* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DITEGUR KERANA MENOLAK PEMBERIAN MANUSIA
Susunan Ustaz Dzul Nurain Okt/2000

Dikisahkan bahawa ada seorang hamba Allah di tanah Haram yang menghabiskan masanya semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Siang hari dia berpuasa dan pada sebelah malamnya pula bangun bartahajjud kepada Allah.Itu saja kerjanya, tidak ada lagi.

Untuk keperluan makanannya, selama ini adalah pemberian seorang hamba Allah yang datang setiap hari menjelang matahari terbenam dengan membawa dua keping roti. Dengan makanan itulah hamba yang abid ini berbuka puasa.

Pada suati hari tiba-tiba terlintas di hatinya suatu fikiran, katanya

"Setiap hari engkau menyara hidup dengan dua keping roti yang dihantar oleh manusia. Engkau telah melupakan Tuhanmu yang Maha Pemberi Rezeki kepada manusia. Mengapa
engkau lalai akan hal ini?'

Perkataan yang datang dari jiwanya itu diingat-ingatnya dan ternyata ada betulnya. Dia telah bergantung kepada manusia. Maka mulai saat itu dia tidak lagi menerima pemberian sesiapa pun selain Allah.

Sebagaimana biasa, lelaki yang setiap hari menghantar dua keping roti itu datang menjelang berbuka puasa. Tetapi pemuda abid itu enggan menerima pemberiannya, dan disuruhnya agar dibawa balik. Lelaki itu pun pulang dengan perasaan hairan, dan bertanya-tanya:

"Apa yang telah terjadi pada lelaki itu?"

Waktu bverbuka pun tiba, tapi lelaki abid itu tidak mendapat apa-apa untuk dimakan, maka terpaksalah pada hari itu dia tidak berbuka. Keadaan seperti itu berlaku hingga pada hari ke 3.

Jadi selama 3 hari abid yg fakir itu tidak makan apa-apa lansung. Melihat keadaannya yang demikian, dia mengadu kepada Allah dan berdoa agar diberikan rezeki. Ketika tidur diwaktu malam, dia bermimpi seolah-oleh dia berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Wahai hambaku!" Kata Allah "Mengapa engkau menolak rezeki yang aku hantarkan kepadamu melalu seorang hambaKu?"

"Wahai Tuhanku! kerana aku ingat dengan menerima pemberian itu, aku telah bergantung diri kepada selain Engkau," jawab hamba abid itu.

"Wahai hambaKu! Tahukah engkau siapakah yang sebenarnya mengirim roti itu kepadamu?"

"Tentu engkaulah wahai Tuhanku," jawab hamba abid itu.

"Kalau demikian, roti yang kau makan selama ini adalah berasal daripadaKu. Oleh itu, maka ambillah rezeki yang dihantar oleh orang itu,"

Dalam mimpinya itu pula hamba abid itu seolah-oleh melihat lelaki yang sering bersedekah dan menghantar roti kepadanya juga berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan ditanya juga olehNya.

"Wahai hambaKu! Mengapa engkau tahan sara hidup hambaKu ini? tanya Allah kepada lelaki penderma itu,.

"Wahai Tuhanku! Engkau lebih mengetahui dalam perkara ini," jawabnya.

"Wahai hambaKu! Kerana siapa engkau memberikan roti itu?" tanya Allah

"Demi Engkau jua, wahai Tuhanku," jawabnya.

"Oleh itu, teruskan hantar makanan kepada orang fakir ini sebagaimana biasanya. Sesungguhnya balasanmu hanya syurga,"

Kemudian hamba abid itu terjafa dari tidurnya. Dia ingat betul akan mimpinya yg sangat menarik itu. Radiallahu anhuma.

Seorang penyair berkata:

Tidak ada rezeki yang datang kepadamu kecuali dari sisiNya juga walaupun engkau terima dari tangan manusia.

Hosted by www.Geocities.ws

1