Latihan 2 ( Penggandaan ) |
| Latihan 2: Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata ganda yang paling sesuai. |
1. Kereta baru Encik Fahmi _______ kerana digosok oleh anaknya dengan berus dawai. |
2. Selepas penat bersiar-siar, mereka pun singgah untuk _______ di restoran yang terkenal itu. |
3. Anda semua janganlah cepat percaya kepada cerita yang _______. |
4. Mat Rani pergi ke kedai basikal untuk memperbaiki _______ basikalnya yang bengkok. |
5. Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini disambut dengan upacara yang sungguh _______. |
6. Kanak-kanak itu lari _______ apabila dikejar oleh anjing. |
7. _______ di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 memakai baju biru dan bertali leher merah jambu. |
8. Budak itu memang tidak tahu malu, bak kata pepatah ' hidung tak mancung, pipi _______. |
9. Beberapa batang pokok telah _______ akibat dilanda ribut kencang petang semalam. |
10. Pekerja binaan itu sedang memasang _______ rumah itu manakala rakannya sedang menggergaji kayu. |