Oleh : Ust. Lah Zaik
Tsunami satu istilah dalam bahasa Jepun bermaksud ombak besar yang disebabkan
oleh gegaran gempa bumi bawah laut. Pada 26 september 2004 lebih kurang jam
8.30 pagi waktu Acheh satu gegaran besar berlaku pada jarak 146 kilo meter
ke utara laut Sumatera sekuat 9.8 skala richter. Ia telah menyebabkan gelombang
tsunami dan melanggar kawasan pantai 11 negara termasuk Malaysia. Dilaporkan
lebih dua ratus ribu manusia
terbunuh dan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal atau terjejas. Berputar
dalam pemikiran setiap orang yang beriman persoalan, apa yang berlaku ini
adakah satu hukuman tuhan atau bencana alam?
Wakil ISMA berpeluang untuk melihat sendiri kesan kejadian ini dengan lebih
dekat. Satu rombongan yang diketuai oleh Tim. Presiden telah dihantar dua
minggu selepas kejadian. Distinasi yang dipilih oleh ISMA ialah Acheh. Pada
11 Jan. 2005 rombongan bertolak dari KL ke Medan. Perjalanan dari KL ke Medan
hanya mengambil masa 45 minit. Kami berehat sebentar di Posko PKPU di Medan
sementara menunggu penerbangan dari Medan ke Acheh yang dijadualkan pada pukul
12.20 tengahari. Tetapi oleh kerana keadaan di bandara Medan sangat sibuk
dengan pesawat yang keluar masuk
menghantar bantuan, maka perjalanan kami lewat beberapa jam dan hanya dapat
bertolak ke Banda Acheh pada jam 6 pm. Kami tiba di Banda Acheh sekitar jam
7 pm.
Kami disambut oleh orang PKPU di sana. "sabar dulu pak, esok kita lihat",
jawapan Pak Safwan kepada kami apabila dihujani oleh berbagai persoalan dari
anggota rombongan yang tidak sabar lagi ingin mengetahui keadaan sebenar.
Oleh kerana kami sampai pada waktu sore tak banyak yang dapat kami lihat dalam
perjalanan ke rumah tempat kami menginap di Lambaru lebih kurang 9 kilometer
dari banda Acheh. Pada malam itu kami
hanya dapat dengar cerita, tanyangan CD selepas dijamu dengan makan malam
lauk burung puyuh goreng.
Pada keesokan harinya sebagaimana yang dijanjikan, kami kelokasi -ikut istilah
orang sana. Kami di bawa melihat Banda Acheh, Ulee Lhee dan Lhok Nga. Disamping
menyaksikan dan merakam gambaran sebenar kami juga menemuramah mangsa tragedi
yang menyayat hati itu. Memang benar seperti dikata lebih 80 % kawasan yang
dilanda Tsunami musnah sama sekali. Ombak deras melanggar dan meruntuhkan
segala yang berada didaratan sejauh 5 kilo meter dengan kelajuan 700 km sejam.
Pada fikiran mereka yang terlibat itu adalah kiamat seperti yang digambarkan
oleh Al Quran dan hadis. "Nafsi-nafsi" ya nak ! ini kiamat, masing
masing menyelamatkan diri, ayah tidak dapat menyelamatkan anak dan anak tidak
dapat menyelamatkan ayah, dunia sudah kiamat" kata mereka sewaktu menceritakan
apa (keadaan) yang terbayang dalam fikiran mereka waktu kejadian.
Waktu kami tiba, lebih kurang dua minggu selepas kejadian keadaan masih tidak
banyak berubah. Kami melihat kawasan yang dahulunya sebuah bandar atau kampung
yang penuh dengan (ratusan bahkan ribuan) bangunan, rumah kedai dan penginapan,
kini rata
kebumi. Sisa-sia bangunan batu bertimbun-timbun dalam bentuk serpihan batu-batan
yang kecil. Pohon-pohon yang tumbang dan diding-diding rumah kayu yang dihayutkan
membentuk timbunan sampah yang menutupi jalan dan padang. Kenderaan berat
seperti lori minyak, jentolak dan tenggiling apa lagi kereta-kereta hanyut
kesawah. Bahkan kapal besar dan bot-bot ditemui empat kilo meter kedarat.
Masih banyak mayat yang belum dialihkan, dengan mudah kami dapat jumpa mayat
–mayat yang masit terapong dalam longkang, mereka yang terperangkap
dibawah runtuhan bangunan belum diusik,
jalan-jalan ke tempat bencana belum banyak dibuka menyebabkan bantuan belum
boleh dihantar. Penempatan mangsa-mangsa yang masih hidup belum selesai diselenggarakan,
bantuan belum terselaras dengan baik dan masih bertimbun distor-stor, belum
dapat diagihkan kerana masalah pangangkutan dan tenaga relawan yang sangat
berkurangan. Keadaan di khemah-khemah sangat daif dimana satu khemah kadang-kadang
memuatkan sampai ratusan orang dalam keadaan bercampur lelaki perempuan, kanak-kanak
dan orang tua. Malangnya juga mereka yang datang membantu semuanya dari luar
Acheh.
Tidak sempurna rasanya lawatan kami kalau tidak ke Meulaboh dan kawasan-kawasan
pantai barat Acheh. Kami berikhtiar untuk kesana. Dengan doa dan solat hajat
Allah kabulkan permohonan kami. Pada hari Sabtu, dua hari sebelum kami dijadual
berangkat pulang, kami ke Meulaboh menaiki helikopter TUDM. Kami sempat merakam
kemusnahan yang melanda kawasan sepanjang pantai ke Meulaboh melalui udara.
Dalam perjalanan yang memakan masa 50 minit-waktu pesawat- kami juga dapat
menyaksikan kebenaran yang diceritakan bagaimana masjid-masjid masih utuh
walaupun kawasan sekitarnya sudah licin bersih. Subhanallah, itu satu keajaiban.
Perjalanan biasa melalui jalan darat ke Meulaboh memakan masa 5-6 jam, tetapi
oleh kerana semua jambatan rosak dan jalan terputus kami tidak dapat kesana
melaui jalan darat. Bantuan yang dihantar kekawasan-kawasan sepanjang pantai
tersebut hanya boleh dibuat melalui udara atau perjalanan darat melalui Medan
yang memakan masa lebih 24 jam. Kami rasa gembira kerana bantuan yang kami
bawa telah membantu dalam penghantaran sukarelawan dan bekalan ke Sigli, Lhok
Semawe dan Meulaboh. Kawasan yang dianggap sangat memerlukan bantuan pada
waktu itu. Sewaktu ke Meulaboh kami menyaksikan berpuluh puluh jenis pesawat
dari berbagai negara asing sibuk menghantar bantuan termasuk dari Malaysia.
Kami sempat berkenalan dengan Kept. M.Sabri pilot Helikopter TUDM yang menceritakan
kekesalannya terhadap kegagalan media Malaysia
melaporkan gambaran aktiviti bantuan oleh rakyat Malaysia ke Acheh. Menurut
kept. Itu lagi mubaligh keristian dan budha dah masuk, mana NGO Islam ?? tanyanya,
mempersoal kegagalan pertubuhan Islam untuk memainkan peranan membantu mangsa
Tsunami. "Kami tak mahu Amerika , kami mahu bantuan dari Malaysia",
"kami perlukan tudung dan Quran" , ajuk kept. Sabri menceritakan
bagaimana orang Acheh mengharapkan bantuan orang Islam dari Malaysia dan menolak
bantuan dari orang kafir.
Lawatan kami mengambil masa seminggu. Kami dijadualkan balik pada 17 Jan.
Pada malam 16 Jan. kami bertolak ke Medan melalui jalan darat kerana gagal
mendapat tiket
pesawat yang sentiasa penuh. Hanya dua penerbangan sahaja yang berulang alik
dari Medan ke Banda Acheh iaitu Jantayu dan Garuda. Di sepanjang perjajalanan
kami sempat singgah sekejap di kawasan-kawasan yang terjejas di sepanjang
pantai timur Acheh seperti Sig li, Lhok semawe dan lain-lain.
Sewaktu di Acheh kami bertemu dengan banyak delegasi penghantaran bantuan
dari Malaysia seperti Yayasan amal, JIM, Haluan dan terserempak juga dengan
'team' jejak rasul di Ulee Lhee. Hari tu hari jumaat dan kami bersolat jumaat
di masjib Baitu arrahman yang masyhor itu dan sempat mendengar ucapan wapres
Yusuf Kalla
yang datang untuk apucara penyerahan bantuan oleh penderma asing. Oleh kerana
kami sudah menyerahkan bantuan kepada PKPU, maka tak dapatlah kami berikannya
kepada Yusuf Kalla.
Perjalanan
darat dari Banda Acheh ke Medan memakan masa 14 jam menaiki mobel yang disewa
khas. Anda boleh bayangkan bagaimana kami menamatkan perjalanan yang panjang
tersebut dalam keadaan sebahagian besar daripada kami telah pun cirit birit,
muntah-muntah dan pening-pening. Jumlah kami termasuk drebar ialah 7 orang,
kerusi belakang mobel Kijang pula hanya boleh memuatkan 3 orang bersesak dibaris
pertama dan 2 orang lagi bersumbat ditempat letak barang. Jadi terpaksalah
bergilir-gilir tempat kedepan dan kebelakang. Tambahan pula anggota rombongan
kami gedek gedek belaka. Waktu turun dari rumah niatnya nak jadi relawan,
tetapi sampai disana bila tengok saiz dan usia berbanding relawan disana nampaknya
tak lulus. Apa lagi lagak relawan kita gaya dan caranya macam menteri. Mujurlah
kita ada seorang doktor, dapat juga
beri sumbangan perubatan di khemah-khemah pengunsi yang dilawati. Anda boleh
lihat visual lawatan kami dengan membeli CD lawatan ke Acheh ISMA.
Setelah melihat sendiri apa yang berlaku kami buat kesimpulan bahawa tsunami
adalah bukti kekuasaan tuhan, dan amaran kepada manusia yang alpa bahawa kiamat
adalah suatu yang yang bakal terjadi. Tidak sukar bagi Allah untuk melakukannya.
Tidak dapat digambarkan kekuatan ombak yang mengahancurkan ribuan bangunan
kongkrit hingga rata ketanah, ada banguan yang terangkat hanyut ketempat lain
dan kebanyakan mayat yang dijumpai dalam keadaan tertanggal pakaian mereka.
"Allah akbar, Allah akbar saya berdoa bencana ini tidak kena lagi kepada
umat nabi Muhammad" kata seorang mangsa semasa menceritakan detik-detik
berlakunya gempa dan Tsunami kepada kami.