TERAS PERKHIDMATAN

 

-Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan

-Bekerja dengan penuh tanggungjawab

-Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

-Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan

-Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara

-Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara

-Berpegang teguh pada ajaran agama

 

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

 

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan serta menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan mencapai hasrat yang gemilang dan percaya kepada demokrasi, kebebasan keseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Melalui pendidikan masyarakat dapat membantu anak-anak mereka memahami kebudayaan mereka, memperolehi yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. Maka dengan ini, kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke tahap yang setinggi-tingginya.

 

1.TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

i.Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar drp.hal-hal lain.

ii.Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental,emosi,politik,ekonomi,sosial,keturunan atau agama.

iii.Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali

Kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv.Membimbing/mengajar seseorang pelajar di dalam darjah sendiri

Atau dalam m/p yang diajar tanpa sebarang bayaran.

v.Menunjukkan suatu cara pakaian,pertuturan dan tingkahlaku yg dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

vi.Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian,penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus,seminar,persidangan    atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai mutu yang tinggi.

 

2.TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

i.Menghormati t/jawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka..

ii.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yg erat.

iii.Merahsiakan maklumat yang diberi oleh ibu bapa mengenai hal rumahtangga dan anak-anak mereka kecuali kepada mereka yang  

  berhak mengetahuinya.

iv.Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak secara teliti dan bijaksana.

v.Mengelak diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa

    atau penjaga mereka.

vi.Mengelak diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa.

 

3.TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT & NEGARA

i.Mengelak diri dari menyebarkan suatu ajaran yg boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat atau negara atau yang 

  bertentangan dengan Rukunegara.

ii.Memupuk dalam diri setiap pelajarsikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara

   yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna.Menghormati org yang lebih tua serta menghormati perbezaan kebudayaan, agama,

   dan keturunan.

iii.Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala t/jawab sebagai seorg warganegara yang sentiasa sanggup

   mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan kemasyarakatan.

iv.Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

v.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,kebudayaan dan cendikiawan masyarakat.

vi.Berpegang kepada tingkahlaku yg sopan yang diterima oleh masyarakat dalam menjalani kehidupan kami sehari-hari.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT

i.Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan

   pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru.

iii.Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan t/jawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar

   dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

iv.Sentiasa berusaha dan bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan.

v.Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemari nama baik profesion perguruan

vi.Akan menjadi ahli dalam sesebuah pertubuhan guru.

 

@@@@@@@@@@@

Dipetik dari

Manual Prosedur Tugas SKPK 2001

 

 

BIDANG TUGAS ASAS PERSONEL

 

GURU BESAR

1. Pengurus dan Pantadbir Sekolah

2. Pengurus dan Pengawas Kewangan dan Akaun Sekolah

3. Perancang dan pengawal polisi sekolah

4. Penyeliaan dan Bimbingan

5. Pengerusi Lembaga Tatatertib

6. Pegawai Perhubungan dan Protokol

 

GURU PENOLONG KANAN 1

1. Menjalankan tugas-tugas GB semasa ketiadaannya.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan GB.

3. Bertanggungjawab kepada GB dalam hal kurikulum, Pentadbiran dan pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

4. Membantu GB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

5. Membantu GB menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

GURU PENOLONG KANAN 11(HEM)

1. Menjalankan tugas GB semasa ketiadaannya dan GPK 1.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan GB.

3. Bertanggungjawab kepada GB dalam pentadbiran dan Pengurusan hal ehwal murid.

4. Membantu GB dalam pentadbiran sidang petang.

5. Membantu GB menyelia dan menilai aktiviti HEM.

6. Membantu GB dalam semua aspek perancangan dan Pengurusan sekolah

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Menjalankan tugas GB semasa ketiadaannya,GPK1 & 11.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan GB

3. Bertanggungjawab kepada GB dalam semua aspek Kokurikulum

4. Menyelia dan menilai semua aktiviti kokurikulum di Sekolah.

5. Membantu GB dalam semua aspek perancangan dan Pengurusan sekolah

GURU PENOLONG:

Guru Darjah/ Guru Kelas

1. Mengajar di kelas yang ditentukan

2. Menyedia rancangan pengajaran yang sempurna bagi mp yang diajar

3. Mengada dan mengawas sudut bacaan dan sudut-sudut mp di kelasnya.

4. Menyediakan penyata bulanan bagi kelasnya.

5. Bertanggungjawab sebagai ibu/bapa kepada murid-murid di kelasnya dalam hal-hal seperti:-

     -Disiplin

    -Kebersihan diri

    -Kebersihan Kelas

    -Pelantikan Ketua/Penolong

    -Menyediakan jadual Waktu dan jadual bertugas kelas

6. Menyedia dan mengetahui latarbelakang dan masalah murid di kelasnya

7. Menyelenggara pungutan yuran, perabot dan rekod-rekod berkaitan kelas spt Jadual Kedatangan,SPBT,Kad Ujian dan lain-lain lagi.

8. Menjaga keselamatan muridnya.

9. Malapor masalah kelas kpd guru.

10. Menjalan dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah oleh GB.

Guru Kanan Mata Pelajaran

1. Menjadi AJK JKS dan menjadi Ketua Panitia MP.

2. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal dan menghantar salinan minit kpd GB.

3. Menjadi AJK Perpustakaan dan mencadangkan buku.

4. Mendapatkan sukatan pelajaran dan buku panduan bagi mpnya dan membekalkan kpd ahli-ahli dibawahnya serta maklumat terkini 

    perubahan mp tersebut.

5. Menyelaras dan menentukan format rancangan pengajaran tahunan,Mingguan dan Harian terhadap ahlinya serta menyediakan 

    perancangan aktiviti tahunan panitia

6. Membuat urusan bagi mendapatkan BBM dan memberi panduan penggunaan kepada ahli-ahlinya.

7. Mengurus hal ehwal buku stok

8. Merancang pembelian alat/bahan berdasarkan peruntukan yang diterima.

9. Menyelia pengajaran dan hasil kerja ahli di bawahnya.

10. Menyelaras dan mengawal rekod-rekod kemajuan, graf pencapaian dan sebagainya.

11. Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan dan skimanya.

12. Mengadakan kursus dalaman kepada ahli-ahlinya.

13. Menentukan program bimbingan dan tambahan bagi meningkatkan pencapaian mp di bawah kawalannya.

Guru Disiplin

1. Bertanggungjawab kepada GB dan GPK dalam menentukan disiplin murid.

2. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah:-

    -Pemilihan dan Pelantikan Pengawas

    -Penetapan Tugas Pengawas

    -Memberi pimpinan dan kawalan kepada pengawas

    -Menyusun jadual waktu bertugas pengawas dan menyediakan panduan tanggungjawab.

    -Menyediakan buku catatan/Laporan Pengawas

    -Menghadiri dan memimpin mesyuarat pengawas.

3. Memberi perhatian terhadap peraturan sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya.

4. Menghubungi GB dan memanggil guru-guru bagi membincangkan masalah disiplin dan menetapkan peranan masing-masing.

5. Menghantar murid yang melanggar peraturan yang dianggap berat untuk dihukum kepada GB / GPK

Guru Perpustakaan

1. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran dan Perbelanjaan perpustakaan

2. Memilih dan memperolehi bahanh-bahan yang sesuai

3. Merancang kegiatan dan jadual waktu perpustakaan

4. Menyediakan bibliografi

5. Menyelenggara dan menyimoan stok,alatan dan rekod dengan sempurna.

6. Membimbing murid cara menggunakan perpustakaan

7. Menggubal peraturan meminjam dan memulang buku

8. Melantik pustakawan dengan kerjasama guru kelas

9. Mendapatkan bahan bacaan percuma daripada agensi tertentu

Guru Skim Pinjaman Buku Teks

1. Menerima buku teks yang dihantar ke sekolah dan memprosesnya

2. Menyelenggara borang SPBT untuk diagihkan kepada murid

3. Menyedia dan mengagihkan buku pada awal tahun

4. Mengadakan satu sistem yang sesuai dan berkesan dalam hal pengedaran dan pungutan kembali buku teks

5. Mengisi borang drp Bito Buku Teks

6. Menerima pembayaran ganti buku teks yang hilang/rosak dan mengeluarkan resit

7. Mengadakan pemeriksaan buku teks terhadap murid

8. Menentukan buku-buku teks yang rosak untuk dihapuskira.

9. Memastikan keselamatan dan penyimpanan buku teks daripada bencana banjir,kebakaran,anai-anai dll.

10. Menyediakan laporan berkaitan buku teks kepada PPD, JPN dan Kementerian.

Guru Penyelaras Pusat Sumber

1. Bertanggungjawan dalam hal perancangan dan perkembangan PSS supaya ia digunakan secara berterusan oleh guru dan murid.

2. Bertanggungjawab mengemaskini rekod dan stok serta lain-lain dokumen berkaitan PSS.

3. Menyediakan satu format tertentu dalam penyediaan bahan-bahan mengajar oleh guru supaya dapat disimpan dan dipinjam dengan 

    mudah.

4. Bertanggungjawab dalam hal kekemasan, keceriaan, keselamatan PSS.

5. Merancang bersama AJK tentang pembelian alatan dan aktiviti PSS.

6. Menyelia seluruh sistem dan perjalanan PSS dan menyediakan laporan-laporan yang dikehendaki dari masa ke semasa.

Guru APD/BBM

1. Menerima, merekod,mengkatalog dan menyusun semua alatan.

2. Mengawasi keluar masuk alatan

3. Membaik pulih alatan yang rosak

4. Mengagih dan menyebarkan kepada guru alatan yang ada dengan menyediakan senarai alatan/bahan.

5. Sentiasa bekerjasama dengan panitia mp berkaitan pelaksanaan tugas dan keperluan bahan.

Guru RTVP

1. Menyedia dan menyelaras jadual RTVP

2. Menyediakan rakaman dari dalam dan luar

3. Memastikan semua alatan RTVP sempurna

4. Menyediakan rekod dan panduan penggunaan

5. Memberi khidmat nasihat dan kursus dalaman kepada guru.

Setiausaha Sukan

1. SU Sukan sekolah adalah juga guru kanan P.jasmani.

2. Merancang aktiviti/program sukan dan permainan bersama JK Sukan & Permainan

3. Membantu GPK Ko mengadakan jadual latihan/takwim kegiatan sukan & Permainan

4. Membantu GPK Ko merancang keperluan/kemudahan/kewangan untuk sukan.

5. Membantu GPK Ko mengagihkan tugas berkaitan dengan sukan di kalangan guru

6. Memesan,menerima,memasuk serta mengawal stok peralatan sukan dan PJ.

7. Membantu GPK Ko mengagihkan rumah sukan

8. Bersama JK merancang pertandingan peringkat sekolah

9. Membantu GPK Ko mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan

10. Menjadi SU Majlis Sukan Sekolah dan menyimpan minit yang berkaitan

11. Menyimpan semua rekod berkaitan dengan kegiatan sukan

12. Mengendali papan kenyataan sukan

13. Tugas-tugas lain yang diarah oleh GB/GPK Ko.

Guru Permainan

1. Mengawal serta bertanggungjawab terhadap semua peraturan latihan dan galakan permainan di bawah jagaannya.

2. Membentuk pasukan sekolah

3. Menyediakan senarai keperluan alatan permainan yang diperlukan

4. Mengatur program latihan

5. Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah dalam apa jua pertandingan

6. Memupuk semangat dan nilai positif kesukanan melalui guntingan akhbar dsb.

7. Menyimpan rekod ,menyedia laporan dan laporan prestasi tahunan pasukannya kepada GB/GPK Ko.

8. Tugas-tugas lain yang diarah oleh GB/GPK Ko

KAKITANGAN

Kerani

1. Bertanggungjawab menyedia dan menyemak semua hal yang berkaitan dengan gaji dengan pengawasan GB.

2. Membantu GB dalam pengurusan akaun sekolah

3. Membantu dalam penyediaan penyata akaun tahunan sekolah

4. Menyediakan penyata pendapatan staf untum cukai pendapatan

5. Membantu GB/GPK dan GP dalam urusan surat-menyurat

6. Membantu GB menerima pungutan yuran sekolah

7. Membantu penyediaan penyata dan laporan yang diperlukan

8. Mengendali dan mengurus fail-fail pentadbiran,perjawatan, kewangan dan buku stok serta lain-lain dokumen penting sekolah.

9. Menjalan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GB/GPK

Pembantu Am Rendah

1. Mengurus kebersihan dan kekemasan pejabat dan peralatan yang ada di dalamnya.

2. Mengurus dan mengendalikan peralatan atau dokumen yang dikehendaki sama ada mencari dan menyimpannya.

3. Mengendalikan rekod penerimaan dan penghantaran surat

4. Bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan dan dokumen pejabat.

5. Membantu kerani dalam pengurusan pejabat.

6. Menjalankan lain-lain tugas yang diaraakan oleh GB dari masa ke semasa

Pekerja Rendah Awam/Pekerja Swasta

1. Bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah

2. Menjaga keselamatan perabot dan menjalankan kerja baik pulih

3. Menjaga kebersihan tandas guru dan murid

4. Menyelenggara pokok dan taman sekolah

5. Membantu kerja-kerja keceriaan sekolah

6. Membantu tugas-tugas RMT dan program lain anjuran sekolah

7. Menjadi pengawal keselamatan lalu-lintas semasa murid melintas jalanraya di pintu masuk sekolah

8. Membuka dan munutup pintu pagar dan bilik-bilik.

9. Menjalankan lain-lain tugas yang diaraakan oleh GB dari masa ke semasa

Jaga

1. Menjaga keselamatan harta benda sekolah semasa bertugas

2. Memeriksa semua pintu/tingkap agar berada dalam keadaan selamat

3. Membuka dan menutup lampu pada waktu malam

4. Melakukan rondaan di sekitar kawasan sekolah

5. Melapor kepada pengurusan sekolah jika ada kecurian

6. Melapor serta merta jika berlaku kebakaran

7. Mematuhi arahan GB/GPK dari masa ke semasa

8. Membuka pintu-pintu bilik pada waktu pagi.

 

@@@@@@@@@

Dipetik dari

Manual Prosedur Tugas SKPK 2001

Hosted by www.Geocities.ws

1