Home Pengimbuhan
Pengimbuhan
     Pengimbuhan ialah suatu proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;

1. Awalan - imbuhan yang hadir sebelum kata dasar

2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar

3. Apitan   - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar

4. Sisipan  - imbuhan yang hadir di celah atau di tengah-tengah kata dasar


Contoh:
Jenis imbuhan

Contoh imbuhan

Contoh perkataan


Awalan

ber, ter, se, di,

sekuat, terkenal, berlari, terasa,
ke, pen, men dibaca, kelima, pelakon,melihat

Akhiran

-an, -i

helaian, cucian, tujuan, nikmati
-man, -wan seniman, usahawan, budayawan
-wati,-kan perlahankan, ambilkan,seniwati

Apitan

ber ... kan

bertilamkan, bermandikan, berbekalkan
pen ... an pengesahan, pendapatan, penerangan
men ... kan mencadangkan, mendambarkan
men ... i mencintai, mengikuti, menjejaki
di ... kan dilupakan, disalahkan, dimanjakan
ke ... an kelembutan, kedinginan, kecantikan
diper ... kan diperdebatkan, diperkuatkan
memper ... kan memperlahankan, memperuntukkan

Sisipan

el, em

telunjuk, gelembung, selerak
er, in serabut, seruling, sinambung

 

Panduan Pengimbuhan Bagi awalan 'men' dan 'pen'

Awalan men dan pen akan mengalami perubahan mengikut huruf awal perkataan yang diberikan awalan tersebut. Misalnya perkataan ' rakam' akan menjadi 'merakam' dan 'perakam', manakala perkataan 'rasa' akan menjadi 'merasa' dan 'perasa'.

Oleh itu di bawah ini diberikan cara untuk menentukan penggunaan awalan men dan pen yang betul sebagai panduan dan rujukan.

 

Bentuk imbuhan

Huruf awal perkataan

Contoh Perkataan
Perkataan                  Kata terbitan   


me


l


    lawat              melawat, pelawat

pe

m

    maaf               memaaf, pemaaf

n

    nilai                 menilai, penilai

r

    rakam             merakam, perakam

w

    warna             mewarna, pewarna

ny

    nyanyi              menyanyi, penyanyi

p(menjadi m)

    pukul               memukul, pemukul               

t(menjadi n)

    tumbuk           menumbuk, penumbuk

k(menjadi ng)

    kilat                 mengilat, pengilat

s(menjadi ny)

    siram               menyiram, penyiram

mem


b


    besar               membesar, pembesar
pem

f

    fitnah               memfitnah, pemfitnah

men


c


    cari                  mencari, pencari
pen

d

    daki                 mendaki, pendaki

j

    jerat                 menjerat, penjerat

meng


a


    adu                  mengadu, pengadu
peng

e

    edar                 mengedar, pengedar

i

    ikut                   mengikut, pengikut

o

    olah                  mengolah, pengolah

u

    undi                  mengundi, pengundi

g

    gali                   menggali, penggali

h

    hadang            menghadang, penghadang

menge


kata dasar


    cat                    mengecat, pengecat
penge

satu suku kata

    bom                  mengebom, pengebom
    lap                     mengelap, pengelap
Hosted by www.Geocities.ws

1