Latihan 1 ( Penjodoh Bilangan ) |
| Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah: |
1. Kakak Tinah membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya. |
2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu. |
3. Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon. |
4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah. |
5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan. |
6. Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi. |
7. Abang belikan tunangnya se(gulung,utas,ulas) rantai emas. |
8. Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku rampaian. |
9. Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak. |
10. Zamri mempunyai dua (helai,buah,utas) baju sukan. |
11. Lidahnya kelu sehingga tiada se (buah,bentuk,patah) perkataan pun yang dapat dituturkan. |
12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama di atas se (pucuk,keping,ulas) kertas. |
13. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das,dentuman,biji) tembakan ke arah penjenayah itu. |
14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang) kasut sempena hari raya. |
15. Di puncak Bukit Melawati terdapat beberapa (buah,pucuk,biji) meriam lama. |
16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se (batang,ketul,buah) batu besar di tengah jalan. |
17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh (ulas,tandan,biji) buah mangga. |
18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telah hilang malam tadi. |
19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakan dua (utas,gulung,bidang) tali. |
20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat kebuluran. |