![]() |
|
|
|
| STRATEGI
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
|
|
PENULISAN 1. Tahun 3 memerlukan 1 buah buku manakala tahun 4,5,6 memerlukan 2 buah buku penulisan. 2. Murid dikehendaki menyalin contoh karangan dan kemudian membuat contoh karangan mengikut format yang sama dengan contoh karangan yang disalin setiap minggu. Jadi 2 karangan sekurang-kurangnya dibuat oleh murid seminggu. 3. Perancangan Penulisan Karangan Tahunan yang selaras mengikut aliran mestilah diserahkan kepada Ketua Panitia sebelum 18.1.2002 ( Jumaat). 4. Penyemakan karangan mestilah berdasarkan skema pemarkahan yang diberi dan menggunakan simbol yang telah ditetapkan. 5. Murid mesti membina peta minda bagi setiap karangan. 6. Tajuk karangan untuk disalin oleh murid mesti diselaraskan untuk setiap aliran bagi menjimatkan kos reso. 7. Bahan-bahan yang direso dikumpulkan, dimasukkan ke dalam sampul surat , dilabelkan dan disimpan di bilik SAL
|
|
PEMAHAMAN 1. Memerlukansekurang-kurangnya satu buku dan wajib dibuat setiap minggu. 2. Latihan boleh berpandu kepada buku teks, petikan yang direso dan lain-lain. 3. Petikan yang direso mestilah boleh dikongsi oleh setiap aliran ( 5 kelas ). |
|
|
|
TATABAHASA 1. Memerlukan 3 buah buku. 2. 2 buah untuk tatabahasa dan wajib diberikan latihan setiap hari. Guru diminta memantapkan murid dengan penguasaan tatabahasa ( rujuk Huraian Sukatan Pelajaran ). 3. Setiap hari sebelum memulakan pengajaran satu simpulan bahasa ditulis di penjuru white board. Paparkan simpulan bahasa tersebut sepanjang hari. Murid dikehendaki menyalin di dalam buku khas dan mencari maknanya. |
|
|
|
EJAAN DAN RENCANA 1. Memerlukan sebuah buku. Latihan ejaan dibuat seminggu sekali atau diselang seli dengan rencana. 2. Ejaan boleh juga disalin/digaris daripada petikan oleh murid sebelum latihan ejaan diberikan. |
|
|
|
TULISAN 1. Memerlukan dua buah buku bagi tahap 1 . 2. Latihan harus dilakukan setiap hari bagi murid yang lemah. |
|
|
|
BUKU TEKS DAN BUKU LATIHAN TAMBAHAN 1. Buku teks wajib digunakan dan dihabiskan pada akhir tahun kerana latihannya merangkumi kemahiran di dalam Sukatan Pelajaran KBSR 2. Buku Latihan Tambahan wajib dibuat dan dihabiskan sehingga akhir tahun. Semak semua latihansupaya ibubapa tidak merasakan bahawa membeli buku kerja satu pembaziran. Oleh kerana buku Latihan Tambahan telah dibeli, guru-guru kurang digalakkan mereso atau memphotostat latihan dari bahan luar. 3. Jawapan pada buku Latihan Tambahan hendaklah ditanggalkan dan disimpan oleh guru bagi mengelakkan murid meniru. 4. Buku Latihan Tambahan tidak boleh digunakan di dalam kelas sebagai bahan sumber pengajaran. Hanya buku teks dibenarkan.
|