GUNUNG MERAPI - 2915 METER
YOGJAKARTA, INDONESIA
Pada 18 Aug 2002, kami bertiga (Aw Weng Keong, Allan Chin dan saya) telah mengambil keputusan yang mendadak untuk mendaki Gunung Merapi yang ketinggiannya 2915 meter dari paras laut. Pada masa itu, kami sedang melawat ke Yogjakarta, Jawa Timur, Indonesia. Berikut adalah peristiwa yang kami hadapi.
Kami menyimpan barang kami di pejabat travel agency tersebut sementara menlengkapkan diri dengan pelbagai barang barang keperluan. Ketika itu, kami telah hampir kehabisan wang. Maka, semasa pembelian, kami hanya membeli yang diperlukan sahaja. Lampu suluh, bateri dan makanan perjalanan disediakan sahaja. Saya tahu bahawa kami yang memakai seliper pasti akan susah nanti namun apa yang boleh kami lakukan kerana memang harus berjimat!!!
Kumpulan kami juga terdapat 2 orang Jerman berpasangan. Nama mereka ..... Barbara dan ???? umur mereka telah menjangkau 60 puluhan. Sekumpulan 5 orang telah diangkut selama 1 jam 30 minit dan sampailah kami di sebuah rumah makan yang terletak di kaki gunung. Altitude ketika itu adalah sekitar 1650 meter. Sejuk sekali.....namun, kami dihidangkan dengan teh panas yang cepat menjadi sejuk.
Sementara menunggu masa perjalanan, kami sempat berbual dengan pasangan Jerman ini. Mereka amat suka mendaki dan melancung. Tepat jam 12.30 pagi, kami berlepas ke Gunung Merapi dan guide kami adalah Bpk. Eddy sementara guide untuk Jerman itu adalah ....errrr!!!! terlupa???
Kami melangkah dengan cepat mungkin kerana sejuk sekali. Setelah 30 minit perjalanan, tibalah di sebuah pondok. Kami bertiga bersyukur kerana nampaknya kami boleh berehat, namun apa yang diidamkan tidak menjadi kenyataan apabila 2 orang Jerman itu terus melangkah ke depan, terpaksa kami mengikut. Perjalan mendaki ditaburi dengan habuk lava gunung berapi ini. Diberitahu orang guide kami yang kali terakhir gunung ini meletup adalah Februari 2001!!!! Terbeliak mata kami memandang.....!!!!
Setelah 1 jam berjalan, kami
menjerit keletihan. Wajah kami letih sekali ditambah pula dengan kesejukan yang
merusuk tulang. Guide Eddy turut mengambil kesempatan untuk tidur. Kami hanya
berehat sebentar dan segera kami menlangkah ke depan. Eddy itu kelihatan tidak
sabar dengan kami yang lambat dan cuba menawarkan kami di tempat yang lebih
rendah. Namun, sebagai pendaki yang professional, saya tidak boleh menurunkan
nama negara kita....Malaysia Boleh!!!!
Bpk.Eddy memang teruk sekali, dia kelihatan cuba mengabaikan kami dan pada kali terakhir dia tertidur ketika kami rehat, kami meninggalkan mesej bahawa kami akan mendaki dengan sendiri. Kami meneruskan perjalan naik, memang bersemangat sekali tanpa guide. (Kerana saya itu guide...:-))
Keadaan sekitar amat sejuk sekali, Keong mulai mengigil dan menjerit sejuk. Terpaksa saya menawarkan jaket saya. Sepanjang perjalanan, kami bertemu dengan banyak pendaki yang kelihatan seperti expert. Memang betul, pada masa kini, banyak pemuda yang suka mendaki tetapi mereka tidak mencintakan alam....merak membuang sampah merata-rata!!!
Situasi
istirehat ketika mendaki....!!!
Guide kami sempat mengejarkan setelah 2 1/2 jam perjalanan, jam menunjukkan 3 pagi. Perjalanan kami dari abuk lava menjadi batu batan yang besar dan tajam. Dalam kegelapan, kami sempat melihat cahaya lampu suluh pendaki di hadapan kami yang sinar sepanjang pendakian. Seperti seekor ular yang mendaki gunung.
Tinggi betul perjalanan tersebut, kami melangkah dan merangkak demi untuk tiba di puncak itu. Tiba-tiba, saya tersentuh batu yang panas dan kelihatan asap masih pancur dari batu itu. Barulah saya ingat yang gunung ini masih active!!! Dalam hati saya, hanya terfikir satu benda..iaitu........apa yang akan saya lakukan jika ia meletup ketika itu!!! Tertanya-tanya dalam hati saya??? Mengapa saya mendakinya????....
Sekali-kali saya memandang keatas, saya terasa saya sebenarnya mencabar saya sendiri. Tahu tak berapa orang yang mati ketika gunung ini meletup??? Ngeri betul pendakian ini!!!! Tepat jam 6 pagi, langit mulai membiru, kami masih melangkah keatas, menurut guide, ia memerlukan 15 minit lagi. Kami memang berharap matahari jangan keluar begitu cepat!!! Akhirnya, kami tiba di suatu tempat yang indah permandangannya dan hanya 5 minit dari puncak. Sempat kami berehat disitu untuk menunggu terbitnya matahari itu.
Guide Eddy menawarkan kami untuk melihat lava yang masih mengalir merah. Namun, dengan fizikal kami ketika itu, Kami menolak tawarannya. Keadaan di tempat itu memang berbahayam asap pancuran sentiasa terhasil dari celahan batu batan, bau lava sengit sekali menyerbu hidung kami. Angin sejuk meniup dan merusuk ke tulang kami. Sementara itu, kami hanya menunggu satu kejadian...iaitu matahari terbit. (Kami menawarkan anywa kami untuknya)
Kami ingin bersyukur kepada Tuhan dengan izinnya, kami telah berjaya mendaki gunung berapi yang masih active dan tinggi sekali. (Gunung Merapi - 2915 meter).
Kesejukan, ketakutan, dan satu harapan.....
Keindahan alam semulajadi yang tiada bandingannya....Gunung Bromo.
Terbitnya matahari.....memang menawan hati!!!!!
Asap
pancuran dari celahan batu... amat menakutkan!!!!
Kejayaan bukan sekadar bicara.....tapi melalui usaha gigih kita.....Weng Sia
Copyright © 2001 - SKS Society
Updated on : - Sunday, April 06, 2003