Latihan 1 ( Simpulan Bahasa ) : Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai
bagi mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. |
Kasim dan Wahab tinggal di Kampung Pandan. Kasim disukai penduduk kampung kerana dia _______ , sering bertegur sapa dengan orang apabila bersua. Walaupun Kasim hanya menjadi _______ kepada keluarga Pak Samad, tetapi dia tetap disayangi oleh semua ahli keluarga angkatnya. |
Wahab pula digelar _______ kerana dia tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Wahab bangga kerana dia menjadi _______ kepada Encik Jamil. Wahab menjadi _______ dan sering berbuat sesuka hati kerana ayahnya merupakan orang kaya di kampung itu. Akhirnya Wahab menjadi _______ pantang melihat barang berharga akan dicurinya. |
Apabila ayahnya mengetahui perangai Wahab, dia pun _______ lalu memukul Wahab dengan teruknya. Kejadian itu telah menjadi _______ orang kampung dan semenjak hari itu Wahab mula berubah perangai. Wahab telah insaf dan berkawan baik dengan Kasim. Mereka berdua _______ , sering menolong orang kampung dan kini menjadi _______ orang kampung. |