Latihan 2 ( Penjodoh Bilangan ) |
| Latihan 2: Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai. |
| 1. Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut. |
2. Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu. |
3. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan. |
4. Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy. |
5. Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti. |
6. Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi. |
7. Pak Ngah mempunyai lapan _______ anak yang belum bersekolah. |
8. Saya makan empat _______ nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi. |
9. Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun. |
10.Setiap pagi saya makan dua _______ roti bakar sebelum ke sekolah. |
11.Perenggan ketiga itu mengandungi lima _______ ayat. |
12.Abang memanjat lalu memetik lima _______ buah rambutan untuk kami. |
13.Acapan menjual lapan _______ pisang kepada pemborong itu. |
14.Nelayan itu mempunyai tiga _______ jala. |
15.Kemalangan yang berlaku di simpang itu melibatkan empat _______ kenderaan. |