| Latihan
3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat
di bawah: |
|
1.
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
| A.
ketul |
B.
batang |
| C.
buah |
D.
bungkus |
|
|
2.
Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.
| A.
buku |
B.ulas |
| C.
ketul |
D.
kerat |
|
|
3.
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
| A.
rangkap |
B.
perenggan |
| C.
patah |
D.
baris |
|
|
4.
Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena
Hari Guru.
| A.
pucuk |
B.
rumpun |
| C.
kuntum |
D.
bungkus |
|
|
5.
Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika
menghadapi peperiksaan.
| A.
bilah |
B.
pucuk |
| C.
butir |
D.
batang |
|
|
6.
Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
| A.
utas ... gulung |
B.
bentuk ... buah |
| C.
biji ... utas |
D.
bentuk ... utas |
|
|
7.
Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua
_______ kasut sukan.
| A.
pasang ... biji |
B.
buah ... pasang |
| C.
biji ... buah |
D.
buah ... bentuk |
|
|
8.
Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua
_______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.
| A.
batang ... buah |
B.
buah ... batang |
| C.
batang ... butir |
D.
biji ... patah |
|
|
9.
Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______
perkataan.
| A.
rangkap ... buah |
B.
baris ... baris |
| C.
patah ... biji |
D.
baris ... patah |
|
|
10.
Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk
diisi ke dalam akuarium.
| A.
buah ... helai |
B.
ekor ... tangkai |
| C.
biji ... kuntum |
D.
ekor ... tandan |
|
|
11.
Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga
_______ daun pandan.
| A.
cawan ... helai |
B.
cubit ... rumpun |
| C.
kilo ... keping |
D.
cubit ... helai |
|
|
12.
Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah
bagi penempatan para pekerjanya.
| A.
bidang ... buah |
B.
ketul ... biji |
| C.
bidang ... bentuk |
D.
buah ... buah |
|
|
13.
Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang
tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.
| A.
butir ... rumpun |
B.
buah ... batang |
| C.
biji ... pohon |
D.
butir ... buah |
|
|
14.
Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______
air sirap di majlis hari jadi kawannya.
| A.
biji ... gelas |
B.
potong ... buah |
| C.
potong ... gelas |
D.
keping ... biji |
|
|
15.
Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang
emas yang dikirimkan oleh nenek dari kampung.
| A.
butir ... sisir |
B.
biji ... tandan |
| C.
buah ... biji |
D.
biji ... keping |
|