Home Latihan 4
Latihan 3( Penggandaan )
Latihan 3 : Pilih kata ganda yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1.   Hamidah berasa _______ apabila seekor pacat memanjat di kakinya.
A.  lintang-pukang B. geli-geliman
C.  huru-hara D. riuh-rendah

2.   Penduduk Kampung Seri Wangi telah terdengar _______ yang mengatakan bahawa kampung mereka akan dimajukan oleh pihak kerajaan sebagai tempat pelancongan.
A.   gedak-geduk B.   hiruk-pikuk
C.   dolak-dalik D.   desas-desus

3.    "Mengaku sahajalah akan kesalahan kamu itu, janganlah hendak  _______ lagi," kata Cikgu Zawawie kepada budak nakal itu.
A.    berdolak-dalih B.   bersimpang-siur
C.    berbelit-belit D.   bersusah-payah

4.    Kanta _______ telah semakin popular di kalangan remaja dewasa ini.
A.   cecair B.   kekaca
C.   sesentuh D.   bebola

5.    Pemabuk itu telah ditangkap oleh polis ketika berjalan _______ di kaki lima kedai itu.
A.    simpang-siur B.   terhuyung-hayang
C.    tunggang-langgang D.   melenggang-lenggok

6.    Masih ada kaum Asli yang hidup _______ di dalam hutan negara kita.
A.    bersuka-ria B.   porak-peranda
C.    mundar-mandir D.   berpindah-randah

7.    "Saya tidak ada _______ dengan masalah yang menimpa awak itu," kata Tajudin kepada Ahmad.
A.    kait-mengait B.   kena-mengena
C.    berpaut-paut D.   libat-melibat

8.    Para petani itu semakin _______ kerana hujan masih lagi belum turun sedangkan tanaman padi memerlukan banyak air.
A.    keluh-kesah B.   kusut-masai
C.    kering-kontang D.   haru-biru

9.    Anggota-anggota bomba itu sedang _______ untuk memadamkan api yang sedang marak itu.
A.    bersusah-payah B.   bertungkus-lumus
C.    kelam-kabut D.   bolak-balik

10.   Mereka terpaksa berjalan kaki _______ sebelum sampai ke kawasan Gua Niah yang terkenal itu.
A.    semalam-malaman B.   bertahun-tahun
C.    terhincut-hincut D.   berduyun-duyun

11.    Suasana semasa kebakaran itu sungguh memilukan kerana kita boleh mendengar _______ mangsa yang terperangkap di dalam bangunan yang terbakar itu.
A.    riuh-rendah B.   jerit-pekik
C.    remuk-redam D.   hingar-bingar

12.    Dia mempelajari kerja _______ kain songket itu daripada datuknya di Terengganu.
A.    sulam-menyulam B.   jahit-menjahit
C.    tenun-menenun D.   silang-menyilang

13.    Harga sebungkus _______ ikan itu ialah dua ringgit.
A.     jejari B.   tetulang
C.     bebola D.   tetikus

14.   Suasana di sekitar taman perumahan itu sungguh tidak menyenangkan kerana terlalu banyak  _______ di situ.
A.    lalu-lalang B.   simpang-siur
C.    susup-sasap D.   sampah-sarap

15.    Aminah berasa terharu kerana ramai _______ yang datang menziarahinya ketika dia terlantar di hospital.
A.    kawan-rakan B.   sahabat-handai
C.    saudara-mara D.   orang-orang

16.    Pencari rotan itu lari _______ apabila terdengar suara harimau mengaum tidak jauh dari tempat dia mencari rotan.
A.     hiruk-pikuk B.   terpekik-terlolong
C.     kelam-kabut D.   pontang-panting

17.    Kapal yang dinaikinya itu _______ apabila dipukul ribut besar.
A.     terumbang-ambing B.   terhoyong-hayang
C.     terbuai-buai D.   tergoyang-goyang

18.    Shuhada masih _______ akan peristiwa manis yang dialaminya ketika berada di Pulau Tioman dahulu.
A.     terlupa-lupa B.   ingat-mengingati
C.     terkenang-kenang D.   rindu-merindui

19.    Orang ramai _______ ke Stadium Putrajaya untuk menyaksikan konsert Siti Nurhaliza sempena Hari Wilayah.
A.     berpusu-pusu B.   berebut-rebut
C.     bersorak-sorak D.   berlenggang-lenggok

20.    Jalan yang _______ itu boleh mengakibatkan kemalangan kepada penunggang basikal.
A.      tunggang-langgang B.   lekak-lekuk
C.      licin-lecur D.   simpang-perenang
Hosted by www.Geocities.ws

1