DUA ORANG YAHUDI DIHUKUM MATI
Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang
dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan
dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan
habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada
waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan
perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan
menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.
Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap
panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir
Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam
perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) keturunan bangsa Kurdi
dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 masihi dan
wafat 1174 masihi, adalah seorang raja yang terkenal takwa, warak dan adil.
Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada
waktu malam baginda bangun untuk salat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya
hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada
sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas sembahyang, wiridnya sentiasa
panjang.
Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera
Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan
jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi panglima perang Salib di pihak Islam yang
telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda
sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun
negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa
Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah
dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang dipimpinnya
dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali
ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya.
Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya.
Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam
yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi
itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah.
Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang
berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari
dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang
lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua
lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
Tidak seorangpun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa
yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda:
“Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat
aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.”
Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya
yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan
sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih?
Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?”
Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada
yang tidak mengena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu
yang mengancam maruah Umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi
itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil
Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!”
Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwuduk, terus bersembahyang
tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu
lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma
lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa
Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya
dan tidak boleh kusimpan seorangan sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya
sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya,
baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi
buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapapun. Insya Allah tidak akan
terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan
mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang
datang adalah manusia termulia.
Selepas sembahyang Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri
kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah
seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil
oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau
bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari
masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam
silih berganti dan waktu kerjapun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri
Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah
baginda. “Engkau adalah orang yang paling kupercaya untuk menyimpan
rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan
mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi
yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa
gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini
memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan
dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Akupun ingat demikian,”
kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi,
agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab:
“Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang
ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya.
Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.” Nuruddin
seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada
Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata
Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti
mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan
usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah
Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah
yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan,
di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.” Semua persediaan dan perbekalan
segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat
ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan
kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa
pegawai tinggi negara menuju Madinah.
Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya.
Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa
gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum
kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada
rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan.
Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana
sahaja baginda pergi. Tidak sesaatpun wajah itu hilang dari pandangan baginda.
Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki
itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya
bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas
di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan
baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang
baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari
kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.
Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan
Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya
apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan,
rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda:
“Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh
itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang
harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin:
“Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid
Quba’ dan bersembahyang tahiyatul masjid, ini adalah untuk menghormati
masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja
dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat
di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman
yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.
Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW
di semadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada
di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon
kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya
sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja
yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya.
Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW
semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang
berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”
Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian
datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya
itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin
ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil
gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk
Madinah tanpa ada sesiapapun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan
mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja
akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja
kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.
Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas
perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran
denganya, samada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama
dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak
bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka
orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan
perasaan gembira, tidak seorangpun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur
diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju
ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul,
gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah
berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja
Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk
bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.”
Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera
pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang
datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka bagindapun memandang
kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari
wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin
risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah.
Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang
untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai
dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah
yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:
“Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang
tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan
baginda tuanku ke sini.” Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka
berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin
cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki
itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmat, sangat
warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka
akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua
mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.”
Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata:
“Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka
sekarang juga.”
Tidak beberapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai
setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawaduk, sementara
mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua
mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana
kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata:
“Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun
kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti samada beliau
bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya
mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini
berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin
memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi,
mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa
memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati
Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.”
Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua
mereka itu begitu khusyuk dan tawaduk, gerak-geri mereka tidak sedikitpun
mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman
menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur katanya pula penuh hikmah
dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah
minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh
keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau
hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorangpun
yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah sebab
orang ramai mengenali kedua mereka sebagai alim dan menunjukkan sikap yang
penuh tasauf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawufan mereka.
Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis
pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya
seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai,
orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam
dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu
mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak
puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan sembahyang Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak,
kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau
meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk
bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai
tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?”
Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang
mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir
sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.”
Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang
memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya
tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya
memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur
katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat
saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?” Setelah
Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku,
ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya
mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik.
Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal
dia adalah musuh yang jahat.” Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu
itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya
untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran
yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan
dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran)
isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.” Raja Nuruddin
memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan
Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang
harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan
perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya
Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik
untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah
sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang
baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan
Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini
tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan
tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah
tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki
yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja.
Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar
dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal
pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa
oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya
dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan
juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab
agama fekah dan juga tasauf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris
Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus
aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan
dari kedua lelaki ini?” Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah
tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut,
tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang
ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang
sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum
dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut,
tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani
itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau
berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan
itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan
itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti
arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya
Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja
Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan
terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu,
kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri
jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang
ramaipun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya
mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir
benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang
yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu
kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa
ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa
kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen
Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya
untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila
jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan
martabat kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah
rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu
dijatuhi hukuman mati.
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh
Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayat
dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang
lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur
Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin
berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah
SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah
tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi
taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang
Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan.
Raja Nuruddin pun kembali ke Mousul dengan diiringi doa dan air mata oleh
sekalian rakyat yang mencintainya.
KALAULAH PEMIMPIN MALAYSIA BERWATAKKAN SEPERTI RAJA NURUDDIN...MASYAALLAH..SUDAH
TENTU RAKYATNYA AKAN TURUT SERTA SEKALI..
KALAU...