Home Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
      Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan sebagai pasangan atau jodoh kepada kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan yang menunjukkan jumlah sesuatu kata nama seperti manusia, haiwan, benda atau tempat. Contoh perkataan penjodoh bilangan adalah seperti buah, orang, helai, batang, ekor, biji dan sebagainya.

Lihat contoh di bawah:
1. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 mempunyai 55 orang guru.

2.
Mohd. Firdaus memelihara empat ekor kucing Parsi.

3.
Tuan Haji Ramli memiliki 10 buah rumah sewa di bandar.

4.
Ibu membeli lima biji buah durian di pekan.

5.
Di belakang kebun datuk saya ada sebatang sungai.
Hosted by www.Geocities.ws

1