KUFURNYA ORANG YANG MENGHINA SUNNAH NABI
Sebagaimana telah kita ketahui bersama bahawa sunnah memiliki makna luas, tidak hanya sempit pada pengertian fekah sahaja, namun merupakan ajaran dan keteladanan (uswah) yang dituangkan ke dalam segenap perilaku kehidupan nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam. Dengan demikian Sunnah merupakan agama itu sendiri yang Allah Ta’ala jadikan sebagai penerjemah dalam menafsirkan segenap ayat-ayatNya.
Saudaraku -barakallahu fiikum-, memperolok-olokan sesuatu yang berasal dari agama adalah merupakan kekufuran yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama menurut kesepakatan para ulama. Maka memperolok-olok dari sunnah-sunnah nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam tidak berbeza apakah yang melakukannya dengan sungguh-sungguh, bermain-main atau senda gurau.
Jenis-jenis Istihza’ (Ejekan)Manakala kita membicarakan permasalahan ini maka kita tidak akan terlepas dari beberapa permasalahan yang berkaitan dengannya.
Permasalahan yang berkenaan dengan memperolok-olok agama atau yang kita kenal dengan istilah istihzaa, di antaranya ialah kita dapati pada kenyataannya dalam memperolok-olokkan agama terbahagi menjadi dua jenis;
1. Istihzaa’ sharih, iaitu memperolok-olok agama dengan ucapan secara jelas dan terang-terangan. Sebagai contoh ucapan mereka para munafiqin kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam di suatu majlis pada perang tabuk ‘Tidaklah kami melihat orang yang lebih mementingkan perutnya, lebih berdusta ucapannya, dan lebih penakut ketika berjumpa dengan musuh daripada mereka para pembaca-pembaca Quran (yakni Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya)’. atau seperti ucapan mereka lainnya yang menyatakan: ‘Agama tidaklah diukur dengan janggut kita’, yakni kerana permasalahan cukur janggut, dan masih banyak lagi yang semisal dengan itu.
2. Istihzaa’ ghairu sharih iaitu memperolok-olok agama dengan perbuatan yang menunjukkan isyarat mahupun sindiran (tidak jelas atau tidak terang-terangan), seperti dengan memicingkan mata, menjelirkan lidah dan mencebikkan bibir dan lain-lainnya yang bertujuan untuk merendahkan sesuatu dari agama. Dalil kafirnya memperolok-olok sunnah
Saudaraku kaum muslimin -barakallahu fiikum-, dalil-dalil tentang kafirnya
memperolok-olok sunnah begitu banyak sekali. Namun semua berpusat pada satu
ayat yang menerangkan bagaimana hukum tersebut dapat menimpa seseorang dan
apa penyebabnya. Allah Ta’ala berfirman:
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu),
tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda
gurau dan bermain-main sahaja”. Katakanlah: ’Apakah dengan Allah,
ayat-ayatNya, dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?’. Tidak usah kamu
meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” (At Taubah:65-66)
Ayat ini menunjukkan bahawa memperolok-olok Allah adalah kekufuran, memperolok-olok Rasul adalah kekufuran, dan memperolok ayat-ayatNya adalah kekufuran, demikian pula memperolok-olok sunnah adalah kekufuran. Maka barangsiapa yang memperolok-olok salah satu dari perkara-perkara tersebut bererti dia telah memperolok-olok keseluruhannya.
Memperolok-olok Allah dan RasulNya dianggap kekufuran yang mengeluarkan pelakunya dari agama kerana pokok agama dibangunkan di atas pengagungan terhadap Allah dan pengagungan terhadap RasulNya, sedangkan memperolok-olok sesuatu darinya dapat menghilangkan pokok tersebut dan meruntuhkannya dengan dahsyat. Larangan untuk bermajlis dengan orang yang memperolok-olok agama
Saudaraku rahimakumullah terkadang kita sedar mahupun tidak telah terpedaya oleh berbagai makar dan perangkap syaitan yang selalu berusaha menjerumuskan kita ke dalam kesesatan, na’udzubilah. Di mana kita dijadikannya seperti sebuah patung yang bisu atau manusia yang terlelap pulas dalam tidurnya. Bagaimana tidak, kadang-kadang - kalau tidak mahu dinilai keumumannya – kita menganggap suatu hal yang wajar atau lumrah di saat kita menyaksikan atau mendengar atau paling tidak mengetahui ada orang yang memperolok-olok agama dengan gurauannya atau candanya atau bahkan menebarkannya bagaikan menebarkan benih di sawah lantas kita terdiam melihatnya, terkesima bahkan ikut tertawa mengaminkan pelecehan agama tersebut (Seperti terjadi dalam lawakan, filem, sinetron, perbualan).
Kerananya Allah di dalam
ayat tadi atau ayat-ayat lainnya menegur dan mengancam dengan ancaman yang
keras. Allah Ta’ala berfirman:
Tidak usah kamu cari alasan kerana kamu kafir sesudah beriman (At Taubah:
66)
Dan apabila mereka melihat kamu (Muhammad), mereka hanyalah menjadikan kamu sebagai ejekan (dengan mengatakan): ”Inikah orang yang diutus Allah sebagai Rasul? Sesungguhnya hampirlah ia menyesatkan kita dari sesembahan kita, seandainya kita tidak sabar (menyembah)nya’. Dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya. (Al Furqan:41-42).
Maka menjadi jelaslah dengan ini, bahawa orang yang memperolok-olok Rasul dengan menyatakannya sebagai orang yang sesat adalah lebih berhak dan lebih layak untuk disifati dengan sifat ini dan bahawa binatang ternak lebih baik dari orang tersebut. (Tafsir As Sa’diy hal.584).
Oleh kerana itu Allah
Ta’ala melarang mukminin untuk berkumpul, bermajlis bersama orang-orang
yang memperolok-olok agama ini termasuk di dalamnya memperolok-olok Rasul
dan sunnah Rasul.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Quran bahawa apabila
kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah
kamu duduk beserta mereka. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian),
tentulah kamu serupa dengan mereka. (An Nisa’:140)
Berkata Syaikh Abdurrahman As Sa’diy di dalam tafsirnya (hal 210): “Dan demikian pula halnya para ahlul bid’ah dengan keanekaragaman mereka, maka hujjah-hujjah mereka yang mendukung kebatilan mereka mengandungi penghinaan terhadap ayat-ayat Allah. Kerana ayat-ayat Allah tidaklah menunjukkan kecuali kebenaran, dan tidaklah mengakibatkan kecuali kebenaran, bahkan termasuk juga di dalamnya menghadiri majlis-majlis kemaksiatan dan kefasikan, yang akan menghinakan di dalamnya perintah-perintah dan larangan-larangan Allah, dan akan menenggelamkan hukum-hukumNya yang telah Allah tetapkan bagi para hambaNya dan penghujung dari larangan ini ialah larangan untuk duduk bersama mereka.”
Disegerakannya balasan bagi yang memperolok-olok sunnah
Kita utarakan juga di sini bagaimana Allah menyegerakan balasan bagi mereka-mereka yang memperolok-olok sunnah atau yang melecehkannya yang telah diriwayatkan kepada kita.
Dari Salamah bin Al Akwa’ “Bahawa seseorang makan di samping Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan tangan kirinya, maka beliau pun menegur: “Makanlah dengan tangan kananmu’, orang itu menjawab,’aku tidak boleh’. Beliau bersabda : ‘Engkau benar-benar tidak akan boleh’. Padahal tidak ada yang menghalanginya (makan dengan tangan kanan) kecuali kesombongannya. Salamah mengatakan: Maka ia pun tidak boleh (lumpuh) mengangkat tangan (kanan)nya ke mulutnya. (Dikeluarkan Muslim no. 2021).
Dari Abu Hurairah dari
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam, beliau bersabda:
Manakala seseorang berjalan dengan sombongnya di pagi dan petang maka Allah
tenggelamkan orang tersebut ke dalam bumi, dan ia akan terbolak-balik di dalamnya
sampai hari kiamat”.
Maka seorang pemuda bertanya kepada Abu Hurairah –yang telah disebutkan
namanya– dalam keadaan bercanda: ’Apakah seperti ini jalannya
orang yang ditenggelamkan ke bumi?’ Lalu Abu Hurairahpun memukul dengan
tangannya dan orang itupun merasakan sakit yang hampir mematahkan tulangnya.
Kemudian Abu Hurairah berkata dengan membawakan ayat:
Sungguh Kami akan balas untuk (membela)mu (wahai nabi) dari orang yang memperolok-olok.
(Sunan Ad Darimi no.437)
Dari Abdurrahman bin
Harmalah, dia berkata: “Datang seseorang kepada Said Ibnul Musayyab
untuk pamit menunaikan haji dan umrah. Maka beliaupun berkata kepada orang
tersebut: “Janganlah engkau pergi hingga engkau shalat terlebih dahulu,
kerana sesungguhnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam telah bersabda:
Tidaklah keluar dari masjid setelah dikumandangkan azan kecuali munafik, kecuali
seseorang yang dipaksa keluar oleh keperluannya dan dia berkeinginan kembali
ke masjid. Maka orang itu pun berkata: “Sesungguhnya teman-temanku berada
di al Hurrah”. Maka orang itu pun keluar. Dan belum selesai Said menyayangkan
kepergiannya dengan menyebut-nyebut tentangnya, tiba-tiba dikhabarkan bahawa
orang tersebut terjatuh dari kenderaannya, hingga patah pahanya. (Sunan Ad-Darimi,
no. 447)
Dari Abi Yahya as-Saaji berkata: “Kami berjalan di lorong-lorong kota Bashrah menuju rumah salah seorang ahlul hadis. Maka aku percepat jalanku dan (ketika itu) ada di antara kami yang jelek agamanya, kemudian berkata: “Angkatlah kaki-kaki kalian dari sayap-sayap para malaikat, janganlah kalian mematahkannya (seperti orang yang istihza’). Maka orang itu pun tidak dapat beranjak dari tempatnya hingga kering kedua kakinya dan kemudian terjatuh”. (Bustanul Arifin, Imam Nawawi, hal. 92.) (Semua kisah di atas dinukil dari kitab Ta’zhimus Sunnah, Abdul Qayyum as-Suhaibani, hal. 30-32). (Kitabut Tauhid, DR. Shalih Fauzan hal.43)
Sesungguhnya keyakinan yang menyatakan bahawa Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah Islam dan bahwasanya Islam yang murni adalah Sunnahnya, merupakan keyakinan yang shahih, yang selamat dan lurus. Sebagaimana perkataannya Al-Imam Al-Barbahariy dan disepakati oleh 'ulama Ahlus Sunnah: "Ketahuilah, bahawasanya Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam, dan tidak akan berdiri salah satu dari keduanya kecuali dengan yang lainnya." (Syarhus Sunnah hal.65).
Setiap apa saja yang menyelisihi keyakinan tersebut, maka itu merupakan keyakinan yang rosak, yang salah, jahiliyyah dan kebinasaan.
Dan kewajipan kita, kaum muslimin adalah mengagungkan Sunnah tersebut, menghidupkannya, mendakwahkannya dan membelanya dari orang-orang yang membenci dan memusuhinya.
Allah Ta'ala memperingatkan kita agar jangan sampai menyelisihi perintah Rasulullah, dengan firmanNya: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul, takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih." (An-Nuur:63)
Rasulullah juga memperingatkan: "Barangsiapa yang membenci Sunnahku maka dia bukan dari golonganku." (Muttafaqun 'alaih dari Anas bin Malik)
Berikut ini, akan dipaparkan riwayat-riwayat yang menjelaskan tentang disegerakannya balasan dan hukuman bagi orang-orang yang memperolok-olok, meremehkan dan tidak mengagungkan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
Jangan Mendatangi Istri di Malam Hari!
Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian mengetuk pintu para wanita (isteri-isteri) pada waktu malam hari."
Berkata (Ibnu 'Abbas): "Dan pada suatu saat Rasulullah (pernah) pulang dalam keadaan berkafilah, kemudian berjalanlah dua orang bersembunyi-sembunyi pulang kepada isterinya masing-masing, maka kedua orang tersebut mendapatkan seorang lelaki sedang bersama dengan isterinya." (Sunan Ad-Darimiy no.444; lihat juga hadis yang mirip dengan ini dalam Shahiih Al-Bukhaariy no.1800 & 1801, Shahiih Muslim no.1928; Al-Mu'jamul Kabiir, Ath-Thabraniy no.11626; Al-Mustadrak, Al-Hakim no.7798 dari 'Abdullah bin Rawahah; Sunan Ad-Darimiy no.445 dari Sa'id bin Al-Musayyab)
Berkata Al-Imam An-Nawawiy: "Adapun bila safarnya dekat, isterinya pun mengharapkan kedatangannya pada malam hari, maka pulang malam pun boleh. Begitu pula apabila telah ada informasi awal (melalui telefon, surat atau lainnya) yang memberitahu akan kedatangannya kepada isteri dan keluarganya, hal ini pun tidak mengapa." (Syarh Shahiih Muslim 13/71-72, lihat Dhiyaa`us Saalikiin fii Ahkaam wa Aadaabil Musaafiriin, Asy-Syaikh Yahya Al-Hajuriy)
Makanlah dengan Tangan Kanan!
Dari Salamah bin Al-Akwa',
bahawasanya seseorang pernah makan di sisi Rasulullah dengan tangan kirinya.
Maka beliau berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu!" Orang itu
berkata: "Saya tidak boleh." (Maka) beliau berkata: "Kamu tidak
akan boleh." Tidak ada yang menghalangi orang tersebut (untuk makan dengan
tangan kanannya) melainkan hanya kesombongan.
Berkata (Salamah bin Al-Akwa'): "Maka orang itu pun (akhirnya) tidak
boleh mengangkat tangan (kanan)nya ke mulutnya." (HR. Muslim no.2021)
Jangan Memperolok-olokkan Hadis!
Dari Abu Hurairah dari
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tatkala seseorang berjalan
dengan sombong di waktu pagi dan petang, maka Allah menenggelamkannya ke dalam
bumi, dia dalam keadaan terbolak-balik di dalamnya sampai hari kiamat."
(Lihat juga hadis yang mirip dengan ini dalam Shahih Muslim no.2088; Musnad
Abu 'Awwaanah I no.8565; Musnad Ahmad no.7074 dari 'Abdullah bin 'Amr, pent.)
Maka berkatalah seorang pemuda kepada Abu Hurairah: -telah disebutkan namanya-
sedangkan pemuda tersebut dalam keadaan bergurau: "Wahai Abu Hurairah
apakah seperti ini jalannya orang yang ditenggelamkan ke bumi itu (sambil
menirukan gaya jalannya orang yang diceritakan dalam hadis tersebut)?"
Maka Abu Hurairah memukul orang tersebut dengan tangannya sehingga membekas
yang hampir-hampir mematahkan tulangnya.
Kemudian Abu Hurairah berkata: Untuk hidung dan mulut (kata cercaan) (lalu
membaca ayat): "Sesungguhnya Kami mencukupkan engkau balasan bagi orang
yang suka mengolok-olok." (Al-Hijr:95). (Sunan Ad-Darimiy no.437)
Jangan Keluar dari Masjid setelah Azan!
Dari 'Abdurrahman bin Harmalah dia berkata: "Telah datang seseorang kepada Sa'id bin Al-Musayyab untuk pamitan berhaji atau umrah. Maka (Sa'id bin Al-Musayyab) berkata kepada orang tersebut: "Janganlah engkau pergi sehingga engkau shalat terlebih dahulu, kerana sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: "Tidaklah keluar dari masjid setelah panggilan (azan) melainkan dia seorang munafiq, kecuali seseorang yang keperluannya menjadikan dia harus keluar, sedangkan dia berkeinginan untuk kembali lagi ke masjid tersebut!" Maka orang itu pun berkata: "Sesungguhnya teman-temanku telah berada (menungguku) di Al-Hurrah ?"
Berkata ('Abdurrahman): "Orang itu pun akhirnya keluar. Maka belum selesai Sa'id menyayangkan atas kepergian orang tersebut dengan menyebut-nyebutnya, tiba-tiba dikhabarkan bahawa orang tersebut telah terjatuh dari kenderaannya sehingga pahanya patah." (Sunan Ad-Darimiy no.446)
Akibat Buruk bagi Pengolok-olok Sunnah
Dari Abu Yahya As-Saajii dia berkata: "Kami berjalan di gang-gang Bashrah menuju ke rumah salah seorang Ahlul Hadis, maka aku mempercepat jalanku dan ada seseorang di antara kami yang jelek dalam agamanya, kemudian berkata: "Angkatlah kaki-kaki kalian dari sayap-sayapnya para Malaikat, jangan kalian mematahkannya", (seperti orang yang istihza`/memperolok-olok), maka (akhirnya) orang tersebut tidak boleh melangkah dari tempatnya sehingga kering kedua kakinya dan kemudian jatuh." (Bustaanul 'Aarifiin, Al-Imam An-Nawawiy hal.92)
Mencuci Kedua Tangan Setelah Bangun Tidur
Berkata Abu 'Abdillah
Muhammad bin Isma'il At-Taimiy: "Aku pernah membaca di dalam sebahagian
kisah-kisah, bahwasanya pernah ada seorang ahlul bid'ah tatkala mendengar
sabda Nabi: "Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya,
maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam bejana sehingga dia mencucinya
terlebih dahulu, kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya (semalam) bermalam/bertempat!"
(Muttafaqun 'alaih dari Abu Hurairah dan ini lafazh Muslim)
Maka ahlul bid'ah tersebut berkata -dengan cara mengejek-, "Aku mengetahui
di mana tanganku bermalam di atas tempat tidur!!"
Maka ketika dia bangun (di pagi hari), tangannya sungguh telah masuk ke dalam
duburnya sampai ke pergelangan tangannya."
Takutlah dari Memperolok-olok Sunnah!
Berkata At-Taimiy: "Hendaklah seseorang itu merasa takut untuk menganggap ringan terhadap Sunnah-sunnah serta tempat-tempat yang seharusnya dia itu tawaqquf (diam dan berhenti serta tidak mempermasalahkannya dengan akalnya). Maka lihatlah terhadap apa yang telah sampai kepada orang tersebut akibat dari jeleknya perbuatannya!" (Bustaanul 'Aarifiin, Al-Imam An-Nawawiy hal.94)
Meskipun jumhur 'Ulama menyatakan bahawa hukum mencuci kedua tangan setelah bangun tidur (iaitu mencuci atau mengguyurkan kedua tangan dengan air sebelum mencelupkannya ke bejana) adalah mustahab, akan tetapi barangsiapa yang mengentengkan atau memperolok-olok Sunnah tersebut, maka bersiap-siaplah untuk menerima akibat yang jelek dari perbuatannya tersebut. Wallaahul Musta'aan.
Bertaubatlah sebelum Terlambat!
Berkata Al-Qadhiy Abu
Thayyib: "Kami pernah berada di majlis "An-Nazhar" di Masjid
Jami' Al-Manshur, maka tiba-tiba datanglah seorang pemuda Khurasan, kemudian
bertanya tentang "Al-Mushrah", dia meminta dengan dalil-dalilnya,
sampai akhirnya diberikan dalil dengan hadis Abu Hurairah yang meriwayatkan
dan menjelaskan permasalahan tersebut, kemudian orang tersebut mengatakan:
-sedangkan dia adalah orang yang hanif (cenderung kepada kebenaran)- "Abu
Hurairah tidak dapat menerima hadisnya ...." Maka belum selesai orang
itu dari perkataannya, tiba-tiba jatuh atas orang tersebut seekor ular yang
besar dari atas atap masjid tersebut, sehingga manusia berlompatan dikeranakan
ular tersebut dan pemuda itu pun lari darinya, sedangkan ular tersebut terus
mengejarnya. Maka orang-orang mengatakan kepadanya: "Bertaubatlah, bertaubatlah!!"
Dan pemuda itu pun berkata: "Aku bertaubat!" Maka akhirnya ular
itu pun lenyap dan tidak terlihat bekas-bekasnya." (Siyar A'laamin Nubalaa`
2/618)
Berkata Al-Imam Adz-Dzahabiy: "Sanadnya adalah para imam."
Itulah beberapa riwayat yang tegas dan jelas tentang disegerakannya balasan bagi orang-orang yang meremehkan atau memperolok-olok Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita dari hal itu.
Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita orang-orang yang mencintai Sunnah NabiNya, mengamalkannya, mengagungkannya, mendakwahkannya dan membelanya, Amiin.