Home Latihan 1
Latihan 1 ( Kata Sendi Nama ) : Pilih kata sendi nama yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah.

1.  Encik Kamal telah menghadiahkan sebuah kereta mainan _______ anaknya.
A. pada B. daripada
C. kepada D. oleh

2.  Para perajurit tanahair telah berjuang _______ titisan darah yang terakhir.
A. hingga B. kepada
C. dengan D. seperti

3.  Encik Samion berjaya mencipta alat pengisar _______ bahan-bahan terbuang.
A. untuk B. dengan
C. daripada D. seperti

4.  Ceramah mengenai kebersihan itu akan disampaikan _______ Guru Penasihat Bulan Sabit Merah.
A. dengan B. oleh
C. kepada D. daripada

5.  Rombongan kami akan bertolak _______ Perlis pada pukul sepuluh malam ini .
A. sampai B. di
C. ke D. daripada

6.  Bilik kecil yang terletak di hujung bangunan hospital itu dikhaskan _______ pengawal hospital.
A. dengan B. demi
C. untuk D. kepada

7.  Semua pengawas sedang berbincang dengan guru disiplin _______ masalah murid yang sering datang lewat.
A. tentang B. akan
C. daripada D. kepada

8.  Murid-murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah _______ waktu rehat sahaja.
A. kepada B. pada
C. untuk D. di

9.  Norhayati memberikan sepiring air susu _______ anak kucingnya.
A. ke B. kepada
C. dengan A. akan

10. Pasangan pengantin baru itu sama padan _______ pinang dibelah dua.
A. dengan B. sejak
C. hingga D. umpama
Hosted by www.Geocities.ws

1