Home Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
      Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya.
Lihat beberapa contoh simpulan bahasa di bawah:
 
Simpulan Bahasa Maknanya

Anak emas

Anak kesayangan

Kaki ayam

Orang yang tidak memakai sepatu

Ringan tulang

Rajin bekerja

Bau-bau bacang

Ada ikatan kekeluargaan

Makan angin

Bersiar-siar
Contoh ayat

1. Aminah menjadi anak emas keluarganya kerana dia rajin belajar.

2."Jangan berkaki ayam ketika bermain, nanti terpijak kaca," kata ayah.

3. Dia ringan tulang sebab itu dia disukai ramai.

4. Zulnas dan Abu ada bau-bau bacang kerana nenek mereka adik-beradik.

5. Minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Langkawi.
Hosted by www.Geocities.ws

1