Pengenalan

PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SAT

27020 JERANTUT

PAHANG DARUL MAKMUR.

 

Kami guru-guru Sekolah Kebangsaan Kuala Sat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 

1.        Memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini memenuhi kehendak pendidikan negara.

2.        Memupuk semangat guru-guru supaya sentiasa berdaya maju, kreatif dan inovatif untuk sama-sama meningkatkan kelulusan dan kecemerlangan UPSR.

3.        Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perubahan dan perkembangan staf.

4.        Sentiasa peka dan kemas kini terhadap perubahan dan perkembangan sistem pendidikan negara.

5.        Memastikan semua murid sekolah setelah enam tahun belajar di sekolah ini menguasai kemahiran 3M.

6.        Memberi kerjasama yang adil dan sama rata kepada semua murid tanpa mengira darjah dan kedudukan.

7.        Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua bidang gerak kerja di dalam bilik darjah.

8.        Memastikan semua murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mempraktikkan ajaran Islam.

9.        Sentiasa bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dan semua perkara bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan guru dan pencapaian akademik murid.

 

 

 

HALA TUJU SEKOLAH

1.        Merancang dan menentukan pengurusan sekolah dilaksanakan dengan lebih efisien

2.        Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pengurusan/pentadbiran,          

        pembelajaran/pengajaran dari semasa ke semasa.

3.        Pengelolaan program akademik, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Bina Insan dengan 

        terancang, tersusun dan dilaksanakan mengikut penjadualan.

4.        Mewujudkanejasama yang baik antara Guru – Staf, Guru – Staf – Ibubapa – Komuniti-  

        Pelajar.

5.        Pertingkatkan kebersihan, keceriaan dan kemudahan sekolah dan asrama desa.

6.        Memastikan semua pelajar dapat menguasai kemahiran 3M.

7.        Meningkatken kecemerlangan UPSR

8.        Melaksanakan program motivasi dikalangan gurutaf, ibubapa,komuniti dan pelajar.

9.        Meningkatkan kefahaman penggunaan IT( Teknolongi maklumat) dikalangan guru,       

        staf, pelajar dan ibubapa

10.      Membentuk pelajar cemerlang yang mempunyai identiti,dihormati daripada aspek

        kebolehan, kemahiran, dedikasi, bersemangat, berdisiplin dan berdaya saing.

11.     Memperkasa dan membestarikan sekolah agar menjadi sekolah yang cemerlang,    

       gemilang dan terbilang.

 

 

 

 

 

 

MISI

Untuk memperkembangkan dan menyuburkan potensi pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pendidikan

menerusi :

 

Ø   Perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran secara strategik dan berfokus.

Ø   Pelbagai program Ko-Kurikulum yang terancang.

Ø   Penerapan unsur-unsur bina insan yang berterusan, bersepadu serta pengamalan cara hidup beragama dab bermoral setiap masa.

Ø   Pengwujudan iklim sekolah yang ceria, bersih, indah dan menyeronokkan.

Ø   Kecemerlangan kepimpinan dipelbagai peringkat

 

 

VISI

 

SK Kuala Sat

dapat memperkembangkan

dan menyuburkan potensi pelajar untuk mencapai  kecemerlangan dalam pelbagai bidang pendidikan

 

 

 

 

LAGU  SEKOLAH

 

 

USAHA PUNCAK JAYA

 

Usaha puncak jaya

Itulah cogan kata

Untuk kami bersama

Mengejar cita-cita

 

Majulah maju
belajar tanpa jemu

Majulah maju

Wawasan kita tuju

 

Sekolah Kebangsaan Kuala Sat

Jasa mu

Tempat menimba ilmu

Kami kenang selalu

 

 

LIRIK DAN LAGU :

ABDUL RAHMAN ISNIN


 

 

Kembali

Hosted by www.Geocities.ws

1