Home Makna Perkataan

 

   Makna Perkataan

 

1. Agensi Organisasi yang mengendalikan sesuatu perkhidmatan.
2. Anak watan Anak jati/anak tempatan/penduduk asal
3. Beroperasi Menjalankan kegiatan perniagaan dan sebagainya
4. Beraneka Berbagai-bagai/berjenis-jenis/bermacam-macam
5. Berdaya maju Berkemampuan untuk maju atau berkembang
6. Berbaloi Menguntungkan
7. Brosur Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan
8. Berpusu-pusu Berduyun-duyun
9. Bergegas Tergesa-gesa/terburu-buru/bergerak dengan pantas
10. Bergenang Berlinang - rujuk kepada airmata
11. Bertekad Berazam/bulat hati
12 Cekal Tabah hati/teguh hati
13 Pengembangan Pembesaran
14 Penggredan Proses menentukan mutu sesuatu barangan
15 Penyelenggaraan Pengelolaan
16 Patriotik Semangat cintakan negara
17. Gema Bunyi yang berbalik-balik
18. Medan Arena/kawasan/lapangan/lingkungan/kalangan
19. Memaksimumkan menjadikan sebanyak mungkin
20. Merayakan Meraikan
21. Merdeka Bebas
22. Mentor Pembimbing/penasihat
23. Menempa Mencipta
24. Usaha murni Daya usaha yang gigih dan tulus ikhlas
25. Sosio-ekonomi Hal-hal yang berkaitan dengan sosial dan ekonomi
26. Sebak Hampir menitiskan air mata
27. Idola Orang yang menjadi model ikutan dan disayangi.
28. Idea-idea utama Isi-isi penting dalam sesuatu perenggan
29. Hortikultur Sains atau seni penanaman bunga,buah-buahan dan sayuran
30. Terpahat Terukir/terpatri
31. Taklimat Penerangan ringkas tentang sesuatu perkara
32. Tema Subjek yang menjadi dasar perbincangan,wacana,karangan ,cerita/tajuk
33. Konsep Pengertian mengenai sesuatu,tanggapan,gagasan,idea
34. Lokasi Tempat
Hosted by www.Geocities.ws

1