BIJI
KACANG
Suatu petang datang seorang
lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau
semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: "Selamat petang...
"
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ... ?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau,
Doktor... "
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa
telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin
perlu pembedahan.
Doktor: " Ada 2 cara
untuk mengeluarkan biji tersebut... "
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 1 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
percuma... "
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar... "
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi
'tauge' anda hanya tarik keluar."
Pesakit: " ??"