak membenci kau." Penuh yakin Adida menjawab.

"Betul?" Soal Johan kembali. Adida mengangguk.

"Ye, kenapa?" Adida menyoal kembali. Kalaulah dia benci pada Johan buat apalah dia datang ke sini. Lagipun perkara yang lepas, buat apalah dikenang-kenang. Tapi yang sebetulnya memang dia tak pernah membenci Johan,
cuma geram sahaja.

"Baguslah kalau macam tu. Sebenarnya tujuan aku nak jumpa kau ni sebab aku nak minta maaf pada kau. Yelahkan aku selalu menganggu kau selama ini dengan surat-surat aku tu. Jadi disebabkan rasa bersalah, aku nak minta maaf padan kau atas perbuatan bodoh aku tu, jadi kau anggap sajalah yang itu semua mimpi yang tak pernah kau alami." Adida merenung wajah Johan. Betulke apa yang dia dengar ni. Johan dah mengalah ke ni?

"Ada satu lagi. Aku perlukan pengakuan kau. Aku harap kau berkata jujur." Suara Johan mula serious. Adida tak berani nak angkat muka. La..pengakuan apa pulak ni.

"Em..kau katakanlah yang kau tak suka aku. Kalau boleh kau tak nak tengok atau jumpa aku lagi!" Adida terkedu. Kenapa Johan ni. Emosianalnya. Kalau ye pun frust janganlah sampai macam tu sekali.

"Apa..perlu ke aku cakap tu semua?"

"Kenapa..kau keberatan?" Adida menarik nafas.

"Nak buat apa aku cakap tu semua…lagipun apa yang kau dapat kalau aku cakap pun." Ujar Adida.

"Aku puas hati!..sekurang-kurangnya telinga aku ni dapat mendengar sendiri yang kau memang tak sukakan aku. Jadi aku taklah terus-terusan mengganggu kau selagi aku belum dapat jawapan." Adida tersenyum sinis.

"Ish, mengarut betul!" Adida tidak setuju dengan cadangan Johan.

"Maaflah Johan, aku tak dapat nak ikut cakap kau tu."

"Tapi kenapa? Susah sangatke nak menyebutnya." Johan masih tak puas hati. Memang dia tak akan puas hati selagi dia tidak mendengar sendiri yang Adida mengaku bahawa Adida tidak sukakan dia.

"Apa kau dah gila ke Johan..aku kata aku tak mau, aku tak maulah." Adida masih berdegil juga..tolonglah jangan nak paksa-paksa dia. Ni yang dia tak suka ni.

"Tolonglah Dida. Sekali ini saja. Aku janji selepas ini aku tak kan ganggu kau lagi." Alamak macam merayu pulak si Johan ni. Adida geleng kepala. Tak mungkin dia menurut permintaan Johan.

"Baik! Kalau begitu katakan yang kau sayang dan cintakan aku." Hah! Lagi Adida terpempan. Sekarang! Di sini? Johan ni betul-betul gila.

"Cepatlah Did, aku tak punya waktu lagi ni. Hanya tinggal setengah jam saja lagi."

"Kau nak ke mana?"Soal Adida. Hilang kisah nak menuruti permintaan Johan.

"Balik kampung akulah." Em..Adida mengeluh. Ingatkan nak pergi manalah tadi.

"Tapi sebelum tu aku teringin sangat kau menunaikan permintaan aku. Sekurang-kurangnya aku rasa puas-hati mendengar dari mulut kau sendiri. Mana lah tau kita tak jumpa lagi selepas ini. Mungkin bas yang aku naik tu
accident ke..apa ke. Lagipun aku nikan aku ni selalu menyakit dan menyusahkan kau."

"Cukup-cukup ! Tak baik kau berkata begitu." Adida cepat-cepat menutup mulut Johan. Pemuda itu terkejut. Begitu juga Adida. Dia tak perasan dengan perbuatannya sendiri. Tapi dia hanya membiarkan sahaja tatkala Johan
menyentuh tangannya.

"Kenapa Adida..salah ke apa yang aku katakan tadi?" Adida diam. Johan ni bercakap, macamlah dah lama hidup. Tapi kalaulah betul terjadi macam yang Johan katakan..ish, naya tu. Selisih, selisih.

"Maafkan aku Johan. Aku tau kau kecewa. Aku, tak berniat sebenarnya untuk membuatkan kau tertunggu-tunggu. Aku yang sebenarnya memerlukan waktu untuk cuba menerima diri kau. Ternyata aku tewas, aku tak sangka sampai begitu sekali kau memerlukan aku." Johan merenung wajah Adida meminta kepastian.

"Maksud kau?" Dengar tak dengar aje suaranya.

"Masih ada lagi ke ruang untuk aku di hati kau?" Soal Adida sambil tersenyum. Dia memandang tepat wajah Johan, menembusi sinar mata pemuda itu. Aduh..romantiknya ayat. Johan tersenyum melebar.

"Betulke apa yang aku dengar ni?"

"Kenapa kau dah pekak ke?" Adida masih sempat berlawak. Eleh Johan ni, buat-buat tak tahu pula.

"Maksudnya kau terima aku, begitu?"

"Tak…..kau sorang yang perasan." Mengada-ngada. Malu Adida dibuatnya. Cakap sekali je dahlah. Tanya lebih-lebih pulak.

"Kau jangan main-main Dida. Kau betul-betul ke sayang kat aku ni." Johan tak puas hati. Dia rasa Adida seperti main-main pula sedangkan dia tengah serius ni.

"Ah, malas aku nak layan kau. Fikir aku main-main pula." Adida melarikan diri. Johan mengikut dari belakang.

"Kalau macam tu. Kau betul-betullah sayang kan aku ni?" Hai, nampaknya si Johan ni tak faham-faham lagi. Naik bengang pulak Adida dibuatnya.

"Yelah..takan itupun kau tak faham." Adida menggeleng kepala. Teruk betullah Johan ni.

"Ye ke? Aku tak bermimpi ke ni…YES! YES! YES!." Tiga kali Johan menjerit yes, aduh seronoklah tu. Sukanya dia. Adida pula cuma mampu tersenyum. Johan-Johan, kata hatinya.

"Em…apa yang membuatkan fikiran kau bertukar?"Tiba-tiba Johan menyoal. Adida tersenyum lagi.

"Em….entahlah, mungkin disebabkan kau dan juga surat-surat kau. mungkin juga sebab perangsang daripada kawan-kawan aku.."

"Perangsang..kawan-kawan."Johan berkata sendirian…Adida mengangguk. Ingat lagi kata kawan-kawnnya tempohari.

"Alah…lagipun aku tak sampai hati nak biarkan kau kecewa setelah menanti aku selama 3 jam di sini. Dahlah panas terik ni. Berpeluh-peluh kau aku tengok." Adida berkata selamba. Sedangkan Johan dah merah padam muka. Benganglah tu.

"Kau, kau mengintip aku ye?" Adida mengangguk.

"Nakal kau eh." Johan mencubit hidung Dida. Tapi Adida cuba menepis.

"Salah ke?" Adida tak puas hati. Sakitnya hidungnya kena cubit dek Johan.

"Salah. Sebab kau membiarkan aku menunggu lama." Jawab Johan tegas. Ceh! Konon marahlah tu.

"Lama? Alah baru tiga jam. Sekarang ni dah terbukti kau hanya mampu menanti aku selama 3 jam." Adida pura-pura merajuk. Johan pulak menghampirinya. Nak pujuklah tu.

"Alah merajuk pula. Baiklah tuan puteri, mulai hari ini patik akan menanti tuan puteri selamanya."

"Selamanya?" Soal Adida. Johan mengangguk.

"Eh…Omong kosong…..wek……."Adida menjelir lidah. Dia terus berlari meninggalkan Johan.

"Eh..Dida..!tunggu….!" Johan mengejar dari belakang dan era kejar-mengejar seperti filem hindustan pun bermulalah.

Adida menerima Johan dalam hidupnya. Kini mereka sama-sama mengejar cita-cita dan impian. Impian mereka tercapai 5 tahun kemudian. Adida dan Johan akhirnya sah menjadi sepasang suami isteri. Di hari perkahwinan
mereka, Afifah muncul bersama suaminya. Pemuda yang dikenali sewaktu dia belajar di London. Mereka mengucapkan selamat pengantin baru pada Adida dan Johan. Tidak ketinggalan yang hadir, Intan, Huda dan Hafiza. Masing-masing mempunyai haluan sendiri yang pastinya mengikut kehendak mereka. Di hari yang bersejarah itu, Adidalah insan yang paling gembira…tiada sengketa tiada dendam. Juga berakhir dengan kegembiraan. Semuanya disebabkan sekotak surat senaskah cinta dan seribu penantian…….


Dah habis dah.... idea cerita ni dapat dari dalam mimpi...ok tak?

Hosted by www.Geocities.ws

1