" Elin, lepas ni temankan aku ke cc kejap,boleh?" Jemari Elina yang sedang ligat menulis termati.Dia berpaling sambil tersenyum simpul.Aku sudah dapat mengagak makna di sebalik senyumannya itu. Tetapi sengaja aku pura-pura tidak mengerti. Halaman buku nota kuselak sehelai demi sehelai.Walaupun tidak ada fakta yang melekat di kepalaku, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menyembunyikan perasaanku yang tidak menentu ketika itu.
"Hai..sejak bila pula kau pandai kecc ni Lisa...selalunya aku yang ajak kau.Ni..kau pula yang ajak aku..."
"Alah..bukan apa...nak check e-mail aje..."
"Ye ke ni...atau kau dah janji nak chat dengan Dzy Y2k tu?"
Aku terdiam sambil meneguk air liur.Wajah Elina kurenung berjurus-jurus.Serba salah.Memang betul tekaan Elina.Tetapi sebenarnya aku terpaksa.Bukannya aku ingin sangat bersembang dengan lelaki itu di MIRC.Aku memang jenis manusia yang tidak suka memungkiri janji.Silap aku juga.Kalau aku tidak berjanji dengan Dzy Y2k itu, tidak perlu aku bersusah payah ke Siber Kafe.Membazir masa sahaja.
Petang semalam segalanya bermula.Aku
menemani Elina ke siber Kafe yang beria-ia benar ingin berbual dengan buah
hatinya yang belajar di Mesir melalui MIRC.Sementara menunggu Elin berbual
mesra, aku membuka laman web dan menghantar e-mail buat teman baikku Hana
yang belajar di USM. Setelah jemu membuka laman web, aku cuba-cuba masuk ke
MIRC untuk chatting. Sebaik sahaja aku memilih channel kampung, senarai nama
members chat tersenasdfrai di situ.Nama pertama yang menarik perhatianku ialah
Dzy Y2k kerana ia agak unik berbanding nama lain.Lalu aku klik dua kali pada
nama itu.
vvbvbvb
Dewi: Assalammulaikum
Dzy Y2k: Waalaikumsalam.
Dewi: Peliklah nama awak..kenapa mesti Dzy Y2k?
Dzy Y2k: Biasalah...remaja alaf baru.Asal mana?Belajar lagi ke?Ambil jurusan apa?
Aku berfikir sejenak."Aku tak boleh beri maklumat betul...kalau dia ni budak UM juga macam mana?mati aku....."
Dewi: asal Pahang.Belajar kat UIA. Ambil Accounting.Awak?
Dzy Y2k: Asal Selangor. Belajar kat UKM.Ambil Medic.
" LIsa..jom balik..." Tanpa kusedari Elina sudah berada di belakang sambil memegang bahuku.
"Sekejap..aku nak sudahkan chat ni..."
Dewi: Saya nak balik ni...Jumpa lagi
Dzy Y2k: Saya minat nama awak.Boleh kita chat lagi esok? Jam 5.00 petang.Janji tau..saya tunngu.
Dewi : Insyaallah..boleh....
"Lisa..Lisa.." Lamunanku termati.
"Hai..dah pandai berangan sekarang...ha,kata nak pergi cc tadi. Jomlah...." Elina mengusik sambil tersenyum. Aku membalas senyumannnya lalu beriringan dengannya ke Siber Kafe kolej.
***************************************
Angin malam berpuput lembut. Dingin dan menyegarkan. Sekali-sekala sahutan unggas memecah kesunyian malam yang tenang. Sayangnya, ketenangan malam tidak setenang jiwaku.Bisikan demi bisikan hati meresahkan perasaanku.Kata-kata Dzy yang terpapar di skrin komputer petang tadi masih terbayang-bayang di ruang mataku.
"Dewi, walaupun kita tidak pernah bertemu, tetapi Dzy rasa Dzy dapat menyelami jiwa Dewi.Percayalah, Dzy tak pernah bermaksud untuk mempermainkan Dewi selama ini.Dzy benar-benar sayangkan Dewi dan berharap Dewi sudi menerima diri ini."
Aku benar-benar dilema.Serba-salah dan ragu-ragu.Jika kuturutkan kata hati, memang aku boleh menerima Dzy dalam sekelip mata.Tetapi, kata akalku masih mampu memaksa mindaku berfikir .Ya, cinta siber tidak semestinya sesuatu yang realiti.Bagiku, meskipun perkenalan kami sudah menjangkau dua tahun, tetapi itu tidak bererti kami sudah saling mengerti dan memahami.Apatah lagi kami tidak pernah bersua muka.Identiti sebenar pun masih menjadi rahsia.
Aku agak terkejut juga apabila membaca bicara Dzy dalam e-mail yang dikirimkannya itu.Aku tidak pernah menyangka sampai begitu sekali perasaannya terhadapku.Selama ini, aku cuma menganggapnya sebagai seorang rakan siber yang boleh dibawa berbincang dalam pelajaran, bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah dan cerita suka-duka. Anak muda itu tidak pernah membicarakan perkara yang bukan-bukan .Jauh sekali untuk mempersendakan aku.Sikapnya itu amat kukagumi dan pada firasatku,dia adalah seorang lelaki yang baik.Tetapi, itu tidak bermakna aku telah tertarik padanya.Seboleh-bolehnya aku cuba menjadi diriku sendiri.Seorang gadis yang berpendirian teguh yang tidak mungkin mudah tunduk pada cinta demi cita-citaku. Tetapi, pengakuan Dzy benar-benar mencabar naluri kewanitaanku.
Memang aku ingin dicintai dan mencintai.Sejak berusia 13 tahun lagi, perasaan itu telah wujud. Ia dicipta oleh seorang anak muda bersama Ikhwan DzulDzikri Hariz. Sebab itulah, sukar bagiku untuk menerima Dzy bulat-bulat kerana Dzikri masih bertakhta dalam hatiku.. Kadang-kadang, aku pelik dengan perasaanku sendiri. Sehingga kini, cintaku terhadap Dzikri masih bersemi meskipun dia tidak pernah tahu bahawa ada insan memendam rasa terhadapnya di alam diam selama ini.
Adakalanya aku rasa tidak adil menghukum Dzy begitu hanya kerana cintaku terhadap insan lain yang mungkin tidak akan berkesudahan.Tetapi,mana mungkin aku melupakan Dzikri. Nama yang penuh nostalgia.Nama pertama yang mengajarku makna sebuah cinta. Kisah lapan tahun lalu masih segar di kotak ingatanku.
"Woi! berhentilah! Jangan gaduh lagi!" Aku cuba memberanikan diri menegur sekumpulan pelajar senior yang sedang membelasah seorang pelajar lelaki seusiaku.Teguranku tidak diendahkan oleh mereka.Sebaliknya, aku ditertawakan pula.Hatiku bertambah sakit melihat telatah mereka. Pelajar lelaki bertubuh kecil itu ditumbuk dan ditendang oleh mereka dengan sesuka hati.Aku tidak pasti apakah kesalahannnya sehingga dia dibelasah dengan teruk.Dia tidak sedikitpun melawan.Mungkin dia takut, agaknya.Tetapi,kalau melawan pun, natijahnya tetap sama, fikirku.
Rakan-rakannya yang lain cuma tecegat seperti tunggul mati.Tidak berani melawan pelajar-pelajar tingkatan lima yang bertubuh sasa itu. Aku tidak tahan lagi melihat kekejaman yang berlaku di hadapan mataku.Apatah lagi apabila melihat darah merah mengalir dari hidung dan mulut pelajar lelaki itu.Kasihan betul,dia.
"Hana, jom ikut aku.Kita beritahu cikgu Akmal!" Aku menarik tangan Hana agar mengikutku. Hana akur. Sampai sahaja di bilik guru disiplin itu, aku menceritakan segalanya dan meminta Cikgu akmal mengikut kami ke tempat kejadian.
“Hei hentikan kerja gila ni!” Jerkah cikgu Akmal kasar. Pelajar-pelajar senior itu tergamam dengan kemunculan guru bermisai tebal itu. Muka mereka pucat.Ditoreh tidak berdarah.
“Siapa ajar kamu jadi samseng ni ha?” Cikgu Akmal menempeleng pipi mereka seorang demi seorang.Mereka hanya tunduk membisu sambil meraba-raba pipi yang mula merah. Padan muka! Detikku sambil menggetap bibir.
“Apa salah dia sampai kamu pukul dia teruk-teruk ni?” Diam.
“Azman, kenapa mereka belasah kawan kamu ni?”
“ Mereka marah dia sebab dia tak mahu belikan rokok mereka semalam…” jawab Azman .Dia kelihatan teragak-agak.
“Apa? Rokok? Oh..rupa-rupanya selama ini kamu merokok!kurang ajar!!! Sendiri nak buat jahat,nak libatkan orang lain pula!!!”
Cikgu Akmal makin menyinga apabila mendengar penjelasan Azman. Dia merenung lima orang pelajar itu tajam.Seperti singa lapar yang ingin menerkam mangsanya. Mereka berlima hanya menikus.
Pelajar lelaki tadi tersandar lemah di tepi dinding kelas. Darah segar masih terus menali sehingga menitis ke atas baju sekolahnya.Kasihan sungguh! Rakan-rakannya barulah berani merapatinya setelah Cikgu Akmal muncul.Kalau tidak, sampai pengsan sekalipun anak muda itu, mereka tidak berani untuk menolong.
“Kau orang ada tisu,tak?” Tiba-tiba Azman ; rakan sekelasku merapatiku dan Hana. Hana hanya menggelengkan kepala.
“Aku tak ada tisu.Sapu tangan adalah.” Ujarku sambil menghulurkan sapu tangan kepada Azman.
“Terima kasih,” Azman berlalu setelah sapu tangan berpindah tangan.Dia mengelap darah yang mengalir daripada hidung dan mulut rakannya yang dibelasah tadi dengan sapu tanganku. Aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh dengan pandangan simpati.
“ Sudah! Semua balik ke kelas!Kamu berlima akan dibuang asrama mulai esok, faham!”Gertak Cikgu Akmal.Kelima-lima samseng itu hanya mampu menganggukkan kepala dengan wajah sugul sambil berlalu dari situ. Hatiku puas. Memang itu balasan bagi orang yang tidak berperikemanusiaan.
“Yang lain, masuk kelas! Azman, bawa kawan kamu ni ke bilik sakit,”
Pelajar-pelajar yang berada di luar kelas segera masuk ke kelas masing-masing. Kecut perut mereka mendengar suara garau Cikgu Akmal.Tidak terkecuali aku. Hana melangkah ke kelas, meninggalkanku yang masih tertancap di depan pintu kelas .Aku memerhatikan Azman memimpin kawannya menuruni anak tangga. Anak muda itu sempat memandangku.Walaupun nampak lembut,tapi kacak juga orangnya, detik hatiku.Nakal.Namun,apa yang pasti, renungannya penuh bermakna walaupun tanpa suara. Mungkin dia ingin berterima kasih kepadaku kerana menyelamtkannya tadi. Mungkin juga….ah..segalanya mungkin….
**********************
Sungguh cepat detik waktu berlalu.Tidak terkejar oleh insane kerdil sepertiku.Masa terus berputar meninggalkan sisa-sisa kehidupan untuk hari itu.Aku tidak boleh lewat hari ini. Tepat pukul 3.30 nanti aku ada kelas tambahan pula. Detik hatiku berkira-kira sendirian.Kakiku ini terus laju melangkah meninggalkan kelas yang telah kosong. Selalunya aku pulang bersama Hana. Tetapi, hari ini sengaja kubiarkan dia pulang dahulu kerana aku terpaksa berjumpa dengan Cikgu Aziah yang memintaku menyertai pertandingan menulis dan mendeklamasi puisi untuk Hari Kebangsaan nanti.Bermula esok, aku kena mula berlatih.Ini bermakna aku akan balik lewat ke asrama setiap hari sehingga pertandingan itu diadakan.
Jam hampir ke angka 3 petang.Langkah makin kupercepatkan.Ketika aku asyik membetulkan susunan buku-buku di tangan, tanpa kusedari aku terlanggar seseorang. Aku benar-benar terkejut!! Buku-buku ditanganku terlepas lalu bertaburan di atas simen. Insan itu segera memungut buku-buku itu lalu menghulurkannya kepadaku sambil tersenyum manis.Aku terkedu! Mata kami bertembung seketika tetapi aku segera menundukkan pandanganku. Perasaan malu menyelinap di segenap jiwaku.Aku hampir terlupa.Dialah budak lelaki yang dibelasah teruk tempoh hari. Kata Hana, namanya Ikhwan DzulDzikri Hariz Tidak kusangka kami akan bertemu lagi setelah hampir dua bulan peristiwa itu berlalu.
“Er…maafkan saya….”ujarnya yang masih setia menghulurkan buku-bukuku sejak tadi.
“Tak apa…te..terima kasih…Sa..saya yang cuai.Sa..saya yang langgar awak tadi..Sorry!” Ucapku gugup sambil mengambil buku-bukuku dari tangannya.
“Sa.saya pergi dulu..” Aku segera mengatur langkah meninggalkannya.Malunya! Terasa ingin cepat sahaja aku pergi dari situ!
“Nurlisa!Nanti dulu!” Langkahku termati.Sejak bila pula dia tahu namaku? Fikirku sejenak.Aku menoleh. Anak muda itu masih tercegat di tempat tadi. Kemudian, dia melangkah merapatiku.
“Maafkan saya…sebelum terlupa,saya nak ucapkan terima kasih kerana awak selamatkan saya hari tu.Terima kasih juga atas sapu tangan ini.Tapi..masih ada sikit kesan darah.Saya dah cuba basuh,tapi tak boleh hilang.Jadi, sebagai ganti, saya belikan yang baru…” Kedua-dua sapu tangan itu dihulurkan kepadaku.Dari sinar matanya, aku tahu pengakuannya ikhlas.
“Lurus betul..budak ni…” detik hatiku.
“Tak apalah….awak simpan aje sapu tangan baru tu.Biar saya ambil sapu tangan saya. Sebenarnya, kalau awak tak pulangkan pun tak apa..saya tak kisah…” Entah kuasa apa agaknya, aku berbicara spontan. Aku mengambil sapu tanganku sambil tersenyum.
“Terima kasih…” ucapku sebelum berlalu.Kemudian, aku melangkah tanpa menoleh ke belakang. Sambil melangkah…entah kenapa wajahnya yang kacak itu bermain di mindaku.Perasaan apakah ini? Ah, persetankan perasaan itu. Pelajaran patut diutamakan dulu!
Namun begitu ternyata aku tidak dapat membohongi perasaan ini.Tanpa kupinta, Dzikri adalah nama yang bersemadi di hatiku.Dialah satu-satunya lelaki yang berjaya merobohkan benteng keegoanku. Selalu juga kami terserempak dan dia akan memerhatikan aku dari jauh.Begitu juga aku. Dalam diam, dia abadi jauh di sudut hatiku.
Di sekolah, Dzikri adalah anak muda yang pendiam.Tetapi, perwatakannya berubah apabila dia diiktiraf sebagai pengawas sekolah ketika di tingkatan lima. Dia disanjungi , dihormati dan digilai ramai gadis.Darjatnya diangkat tinggi .Jauh melepasi puncak gunung Everest. Meskipun aku dikagumi kerana prestasi akademikku, tetapi aku merasakan yang jurang pemisah antara kami terlalu luas kerana pangkat dan gelaran itu.Menyedari hakikat itu, aku mengambil keputusan untuk menguburkan perasaan terhadapnya jauh di sudut hati sebagai cinta di alam diam yang penuh nostalgia.
Bayangnya sering datang walau aku berkali-kali cuba melupakannya.Namun begitu, semangatku untuk terus belajar makin membara.Bagiku, tanpa pangkat dan gelaran di sekolah pun, aku masih mampu bergelar pelajar cemerlang! Impianku menjadi kenyataan akhirnya.Aku berjaya juga menjejakkan kaki ke universiti ini.Membawa cita-cita, harapan ibu bapa dan cintaku yang masih di alam khayalan.Menurut kawan-kawanku, Dzikri juga menuntut di sini, tetapi aku tidak pernah bertemu dengannya.Maklumlah, Universiti Malaya ini terlalu besar.Pelajarnya pula beribu-ribu. Lnataran itu, aku menganngap jasadnya telah mati dalam hidupku meskipun cintaku padanya masih bersemi. Anehnya, aku tidak dapat menerima cinta lelaki lain selain Dzikri; walau aku tahu, hanya aku yang memujanya di sudut hati selama ini.
Namun, tidak kuduga kehadiran Dzy hampir menggugat kesetiaanku. Permintaannya agar kami mengakhiri teka-teki di alam siber di tahun akhir pengajian membuatkan aku serba-salah .Aku ragu-ragu untuk menerimanya.Mungkin kerana cintaku pada Dzikri masih kuat. Tetapi, sampai bila aku harus bermain dengan baying-bayangku sendiri? Sampai bila aku ingin terus berfantasi? Kata-kata Elina masih terngiang-ngiang di telingaku.
“Belum tentu Dzikri tu tahu kau suka kat dia.Entah-entah sekarang ni dia dah bertunang ke , kahwin ke, kau mana tau. Tak guna kau setia pada sesuatu yang tak pasti, Lisa.Aku rasa elok kau jumpa Dzy tu dulu. Kalau sesuai, kau terimalah dia. Kalau tak, kawan biasa saja, habis cerita.”
Memang senang mulut orang lain berkata-kata. Tetapi, aku sendiri yang terpaksa melaluinya.Entahlah…aku benar-benar dilema.
**************************************
“Ya Allah…boringnya. Mana pergi mamat ni.Kata tadi nak chat pukul 5 petang,” rungutku .Agak tidak puas hati.
Baru semalam , Dzy menghantar e-mail mengucapkan ‘selamat merdeka’ kepadaku sempena berakhirnya peperiksaan semester akhir di tahun terakhir pengajianku berakhir semalam.Dia juga berjanji untuk berbual denganku di ruangan MIRC jam lima petang ini; sebelum aku pulang ke kampung malam ini. Tetapi, setelah hampir 30 minit menunggu, namanya tidak muncul-muncul di skrin komputer.Ke mana Dzy pergi? Mungkin sedang dating dengan teman wanitanya? Cemburukah aku? Bukankah kami kawan biasa sahaja?
Perasaanku benar-benar tidak menentu di siber kafe hari ini.Baru tadi aku terserempak dengan Dzikri di depan pintu cc. Buat pertama kalinya semenjak 4 tahun aku menuntut di sini.Perwatakannya masih macam dulu.Macam mula-mula aku kenal dulu.Cuma penampilannya agak lain.Makin kacak dan bergaya.Dia tersenyum padaku tetapi aku hanya tunduk malu.Pura-pura tidak mengenalinya.Tidak mungkin aku ingin mengulangi detik-detik di sekolah menengah dulu yang kini Cuma tinggal memori.
Akhirnya aku jemu menanti. Aku sudah nekad untuk pulang sahaja.Kecewa betul aku dengan sikap Dzy yang memungkiri janji. Biarlah, balik ke kampung lebih penting lagi. Lagipun, banyak barang yang belum kukemaskan lagi.Setelah keluar dari ruangan IRC, aku masuk ke laman web yahoo untuk ‘check ‘ e-mail. Manalah tahu kalau-kalau Hana menghantar berita padaku kerana kebetulan dia juga bercuti mulai minggu ini. Hampa juga aku kerana tiada e-mail dari Hana.Tetapi, ada satu e-0mail dari Dzy yang bertarikh hari ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahunya atau ingin meminta maaf kerana tidak dapat berbual denganku di IRC tadi.
“ Dewi, Selamat Hari Jadi yang ke- 23.Saya nak jumpa awak di luar cc sekarang. Jumpa lagi”
Aku terkejut! Nak jumpa aku sekarang? Biar betul.Takkanlah Dzy boleh memecut 1000 km sejam dari UKM ke sini? Ni mesti nak kelentong akulah ni. Rungutku sendirian.Tapi, kalau betul, macam mana? Ya Allah…tabahkanlah hati hambaMu ini.
Aku segera menutup komputer lalu melangkah keluar. Sekali lagi darahku berderau
apabila terserempak dengan Dzikri yang tercegat di luar.Dia seolah-olah menunggu
seseorang. Aku hanya membisu. Dia pula tersenyum-senyum . Di hatiku hanya
tuhan yang tahu ketika itu. Gelisah,pasrah,malu dan serba-salah bercampur-baur.
Andainya Dzikri dan Dzy bertemu nanti, malunya aku! Ah, biarkan sahaja. Dzikri
bukan kenal Dzy pun!
Hampir 15 minit aku menanti, Dzy tidak juga muncul.Aku mula risau. Apatah lagi Dzikri masih berada di situ. Takkanlah Dzy sengaja ingin menipuku? Selama ini, dia tidak pernah membohongiku. Agaknya, dia segan untuk bertemu denganku, aku cuba memujuk perasaan sendiri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Ketika aku memulakan langkah, tiba-tiba seseorang memanggilku.
“ Nurlisa! Nanti!”
Aku terkesima.Langkahku termati. Panggilan itu mengingatkan aku detik peristiwa yang berlaku sepuluh tahun lalu. Aku menoleh. Dzikri merapatiku. Dia menghulurkan sekuntum bunga mawar merah .Aku tergamam!
“Selamat Hari Jadi yang ke-23 Dewiku.Moga ikatan ini berkekalan…”
Dewi? Dari mana dia tahu nama samaranku? Lidahku kelu.Tidak terkata apa-apa. Ya Allah, apakah benar kenyataan ini?
Dzy Y2k atau Ikhwan Dzul Dzikri.
Kedua-duanya adalah insan yang sama berbeza nama yang aku cintai! Berakhir
juga rindu semalam. Aku pasrah pada takdirNya!