ISTERI
TERSAYANG
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah
taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru
sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda
tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
terdapat
mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca
mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti
akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer
di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap
dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk
kedatanganmu pada hari esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti
lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
kuang..kuang..kuang.....