Home PERSATUAN IBU BAPA

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

 

KELUARAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 1

 

DISEMBER 2 002

   

BULETIN PUTRA

 NOVEMBER 2 002

lencana.jpg (27649 bytes)

________________

KEPUTUSAN
KAJIAN PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PIBG
________________

1. Kawalan disiplin

Majoriti ibu bapa mahukan penguatkuasaan lebih tegas peraturan ke atas anak mereka
 

Lebih dari separuh ibubapa inginkan sekolah adakan perhubungan rapat dengan polis
 
2.Kecemerlangan Pelajaran

Hampir semua ibu bapa mempercayai pentingnya kelas tambahan.
 

Program bimbingan & motivasi
 
3.Tabung PIBG

Aktiviti tahunan: Pesta Ria, Pertunjukan Amal, Jualan Murah

Derma & Tajaan dari swasta
 
 

DATA TERKINI

KES JUVANA NEGARA
2 001

Melayu 1 107 66%
Cina 261 16%
India 195 12%
B'putra
lain
90 5%
Lain-lain 28 1%
Jumlah 1 681 100%

Ulasan: Kes juvana Melayu bertambah kira 1% (1 996 - 2 001). Manakala Cina & India menurun 2% bagi tempoh yang sama
 
 

BERITA RINGKAS


Kursus Kenegaraan


Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah pun diumumkan pada 1 Nov. 2 002. Justeru itu, kenaikan pangkat dan gaji kakitangan kerajaan adalah berdasarkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). PTK ini mengandungi:
* Peperiksaan

Menguji kecekapan kerja ikut bidang masing-masing.
* Kursus Kenegaraan
Membina perasaan & semangat patriotisme yakni cintakan dan setia kepada negara sendiri di kalangan kakitangan awam.
 

************************

* Khidmat Negara (KN)

Mulai tahun 2 004 semua warga negara Malaysia berumur 18 tahun (umur ini belum lagi diputuskan) wajib mengikuti kursus Khidmat Negara (National Service). Ini bermakna anak-anak kita yang akan masuk Tingkatan 4 sekolah menengah pada tahun 2 003.

Program seumpama ini telah pun dijalankan oleh banyak negara lain di dunia ini. Modul yang digunakan negara-negara ini adalah berbagai. Begitu juga negara kita, ia pasti menjadi satu program yang akan digemari kerana YAB PM sendiri menyebut bahawa KN bukanlah program militari.

 

 

________________

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PETUA JIMAT KOS BELI BAHAN SEKOLAH ANAK

PUTRAJAYA - Perbelanjaan
ke sekolah kini menjadi satu pelaburan kepada kebanyakan orang. Perkiraan jumlah wang yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa bergantung kepada jumlah anak bersekolah, tingkatan berapa, jantina anak, kelayakan menerima pinjaman dan sebagainya.
        Kadang-kadang ada ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan dek kerana kadar kenaikan barangan harian dan khidmat yang berpuluh-puluh kali ganda manakala kenaikan gaji tidak seberapa.
        Di sini ada sedikit tip untuk menyediakan perbelanjaan yang cukup pada musim buka sekolah iaitu:

PETUA 1: Gunakan pakaian lama
Kos membeli pakaian sekolah amat tinggi dan ianya juga tidak tahan lama. Eloklah guna semula pakaian anak yang lama atau telah digunakan oleh kakak atau abang. Boleh 'repair' yang rosak.

PETUA 2: Buku teks terpakai
Boleh iklankan di papan notis dekat taman atau presint masing-masing untuk membeli buku teks/rujukan. 'Repair' dan balut buku-buku tersebut. Jimat kos

PETUA 3: Buku tulis
Cuba periksa semula dalam peti atau kotak simpanan. Mungkin kita boleh guna semula buku tulis yang belum ditulis apa-apa.

PETUA 4: Alat Tulis Menulis
Kadang-kadang kita biasa beli bahan-bahan ini secara borong. Dan ada kalanya anak kita kurang menggunakan alatan ini secara maksima. Minta anak cari dan gunakan semula.

PETUA 5: Kenderaan
Kita sudah boleh memikirkan cara anak kita pergi-balik ke sekolah. Antaranya ialah 'carpool', berbasikal atau bas. Buat jadual giliran atau dapatkan jadual bas.


SELAMAT DATANG KE SK. PUTRAJAYA 1


PUTRAJAYA - Yang Dipertua & AJK Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Guru Besar & Kakitangan  SK. Putrajaya 1 dengan rasa bangga mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan anak-anak yang akan bermastautin di sekolah kita.

     Sekolah ini adalah sekolah rendah yang terawal dibina di Putrajaya. Walaupun pada asalnya ianya adalah untuk kemudahan penduduk di Presint 8, ia turut membantu penduduk presint yang lain seperti 9, 10 dan 16.

     Pada tahun 2 001, sebahagian muridnya telah berpindah ke SK. Putrajaya 2 di Presint 9, dan adalah dijangkakan pada tahun 2 003, sebahagian besar lagi akan berpindah ke SK. Putrajaya 3 di Prisent 16.


SAMA-SAMALAH KITA PASTIKAN ANAK KITA AKAN CEMERLANG


SELAMAT DATANG KEPADA AHLI-AHLI BARU PIBG - Yang Dipertua


"Saya bagi pihak keseluruhan warga PIBG SK. Putrajaya 1 mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta sebagai ahli dalam pertubuhan kita ini, " kata Yang Berbahagia Datuk Md. Sani bin Adam, YDP PIBG SK. Putrajaya 1.

PIBG sekolah kita ini telah ditubuhkan pada September tahun 2 002 yang baru lalu. Justeru itu, bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberi sumbangan dan idea, tenaga dan masa demi untuk menggerakkan PIBG dalam usaha untuk membantu aspirasi pihak sekolah kita untuk menjadikan anak-anak kita lebih cemerlang dalam pelajaran dan tingkah laku.

Sebagai pertubuhan yang masih setahun jagung, komitmen AJK, kerjasama pihak sekolah dan bantuan ibubapa serta guru akan menjadikan sekolah kita lebih maju di masa depan.    

BICARA BULETIN

Anak kita diajar dengan senarai nilai-nilai murni(good values) dan perangai yang elok. Tetapi kenapa agaknya  perangai baik ini tidak dapat diamalkan sepanjang masa.

Barangkali hal ini ada kaitan dengan kegagalan kita (ibubapa) untuk membina alasan moral (moral reasoning) kepada anak-anak kita.

Alangkah bahagianya seorang guru apabila muridnya datang ke sekolah kerana mahu menuntut ilmu & bukannya kerana terpaksa TANPA tujuan. Dan sejuklah perut ibu, bila nakanya ada alasan kenapa dia perlu berakhlak TANPA ikutan.

 

 


DATUK MD. SANI KETUAI PIBG

SK. PUTRAJAYA 1

PUTRAJAYA- Baru-baru ini PIBG sekolah kita telah pun mengadakan mesyuarat Agungnya yang pertama. AJK yang dipilih oleh ibubapa dan guru ialah:

Datuk Md. Sani Adam ( YDP )

Dr. Idris Md. Noor ( NYDP )

Encik Kamis Amat ( Setiausaha Kehormat )

Puan Noraslindar Juhari ( Bendahari )

Ahli jawatan kuasa:

Encik Khalid Khan Abdullah Khan

Encik Md. Rejab  Md. Isa

Dr. Chia Chee Ping

Puan Salmah Salman

Dr. Fauziah Yusoff

Puan Norehan Ibrahim

Encik S. Suvarmani

Encik Zawawi Hussin

Encik Adnan Zainal Abidin

Puan Norzihana Jamalauddin

Puan Jahleha Yusof

Puan Kartina Zamhari

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah diberi amanah mengendalikan PIBG.

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1