Latihan 2 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan
memberikan imbuhan akhiran yang betul . |
1. "Tolong _______ (bungkus) saya dua kilo tepung pulut," kata ibu kepada pekedai itu. |
2. Shalin Zulkifli telah dipilih sebagai _______ (olahraga) negara . |
3. Untuk menjadi manusia yang baik kita perlu lah sentiasa _______ (budi) bahasa. |
4. Ibu bergegas di _______ (ampai) untuk mengangkat baju kerana hujan turun tiba-tiba. |
5. Harta yang di _______ (waris) daripada datuknya bernilai lima juta ringgit. |
6. Keris Mas merupakan _______ (sastera) pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1981 |
7. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan _______ (seni) negara yang tidak ada tolok bandingnya sehingga sekarang. |
8. Di dalam pusat sumber itu terdapat kenyataan yang berbunyi sila '_______ (letak) semula buku-buku di tempat asal'. |
9. _______ (letup) gas yang berlaku di rumah Maniam menyebabkan seluruh kampung terkejut. |
10. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 telah menubuhkan Kelab _______ (usaha) Muda untuk mendedahkan murid-murid di dalam bidang perniagaan. |