PEREMPUAN, ISTERI DAN POLIGAMI
(1.) Kalau seorang perempuan
keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya,
menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan
isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.
(2.) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah
mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.
(3.) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia
belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,ibu
dan ayahnya senang hati mendoakannya.
(4.) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain walaupun
setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.
(5.) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan, bencinya
pada kita binasa.
(6.) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia merasa
lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah
suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.
(7.) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isterinya boleh
bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya,
boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima,
boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.
(8.) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan berlebih-lebih
pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya
(9.) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam
derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam
kebanggaan.
(10.) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau
isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan yang
cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecuali kalau
ia ditekan oleh sesuatu keadaan.
(11.) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau
ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran
seorang isteri boleh terhina suaminya.
(12.) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti isteri,
isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri dalam
masa beristeri.
(13.) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak
juga oleh kerana manisnya.
(14.) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya
kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi
kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa,
dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.
(15.) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin
baru.
(16.) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut saikologi
dia susah hati kehilangan mudanya
Hasil Nukilan
Ustaz Haji Ashaari Muhamad