Home KELAS DAN BANGUNAN
KELAS DAN BANGUNAN  SK. PUTRAJAYA 1


KELAS DAN BANGUNAN

    Kelas dan bangunan sekolah yang dibina di atas keluasan 6.1 ekar ini  boleh dikatakan hampir menyerupai apa yang terdapat di sekolah menengah. Oleh  disebabkan pembinaannya yang dibuat dalam satu kawasan maka segala prasarana yang terdapat di sini menjadi kegunaan bersama seperti dewan, stadium, gelanggang permainan, terminal bas dan kantin.

     Terdapat 5 bilik darjah bagi setiap aliran. Setiap kelas dibekalkan dengan 7 buah komputer, 6 buah untuk kegunaan murid dan sebuah untuk guru. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 ini telah dibekalkan dengan 403 buah komputer dan setiap kelas dipasangkan dengan TV di hadapan bilik darjah. TV ini pula dihubungkan dengan komputer melalui kabel 'black box'.

     Pada peringkat awal operasi, hanya 2 dari 5 buah kelas setiap aliran dibuka. Setiap kelas mempunyai jumlah murid di antara 25 - 30 orang sahaja. Ini disebabkan (awal tahun 2 001) sebahagian besar jabatan kerajaan belum memulakan operasi sepenuhnya di Putrajaya, sekaligus menyebabkan anak-anak kakitangan kerajaan yang menjadi majoriti pelajar di SK. Putrajaya 1 turut belum berpindah ke sekolah ini. 

     Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 secara rasminya mula beroperasi pada 01.01.2 001        


     Berikut merupakan maklumat kakitangan/murid dan  kelas yang terdapat di sini bagi tahun 2 002:

 

1.

55 orang guru ( 45 terlatih Bestari )

2.

1 177 murid ( Maksima 1 080 orang murid [ 36 murid x 30 kelas ] )

3.

8 orang staff sokongan ( 4 kerani + 1 juruteknik +1 jurutaip + 2 pembantu pejabat )


TAHUN 1

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

TAHUN 2

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

TAHUN 3

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

TAHUN 4

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

TAHUN 5

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

TAHUN 6

UTARID

MARIKH

ZUHAL

NEPTUN

PLUTO

 

 

 Di dalam bilik darjah ini, terdapat 36 buah meja dicantumkan menjadi 6 kumpulan. Meja ini dicantumkan secara berhadapan di mana setiap meja diletakkan sebuah komputer. Menurut pihak MOE, kedudukan meja ini dibuat sebagai percubaan untuk memastikan keberkesanan penggunaan komputer di bilik darjah.
Kelihatan murid-murid sedang  mendengar sessi pengajaran dari guru kelas secara kumpulan.

 

 

Aktiviti ko-kurikulum biasanya dijalankan dengan menggunakan prasarana yang sedia ada iaitu untuk latihan olahraga, trak digunakan. Untuk latihan badminton ataupun gimrama, dewan sekolah digunakan. Bagi memudahkan kelancaran D-wi prasarana ini, pihak sekolah rendah dan menengah akan sentiasa berhubung.

 

Terminal bas ini diletakkan di dalam kawasan sekolah. Di sinilah murid-murid sekolah rendah dan menengah menggunakan terminal bas ini ketika pergi ataupun balik dari sekolah. Kedudukan terminal ini di sini memudahkan lagi konduktur bas dan penjaga mengambil anak-anak mereka pulang terutama waktu hujan. Tempat pejalan kaki yang berbumbung dan menghala ke terminal bas memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menggunakannya terutama waktu puncak dan hujan.

 

Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 mempunyai 3 makmal komputer, 3 buah makmal sains, sebuah perpustakaan, sebuah bilik media, 5 bilik pembelajaran kendiri, sebuah bilik muzik, 30 bilik darjah dan 2 bilik persalinan. Dengan kelengkapan yang disediakan diharapkan murid-murid dapat memperolehi suasana pembelajaran secara bestari dengan lebih selesa.
  Kemudahan Kompleks Sekolah
    Dewan sekolah     : 1
    Kantin                  : 1
    Surau                   : 1
    Padang                 : 1

  1

Hosted by www.Geocities.ws

1