PIAGAM PELANGGAN SKPK

    Kami Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga Marang

 Terengganu dengan penuh khidmat akan berusaha sedaya kami

untuk :-

1. Memastikan semua murid mendapat segala kemudahan pendidikan yang ada semaksima mungkin.

2. Memastikan semua murid mendapat layanan yang mesra, adil dan saksama.

3. Memastikan hanya murid yang benar-benar layak sahaja menikmati RMT, PSS, SPBT atau lain-lain

    sumbangan dan bantuan.

4. Memberi peluang kepada setiap murid melibatkan diri dalam berbagai aktiviti anjuran sekolah secara

    aktif.

5. Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan agar semua murid dapat belajar dalam

    iklim persekolahan yang menyeronokkan.

6. Membenteras segala unsur budaya negatif seperti peras ugut dan sebagainya jika berlaku di kalangan

    pelajar.

7. Berusaha meningkatkan tahap kualiti pengajaran, peralatan dan bahan sokongan pembelajaran agar

    setiap murid dapat menguasai ilmu dan kemahiran sebaik mungkin.

8. Berusaha memberikan perkhidmatan yang mesra dan cekap berkaitan pendidikan para pelajar.

Hosted by www.Geocities.ws

1