Home PERANCANGAN DAN PELAN TINDAKAN KURIKULUM 2 002 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 1
PRASARANA SK. PUTRAJAYA 1

 

PERANCANGAN DAN PELAN TINDAKAN KURIKULUM 2 002
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 1

 

PENGENALAN

Era informasi kini telah menjadikan dunia sebuah perkampungan global yang tidak bersempadan. Senario ini memberi kesan kepada dunia pendidikan. Generasi kini berupaya mendapatkan informasi dan memperolehi ilmu serta kemahiran menerusi pelbagai media seperti internet, perisisan multimedia, rangkaian LAN dan WAN. Sehubungan dengan ini, peranan guru dalam pendidikan sepatutnya berubah sebagai seorang penyampai ilmu kepada seorang pengurus pembelajaran yang berkesan.

 

MATLAMAT

Dalam melahirkan tenaga kerja yang berdaya fikir, guru sebagai seorang pengurus pembelajaran, seharusnya memahami pelbagai keperluan pelajar yang berbeza-beza. Ia juga perlu menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari seperti berikut :

1. Pembelajaran Berpusatkan Murid
2. Strategi Pembelajaran
3. Gaya Pembelajaran Dan Pelbagai Kecerdasan                      
4. Pembelajaran Bersifat Individu
5. Pembelajaran Berbantukan Teknologi
6. Pemudahcaraan Bestari
7.

 

Pembelajaran Berdaya Fikir

 

Di sekolah bestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.
Hosted by www.Geocities.ws

1