Home PENGGANDAAN

PENGGANDAAN

 

Penggandaan ialah suatu proses yang menggandakan atau mengulangi sesuatu perkataan. Sesuatu perkataan itu digandakan samada seluruhnya atau sebahagian. Hasil daripada proses penggandaan ini akan terbentuklah kata ganda. Kata ganda mestilah menggunakan tanda sempang (-), kecuali bagi kata ganda separa. Terdapat tiga jenis kata ganda dalam Bahasa Melayu berserta dengan contoh  iaitu:


Penggandaan separa

Penggandaan penuh

Penggandaan berentak
jejari guru-guru gunung-ganang
lelangit sekolah-sekolah sayur-mayur
sesiku makan-makan mundar-mandir
bebola cantik-cantik bukit-bukau
pepatung kawan-kawan saudara-mara

Latihan 1: Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganda yang paling sesuai.
taman-taman, berlari-lari, kanak-kanak, bersiar-siar,sia-sia, anak-anak, porak-peranda, riuh-rendah, bersorak-sorak, jongkang-jongket

     Encik Adnan bekerja di kilang membuat permainan _________. Setiap petang dia disambut oleh _________nya ketika pulang dari kilang. Anak-anaknya akan ___________ ke pintu pagar untuk membukakan pintu sambil _________ kegembiraan. Biasanya terdengar suara _________ dari dalam rumah mereka apabila Encik Adnan membuka bungkusan permainan yang dibawanya.

     Pada hujung minggu, Encik Adnan selalu membawa keluarganya ________ ke ________ permainan yang terdapat di sekitar Putrajaya. Anaknya yang sulung suka bermain ________ manakala anak bongsunya gemar bermain buaian. Pada waktu malam, Encik Adnan biasanya mengajar anak-anaknya membaca buku. Dia selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak menghabiskan masa dengan _________. " Orang yang suka membazirkan masa hidupnya akan ________ apabila dewasa nanti," kata Encik Adnan kepada anak-anaknya.

Hosted by www.Geocities.ws

1