PANDUAN DAN PERATURAN

KE ARAH BUDAYA KERJA CEMERLANG

1.ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan,guru adalah tertakluk kepada segala arahan di dalam perintah am kerajaan.

1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sabagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.3 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat pendidikan Negara

1.5 Guru hendaklah sentiasa meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.6 Guru hendaklah sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.7 Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan serta cekap melaksanakan tugas yang diamanahkan.

2.KEHADIRAN BERTUGAS

2.1 Semua hari berikut adalah dikira hari bertugas bagi guru-guru:-

2.1.1 Semua hari persekolahan termasuk persekolahan Ganti kecuali dengan cuti yang khas.

2.1.2 Hari diadakan upacara atau majlis khas di sekolah Seperti Hari Mesyuarat Agong PIBG dsb.

2.1.3 Bila diarahkan hadir oleh GB termasuk dalam cuti Penggal persekolahan dengan syarat jumlah hari

Hari yang diminta hadir itu tidak melebihi 1/3 drp Jumlah hari cuti persekolahan.

2.1.4 Hari-hari untuk latihan atau kegiatan kokurikulum Seperti yang terjadual

2.1.5 Bila diminta hadir ke majlis, kursus, seminar dll oleh Pihak sekolah, PPD atau JPN.

2.2 Semua guru mestilah hadir/datang ke sekolah setiap hari persekolahan tidak lewat daripada masa permulaan persekolahan yang telah ditetapkan iaitu 7.45 pagi hingga 1.15 tgh. Guru-guru yang bertugas mingguan hendaklah hadir 10 atau 15 minit lebih awal dari waktu tersebut.

2.3 Setiap guru yang hadir bertugas waktu persekolahan hendaklah mencatatkan nama,masa dan t/tangan pada buku catatan kehadiran bertugas. Begitu juga dengan kehadiran kegiatan kokurikulum.

2.4 Semua guru juga diwajibkan hadir pada waktu perhimpunan sekolah setiap hari Ahad masa pertama selama 30 minit kerana peruntukam masa tersebut dikira sebagai waktu pembelajaran. Guru-guru lelaki digalakkan berpakaian kemas dan bertali leher serta berkemeja lengan panjang.

2.5 Jika ada guru yang tidak dapat hadir bertugas maka ianya hendaklah dimaklumkan segera kepada GB atau GPK sama ada dengan surat atau telefon bagi memudahkan pihak sekolah menyediakan jadual ganti. Jika ketidakhadiran itu disebabkan sakit maka sijil cuti sakit yang diiktiraf hendaklah seboleh-bolehnya disampaikan ke pejabat pada hari itu juga.

2.6 Guru-guru yang ditugaskan mengganti guru yang tidak hadir diwajibkan memasuki kelas berkenaan mengikut masa yang ditentukan.

3.MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

3.1 Tidak dibenarkan mana-mana guru meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan mendapat kebenaran GB/GPK terlebih dahulu.

3.2 Guru-guru yang telah diber kebenaran keluar atas sesuatu hal hendaklah mencatatkannya dii dalam buku rekod keluar masuk guru yang disediakan.

3.3 Guru-guru yang keluar tanpa kebenaran adalah merupakan satu kesalahan dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka mereka sendiri bertanggungjawab sepenuhnya.

3.4 Bagi guru-guru yang terpaksa menjalankan tugas di luar kerana sesuatu tugas yang diperlukan oleh jabatan atau mana-mana badan sukarela yang diluluskan , surat daripada pihak berkenaan mestilah diperolehi dan ditunjukkan kepada GB/GPK.

4.PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LUAR

4.1 Semua guru mestilah bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam bila menerima pelawat yang datang ke sekolah.

4.2 Jika terdapat orang luar yang ingin menemui guru-guru tertentu atau murid-murid, persetujuan/kebenaran daripada GB/GPK hendaklah terlebih dahulu diperolehi sebagai langkah berjaga-jaga dan mengambilkira kepentingan pelajaran murid.

4.3 Guru-guru juga dilarang membuat perundingan dengan pembekal alatan sekolah tanpa kebenaran GB/GPK.

4.4 Guru-guru digalakkan mengenali ibu bapa, Pegawai- pegawai PPD, JPN dan Kementerian serta memberi layanan yang baik kepada mereka.

4.5 Guru-guru hendaklah mengelakkan diri daripada menimbul dan melibatkan diri dengan kekecohan, pertelingkahan dan pergaduhan dengan orang luar terutama ibu bapa atau penjaga murid.

4.6 Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuati isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar.

5.BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

5.1 Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen yang amat penting sebagai bukti pelaksanaan tugas sebagai seorang guru. Buku ini hak milik sekolah, oleh itu ianya mesti diserahkan sebelum cuti akhir tahun atau bertukar ke sekolah lain atau berhenti menjadi guru.

5.2 Setiap guru mestilah membaca Pekeliling KP 256 di muka hadapan buku ini yang memberi keterangan dan panduan mengenai tujuan dan penggunaan buku tersebut serta mematuhi peraturan mengenainya.

5.3 Setiap guru mestilah melengkapkan segala maklumat di dalam buku ini seperti Butiran Peribadi, Jadual Waktu, Senarai Buku Rujukan dll.

5.4 Rancangan Pelajaran untuk semua mp yang diajar hendaklah disediakan untuk kedua-dua penggal persekolahan dengan berasaskan kepada Sukatan Pelajaran yang terbaharu dan masih berkuatkuasa.

5.5 Setia guru mestilah mempunyai Sukatan Pelajaran sepenuhnya bagi mp-mpnya. Bagi guru yang tiada mempunyainya , dikehendaki menyalinnya ke dalam Buku Rekod Mengajar pada Ruang yang dikhaskan.

5.6 Guru-guru digalakkan menyalin Rancangan Pelajaran dengan tulisan tangan atau ditaip. Fotokopi tidak digalakkan tetapi jika ingin juga dilakukan, guru-guru tidak dibenarkan memfotokopi rancangan yang dibuat dengan tulisan tangan tahun-tahun lepas tetapi yang dibekalkan oleh JPN/PPD dan memastikan kebersihan dan kekemasan penampalan.

5.7 Rancangan Mingguan hendaklah berlandaskan perancangan kerja tahunan dan ianya mestilah dipatuhi sepenuhnya

5.8 Format Rancangan tahunan dan harian mestilah berdasarkan satu piawai/standard yang telah ditentukan mengikut mp berkaitan oleh pihak jabatan. Guru Kanan mp/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru di bawah kawalannya mematuhinya.

5.9 Rancangan harian hendaklah disediakan lebih awal sebelum masa pengajaran bukan semasa atau selepas pengajaran berlaku. Pengajaran akan menjadi lebih berkesan dengan perancangan teliti, objektif yang jelas dan bahan yang efektif.

5.10 Segala markah ujian dan soalan ujian juga mesti dilengkapkan di ruangan berkaitan di dalam buku ini. Soalan ujian bolehlah disimpan di dalam fail khas untuk semakan dan penyeliaan. Oleh itu di ruangan soalan dalam buku itu bolehlah ditulis no.fail sahaja.

5.11 Buku ini juga merupakan diari bagi guru-guru. Apa sahaja kegiatan pada hari berkenaan selain p&p bolehlah dicatat dalam dakwat merah di ruang yang masih berbaki.

5.12 Buku ini juga hendaklah dihantar untuk semakan setiap hujung minggu (Khamis)

5.13 Setiap guru seboleh-bolehnya menyampul buku ini sebagai contoh kepada murid dan sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan / datan berkaitan kerana ianya sentiasa menjadi rujukan penyeliaan utama oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan Jemaah Nazir dan juga menjadi sati mekanisme untuk penilaian pergerakan gaji.

5.14 Tempoh untuk melngkapkan segala item berkaitan buku ini ialah pada atau sebelum 31 Januari sessi persekolahan berkenaan.

5.15 Guru-guru baru hendaklah mendapat nasihat tentang cara-cara penggunaan buku ini daripada guru-guru lama atau ketua Panitia atau GPK atau GB jika timbul kekeliruan.

6.BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID

6.1 Jadual Kedatangan Murid (JKM) merupakan satu dokumen yang amat pening. Oleh itu, Guru kelas bertanggung- jawab menyelenggarakan buku ini dengan cermat agar bebas dari kesalahan yang besar.

6.2 Jika terdapat ebarang kesalahan,ianya hendaklah dipotong, dibuat pembetulan dan ditandatangan dengan tt yang ringkas. Menggunakan pemadan atau Liquid paper adalah di- larang.

6.3 Guru kelas adalah bertanggungjawab untuk melengkapkan butir-butir dan maklumat yang diperlukan dalam JKM dan gunakan huruf cerai.

6.4 Kedatangan murid hendaklah ditanda tiap-tiap hari persekolahan oleh guru kelas kecuali guru kelas sendiri tidak hadir. Dalam hal ini kedatangan murid ditanda oleh guru yang menerima wakil drp GPK. Guru kelas atau guru yang menerima wakil dilarang sama sekali meminta murid menanda atau melengkapkan mana-mana bahagian JKM.

6.5 Kedatangan Harian Murid hendaklah ditanda dengan menggunakan simbol-simbol berikut:-

6.5.1 Hadir -( / )

6.5.2 Tidak Hadir -( 0 )

6.5.3 Sakit -masukkan huruf (s) di dalam (0)

6.5.4 Lewat -masukkan huruf (L) di dalam (0)

-dikira hadir

6.5.5 Dengan Kebenaran -masukkan huruf (s) di dalam(0)

-dikira hadir

6.6 Gunakan dakwat untuk sebarang tanda atau catatan alam buku ini kecuali di ruangan alamat muriddicatat dengan pensel.

6.7 JKM dan borang kedatangan hendaklah dkemaskini oleh Guru Kelas / Guru mp pada waktu pertama setiap hari. Kedua-dua dokumen itu hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selepas masa pertama setiap hari.

6.8 Segala butiran kehadiran harian hendaklah ditanda dengan cermat dan beul.

6.9 JKM hendaklah ditutup pada hari akhir persekolahan setiap bulan. Guru kelas juga dikehendaki melengkapkan butiran penutupan bulan terbabit ke dalam borang yang disediakan dan menghantarkannya kepada GPK HEM sbelum jam 11.00 pagi pada hari tersebut.

6.10 Kenyataan murid keluar dan masuk hendaklah dikemaskinikan dan jika ada sebarang masalah, sila rujuk rekod daftar murid melalui GPK HEM.

6.11 Butiran/ringkasan di ruang belakang buku ini hendaklah ditulis selengkapnya setiap bulan. Turunkan tandatangan di ruangan berkaitan setelah memastikan segala butiran tepat.

6.12 Semak dan tulis dengan lengkap serta cermat butir-butir Nama Murid, No.S/Beranak, T/Lahir,Nama Ibu bapa/n Penjaga dan alamat serta butiran lain spt no.rekod persekolaha/ pendaftaran. Butir-butir ini mesti sama dengan Rekod Pendaftaran Induk dan dokumen peribadi murid (S/Beranak).

6.13 Kenyataan Cuti Mingguan atau cuti lain, elok ditulis secara menurun ke bawah mengikut tarikh berkenaan.

6.14 Guru-guru tidak dibenarkan membawa pulang buku JKM kecuali dengan kebenaran GB/GPK. Buku JKM mesti berada di pejabat sekolah selepas masa pertama setiap hari Ahad.

6.15 Guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan, kekemasan, kebersihan dan ketepatan data serta maklumat di dalam buku ini.

6.16 Murid-murid yg tidak hadir 3 hari berturut atau berselang-seli dalam satu minggu, guru kelas hendklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dengan menggunakan format surat khas dan boleh menandatangani surat itu bagi pihak GB.

7.BUKU PANDUAN DAN RUJUKAN

7.1 Buku-buku panduan khas mengenai mp-mp tertentu yang dibekalkan oleh jabatan adalah hak milik sekolah . Oleh itu guru- guru tidak dibenarkan sekali-kali membawa bersama buku-buku berkenaan bila bertukar atau berhenti dari jawatan.

7.2 Buku-buku ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia setiap akhir tahun dan ketua panitia pula menyerahkannya kepada GPK 1 untuk simpanan.

7.3 Ketua Panitia hendaklah menyediakan rekod pinjaman kepada ahli sewaktu mengagihkannya di awal tahun.

7.4 Ketua Panitia hendaklah berfungsi sebagai pakar rujuk tentang tatacara penggunaan buku tersebut terutama kepada guru- guru baru.

7.5 Mana-mana guru yang tidak cukup buku panduan ini, hendaklah melaporkan segera kepada GB/GPK1.

7.6 Guru-guru digalakkan menggunakan buku-buku rujukan yang terdapat di sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan teknik pengajaran yang lebih berkesan.

8.BUKU TEKS

8.1 Guru kelas hendaklah memastikan murid-murid di kelasnya mendapat buku teks mengikut syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan.

8.2 Guru kelas dan guru-guru mp hendaklah sentiasa mengingatkan murid tentang penjagaan buku teks tersebut.

8.3 Setiap minggu/bulan guru-guru melalui j/kuasa buku teks hendaklah membuat pemeriksaan bagi mengelakkannya hilang atau rosak

8.4 Guru kelas hendaklah memastikan segala dokumen berkaitan kelasnya kemaskini dan disimpan dengan selamat serta sentiasa berhubung dengan Guru SPBT bila timbul sebarang masalah.

9.PERALATAN DAN KERJA PEMBELAJARAN MURID

9.1 Guru-guru hendaklah memastikan murid-murid mempunyai peralatan pembelajaran yang mencukupi. Ibu bapa/penjaga murid hendaklah dihubungi sekiranya terdapat murid yang tidak mempunyai alatan belajar atau kekurangan alatan.

9.2 Guru-guru hendaklah sentiasa menasihati murid supaya menjaga peralatan mereka dengan baik.

9.3 Guru-guru hendaklah sentiasa melatih murid mengamalkan budaya kerja cemerlang seperti kekemasan dan kebersihan hasil kerja.

9.4 Segala hasil kerja murid hendaklah diperiksa dan diberi ganjaran bagi yang baik dan kesalahan hendaklah dibuat pembetulan.

10.BILIK DARJAH

10.1 Guru kelas dan guru-guru mp hendahlah sentiasa memerhatikan kebersihan dan kesempurnaan kelas. Ambil sedikit masa sebelum memulakan pengajaran untuk tujuan kebersihan kelas.

10.2 Guru-guru hendaklah melatih murid tentang penjagaan kelas masing-masing.

10.3 Jadual Bertugas Harian murid hendaklah disediakan oleh guru kelas

10.4 Semua guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan, keselamatan dan keceriaan kelas masing-masing. Perkara-perkara berikut mesti ada di dalam kelas:-

10.4.1 Jadual Waktu Kelas

10.4.2 Jadual Bertugas Harian Murid

10.4.3 Sudut mata pelajaran

10.4.4 Target mata pelajaran

10.4.5 OTI Bulanan

10.4.6 Data/Carta

10.4.7 Gambar/sebarang alat rangsangan

10.5 Guru kelas dikehendaki melengkapkan Senarai Inventori Kelas yang diedarkan.

10.6 Guru-guru hendaklah memastikan susunan kelas mengikut prinsip KBSR.

11.BILIK GURU

11.1 Bilik Guru merupakan bilik kerja dan rehat untuk guru-guru

Oleh itu, elakkan diri dari membuat perkara yang kurang sesuai dengan fungsinya.

11.2 Setiap guru hendaklah memainkan peranan menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik guru.

11.3 Semua guru mestilah sentiasa peka dengan kenyataan di Papan Kenyataan dan mengambil tindakan sewajarnya.

11.4 Pastikan barang-barang atau peralatan masing-masing berada dalam keadaan teratur dan kemas terutama sewaktu Bilik Guru digunakan untuk tujuan taklimat/mesyuarat.

12.PEJABAT SEKOLAH

12.1 Pejabat sekolah merupakan pusat pentadbiran sekolah. Oleh itu ianya hendaklah setiap masa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

12.2 Segala dokumen pentadbiran hendaklah berada di pejabat sekolah seperti buku kehadiran, Rekod,Fail dll.

12.3 Guru-guru yang ingin menggunakan peralatan dan dokumen di pejabat sekolah mestilah memaklumaknnya kepada kerani/GPK/GB dan menyimpan balik ke tempat asal selepas digunakan. Keselamatan barangan/peralatan tersebut adalah menjadi t/jawab guru berkenaan.

12.4 Guru-guru diminta membantu ibu bapa/penjaga murid yang ingin berurusan dengan meminta mereka kep pajabat sekolah.

13.BILIK GURU BESAR & PENOLONG KANAN

13.1 Guru-guru digalakkan sentiasa berkunjung ke bilik guru besar atau bilik GPK bagi berbincang apa jua perkara berkaitan dengan pendidikan.

13.2 Hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

14.TANDAS

14.1 Kebersihan tandas guru dan murid hendaklah diberi keutamaan.

14.2 Semua guru dan murid dikehendaki menggunakan selipar khas bila menggunakan tandas.

14.3 Guru bertugas mingguan hendaklah sentiasa memastikan kebersihan tandas terutama tandas murid.

14.4 Semua guru dikehendaki memberitahu murid cara penggunaan tandas dan penjagaan kebersihan dan penjimatan air.

14.5 J/kuasa kebersihan dan keceriaan mesti memasukkan keceriaan tandas sebagai salah satu agenda tahunan.

15.SURAU SEKOLAH

15.1 Panitia Pendidikan Islam & Persatuan Agama Islam dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan surau.

15.2 Panitia ini perlu menyediakan jadual bertugas harian untuk menjaga kebersihan surau.

15.3 Panitia ini juga hendaklah merancang dan melaksanakan program mengimarahkan surau sekolah seperti bersembahyang berjemaah dan sesi amali PAFA.

16.TV DAN RADIO PENDIDIKAN

16.1 Semua kelas dikehendaki mengikuti RTVP dengan sepenuhnya sama ada melalui siaran langsung/rakaman.

16.2 Guru RTVP hendaklah memastikan segala peralatan di dalam keadaan baik dan mencukupi. Jadual penggunaan mengikut kelas juga hedaklah disediakan.

16.3 Semua guru yang menggunakan perkhidmatan ini diwajibkan mengisi rekod penggunaannya.

16.4 Guru-guru yang ingin menggunakan RTVP hendaklah membuat persiapan awal dan berhubung dengan guru RTVP apabila ada sebarang masalah.

16.5 Guru Penyelaras Pusat Sumber mestilah memastikan bahawa program RTVP berjalan sebaik mungkin.

17.PERPUSTAKAAN

17.1 Guru-guru mestilah menggalakkan murid menggunakan perpustakaan dan memastikan terlebih dahulu objektif memasuki perpustakaan.

17.2 Mendidik murid tentang tatacara penggunaan perpustakaan.

17.3 Memastikan perpustakaan sentiasa kemas dan bersih selapas digunakan.

17.4 Guru perpustakaan hendaklah menyadiakan jadual kelas memasuki perpustakaan di samping jadual bertugas pustakawan.

17.5 Guru Perpustakaan dikehendaki menyelenggara perpustakaan dengan kemas dan teratur termasuk rekod dan segala dokumen berkaitan alatan perpustakaan.

18.BILIK KOMPUTER/BULIK MULTIMEDIA

18.1 Semua guru digalakkan menggunakan komputer dibilik ini 

18.2 Guru-guru adalah dilarang memasukkan/meminda program kerana dibimbangi akan berlaku kehilangan data.

18.3 Menggunakan komputer untuk urusan peribadi adalah tidak digalakkan.

18.4 Memastikan kebersihan bilik terutama selepas penggunaannya.

18.5 Guru-guru tidak digalakkan menggunakan disket yang tidak terjamin kebersihannya kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan virus pada sistem komputer.

18.6 Guru-guru digalakkan sentiasa meminta khidmat nasihat Guru Media sekolah mengenai penggunaan komputer atau sebarang perisian komputer.

18.7 Guru Media hendaklah melantik beberapa orang murid sebagai Pengawas Media bagi tujuan penjagaan bilik dan komputer.

18.8 Guru-guru yang menggunakan komputer diwajibkan merekodkan penggunaan komputer di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

18.9 Sesiapa sahaja yang menggunakan bilik ini adalah terikat kepada peraturan penggunaan yang disediakan.

19.FOTOSTAT

19.1 Mesin fotostat sekolah untuk urusan pentadbiran sekolah.

19.2 Guru-guru tidak digalakkan memfotostat lembaran kerja kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja.

19.3 Bagi urusan peribadi dikenakan bayaran mengikut kadar pasaran biasa.

19.4 Setia pengguna dikehendaki mengisi rekod penggunaan yang disediakan.

20.BILIK SAINS, KEMAHIRAN HIDUP & BILIK KHAS YANG LAIN

20.1 Adalah menjadi t/jawab guru kanan mp berkenaan untuk memastikan bilik terbabit berada dakam keadaan kemas dan bersih.

20.2 Memastikan keselamatan peralatan yang berada di bilik ini.

20.3 Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan bilik dan alatan yang ada.

20.4 Bertanggungjawab mewujudkan iklim yang sesuai dengan peranan dan fungsi bilik.

21TAKLIMAT / MESYUARAT

21.1 Panggilan mesyuarat/taklimat perlu dibuat dengan cara pengedaran surat penggilan/senarai nama/kenyataan di papan kenyataan atau melalui pengumuman oembesar suara.

21.2 Semua guru hendaklah membawa bersama buku catatan mesyuarat setiap kali menghadirinya.

21.3 Semua guru mestilah mengambil tindakan yang segera terhadap mana-mana keputusan mesyuarat yang melibatkan mereka.

21.4 Semua guru digalakkan memberi pendapat dalam mesyuarat.

21.5 Salinan minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada GB/GPK serta semua guru.

21.6 Setiap unit/jawatankuasa akan dibekalkan dengan buku catatan mesyuarat kkas.SU diminta mencatat ke dalam buku itu.

22.KELUAR NEGERI/NEGARA

22.1 Guru-guru yang ingin keluar negeri/negara dikehendaki mematuhi prosedur yang ditetapkan.

22.2 Kelulusan adalah tertaklum kepada arahan dan peraturan sedia ada.

23.CUTI

23.1 Cuti Rehat / Penggal:

Menurut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP)0046.SJA(30) bertarikh 24.12.1993 ,guru berkelayakan mendapat cuti penggal bagi menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh GB tidak melebihi 1/3 daripada jumlah cuti sesuatu tahun itu untuk menjalankan tugas-tugas harian selain drp mengajar.

23.2 Cuti Sakit

23.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah mendapat pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan.

23.2.2 Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

23.2.3 Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dirujuk kepada JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gajinya.

23.3 Cuti Tanpa Gaji

23.3.1 Menurut Perintah Am Bab C. Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

23.3.2 Cuti Tanpa Gaji dari kalangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

23.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak lebih daripada 180 hari

23.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

23.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

23.4 Cuti Sambilan (Pek.Perkhidmatan Bil 4-1996)

23.4.1 Cuti ini ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

23.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh GB hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 7 hari dalam setahun.

A.Untuk menziarahi ahli keluarga terdekat yang sakit tenat dan meninggal dunia

B.Untuk menyertai upocara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang guru.

C.Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,banjir dsb.

D.Menunaikan haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana diperuntukkan mengikut pek. Perkhidmatan bil.4/1984 tidak mencukupi.

E.Kursus suaikenal pagi Kursus Luar Kampus

F.Majlis konvokesyen bagi guru sendiri atau ahli keluarga terdekat.

G.Menghadiri temuduga pelantikan di dalam perkhidmatan seperti mana yang diluluskan oleh SPP, KPM,JPA atau JPN.

H.Menghantar ahli keluarga terdekat mrnunaikan haji

I.Mendaftar anak ke Institusi Pengajian Tinggi/ Sekolah Berasrama Penuh.

*Tafsiran:-

-ahli keluarga:-

Suami/isteri/anak-anak pegawai

-ahli keluarga terdekat:-

Ibu/bapa/adik-beradik/mertua/datuk/nenek kepada pegawai/suami/isteri pegawai

 

24.BUKU STOK/INVENTORI

24.1 Guru kanan / ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat di dalam buku ini adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh GB/GPK.

24.2 Adalah menjadi t/jawab guru kanan / ketua panitia untuk menjaga keselamatan dokumen ini. Oleh itu duisarankan agar dokumen ini disimpan di pejabat sekolah setelah selesai sesuatu urusan berkaitan dengannya.

25.TANDA NAMA

25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan juga dalam majlis rasmi di sekolah mahupun di luar sekolah.

26.KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.

26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat kelab.

27.PERSONALITI DAN SAHSIAH GURU

27.1 Setiap guru mestilah sentiasa berusaha membentuk personaliti dan sahsiah menarik serta boleh menjadi contoh teladan kepada murid.

27.2 Pekeliling ikhtisas bil.6/1985 berkaitan dengan pakaian guru hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

27.3 Semua guru menstilah menguasai kemahiran komunikasi yang berhemah dalam hubungannya dengan rakan sejawatan, jabatan, ibu bapa serta murid.

28.FORMAT PERHIMPUNAN MINGGUAN

28.1 Ucapan Pengerusi

28.2 Renungan

28.3 Laporan Minggu Bertugas Minggu Lalu

28.4 Ucapan GPK/GB

28.5 Doa

Hosted by www.Geocities.ws

1