Latihan 1 ( Kata Banyak Makna ) |
| Pilih sepuluh daripada perkataan yang disediakan dalam kotak dan isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata banyak makna yang sesuai. |
1. a) Semua mata pelajaran diajar dalam _______ Melayu. |
| b) Orang berbudi kita ber _______, barulah hidup aman sentosa. |
2. a) Persembahan tarian dari murid-murid SK. Putrajaya 1 telah _______ perhatian ramai penonton. |
| b) Ahmadi _______ tangan saya sambil mengajak saya pulang. |
3. a) Hasil daripada kemenangan itu, pasukan Selangor telah berjaya menambah tiga lagi _______ . |
| b) Adik menangis kerana _______ nya dimasuki habuk. |
4. a) Musani berjumpa dengan gurunya untuk mendapatkan maklumat _______ tentang pertandingan syarahan itu. |
| b) Walaupun usianya telah agak _______ tetapi dia kelihatan segak. |
5. a) Azmi telah menjadi _______ bomba sejak sepuluh tahun yang lalu. |
| b) _______ badannya sengal-sengal, sejak dia terjatuh dari pokok. |
6. a) Zamzuriah berkulit _______ manakala kakaknya berkulit gelap. |
| b) Jika kita rajin berusaha sudah tentu _______ masa depan kita. |
7. a) Hatinya menjadi _______ selepas mendengar permohonan maaf adiknya. |
| b) Kakak suka memakai baju kurung ini kerana kainnya begitu _______ . |
8. a) Orang yang suka bercakap _______ dibenci orang. |
| b) Rumah yang _______ itu kepunyaan Encik Asmat. |
9. a) Adik saya sangat berminat dengan kerja-kerja _______ ukir. |
| b) Dunia _______ hiburan tidak seindah yang disangkakan. |
10. a) Pisau yang baru ayah beli itu sungguh _______ . |
| b) Untuk menjadi seorang ketua yang baik, seseorang itu mestilah _______ fikirannya. |