A. PAKAIAN SERAGAM

1. Semua murid hendaklah memakai pakaian Seragam yang lengkap beserta lencana

2. Pemakaian alat solek dan barang kemas Adalah dilarang sama sekali

3. Pakaian hendaklah menutup aurat bagi Yang beragama Islam

4. Memakai pakaian yang sesuai ketika kelas Pendidikan Jasmani

B. KEHADIRAN KE SEKOLAH

1. Semua murid dimestikan hadir sebelum atau Tepat jam 7.45 pagi sekolah

2. Semua murid dimestikan menghadiri perhimpunan Pagi Ahad

3. Sebarang aktiviti luar, mestilah dihadiri 5 minit Sebelum aktiviti tersebut bermula

4. Pada hari persekolahan semua murid hendaklah Meninggalkan sekolah selewat-lewatnya pada Jam 6.30 petang

5. Semua murid tidak dibenarkan berada di sekolah Pada hari Jumaat kecuali mendapat kebenaran

C. MASA REHAT

1. Semua murid hanya dibenarkan membeli makanan di kantin pada waktu rehat sahaja

2. Semasa waktu rehat semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas

3. Semua murid kecuali pengawas bertugas hendaklah beredar dari kantin sekurang-kurangnya 3 minit sebelum loceng dibunyikan

D. TATATERTIB DI SEKOLAH

1. Semua murid hendaklah mengikuti semua peraturan

2. Semua murid hendaklah menghormati guru, kakitangan sekolah dan juga murid lain. Berilah salam ketika berjumpa

3. Semua murid hendaklah menadah tangan ketika doa dibacakan, berdiam diri dan berhenti dari melakukan sebarang aktiviti

4. Semua murid hendaklah berada di dalam kelas pada setiap masa kecuali waktu rehat

5. Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua murid

6. Semua murid dilarang membuat bising di Dalam kelas

7. Semua murid hendaklah senyap semasa perhimpunan

8. Semua murid adalah dilarang sama sekali Meninggalkan kelas / sekolah tanpa kebenaran Daripada Guru Besar/GPK/Guru bertugas

9. Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan Buku teks/buku tulis di dalam kelas selepas Waktu persekolahan

10. Lampu dan kipas hendaklah dipasang bila perlu Sahaja

11. Jika seseorang guru tiada di kelas selepas 5 minit Waktu pengajarannya, ketua kelas dikehendaki Memanggil beliau dan jika guru berkenaan tiada Di kawasan sekolah, maka ketua kelas hendaklah Memberitahu Guru Besar/GPK.

12. Semua murid bertanggungjawab menjaga harta Sekolah seperti perabut dan lain-lain.Jika berlaku sebarang kecurian atau kerosakan, laporkan Segera kepada guru bertugas

13. Semua murid tidak dibenarkan membawa barang Berharga ke sekolah.

14. Semua murid tidak dibenarkan menyertai sebarang Persatuan/pergerakan/pertandingan di luar anjuran Sekolah kecuali dengan kebenaran

E. Tidak hadir ke sekolah / cuti

 1. Semua murid hendaklah hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari kecuali sakit. Surat doktor adalah diperlukan

 2. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab adalah dianggap ponteng. Jika didapati tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab, nama mereka boleh dipotong dari daftar sekolah setelah diberi amaran bertulis oleh Guru Besar

 3. Semua murid hendaklah hadir aktiviti luar kelas seperti aktiviti ko kurikulum kecuali sakit. Surat doktor adalah diperlukan

 F. Surat rawatan

 1. Murid yang memerlukan rawatan doktor mestilah menggunakan borang rawatan yang boleh didapati di pejabat sekolah

2. Rawatan dokttor hanya boleh dibuat selepas waktu persekolahan kecuali kecemasan.Bagi yang memerlukan rawatan dalam waktu sekolah, hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau GPK terlebih dahulu sebelum meninggalkan sekolah

G. KENDERAAN MURID

1. Semua basikal hendaklah diletakkan di tempat Yang dikhaskan dan hendaklah sentiasa dikunci

2. Kawasan letak basikal adalah kawasan Larangan pada waktu rehat dan juga pada Waktu belajar

3. Semua murid dilarang sama sekali berbasikal Di dalam kawasan sekolah

4. Semua basikal yang digunakan hendaklah Memenuhi syarat undang-undang lalulintas.

5. Semua murid hendaklah mematuhi peraturan Jalanraya semasa berbasikal dan melintas jalan

6. Semua kenderaan menghantar/menjemput Murid adalah tidak dibenarkan sama sekali Memasuki kawasan sekolah.

Hosted by www.Geocities.ws

1