Ruj. Kami:        Bil. dlm. SK20 04/14/00  (     )

Tarikh      :       22 Disember 2000

WAWASAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 20,

45800 JERAM SELANGOR DE.

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU-GURU

Nama Guru: …………………………………………       No. KPT: ………………………

 

WAWASAN SEKOLAH

Mewujudkan institusi pendidikan yang melahirkan insan cemerlang dalam bidang pendidikan untuk memenuhi hasrat dan harapan pelajar, masyarakat, agama dan negara.

 

 

1.       Mengajar:

1.1           Maksimum 1110 minit seminggu – rujuk Pekeliling.

1.2           Mata Pelajaran yang diajar ditetapkan oleh Guru Besar.

1.3           Mengikut dan menepati Jadual Waktu yang telah ditetapkan dan menepati masa bertugas / mengajar.

 

2.       Persediaan Sebelum Pengajaran Dan Pembelajaran:

2.1           Ada perancangan dan persediaan sebelum masuk kelas.

2.2           Menyediakan alat bantu mengajar.

2.3           Menyediakan buku persediaan mengajar yang kemaskini, teratur dan lengkap.

2.4           Persediaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran serta latihan murid.

 

3.       Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran:

3.1           Berusaha dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

3.2           Penglibatan tiap-tiap murid, melaksanakan proses belajar iaitu Pengajaran, pembelajaran, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan – KBKK, Latihtubi serta Pengukuhan dan Penerapan Nilai-nilai Murni.

3.3           Adakan aktiviti seperti Latihan lisan, membaca, bertulis, ujikaji KBKK dan Demontrasi sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

3.4           Menyediakan latihan bertulis yang terancang dan mencukupi.

3.5           Menggunakan bahan Alat Bantu Mengajar.

 

4.       Memeriksa Dan Menyemak Buku Latihan / Tulis / Kerja / Lembaran Kerja Murid:

4.1           MeMengawasi kebersihan buku tulis / latihan murid dan memdidik murid membuat kerja dengan teratur, bersih, betul dan menulis tarikh semasa pada setiap latihan / kerja.

4.2           Memberi latihan yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid dan latihan mencukupi.

4.3           Memeriksa dan menyemak buku latihan / tulis / lembaran kerja murid dengan teliti dan membuat catatan yang positif.

4.4           Murid dimestikan membuat pembetulan di setiap kesalahan latihan.

4.5           Menggunakan masa tidak mengajar (free periods) untuk memeriksa buku kerja / latihan murid.

4.6           Menghantar buku-buku latihan murid untuk penyemakan buku tulis oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Penyelia Petang.

 

5.       Penyediaan Dan Pemeriksaan Ujian / Peperiksaan Dalaman:

5.1           Ujian Bulanan – Februari, Mac, April, Julai, Ogos dan September.

5.2           Pertengahanh Tahun – Mei – 14.05.2001 hingga 18.05.2001.

5.3           Akhir Tahun – Akhir Oktober – 22.10.2001 hingga 28.10.2001.

5.4           Percubaan PTS / UPSR – 3 kali Ujian Percubaan.

 

 

6.       Menjadi Ahli Panitia Mata Pelajaran:

6.1           Menjadi ahli Panitia Mata Pelajaran semua pelajaran yang diajar serta memberi sumbangan positif / cergas bagi mencapai matlamat / sasaran Panitia Mata Pelajaran tersebut.

6.2           Pengerusi dan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran dilantik berdasarkan kemahiran / minat dan kursus yang disertai.

6.3           Wajib hadir dalam mesyuarat dan aktiviti anjuran Panitia Mata Pelajaran.

 

7.       Menjadi Ahli Jawatankuasa Dalam Unit Hal Ehwal Murid:

7.1           Menjadi ketua / Ahli Jawatankuasa dalam Unit Hal Ehwal Murid membantu GPK HEM seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar.

7.2           Memberi sumbangan yang positif / aktif dan berperanan melaksanakan tugasan yang dirancang / ditetapkan.

 

8.       Menjadi Guru Penasihat Dan Jurulatih Dalam Bidang Kokurikulum:

8.1           Menjadi Guru Penasihat atau Jurulatih dalam bidang Kokurikulum membantu GPK Kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar.

8.2           Bergerak cergas, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan aktiviti.

 

9.       Menjadi AJK Pusat Sumber Sekolah (PSPS):

9.1           Menjadi AJK / Ketua dalam bidang PSPS seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar.

9.2           Membantu Penyelaras PSPS menjalankan aktiviti PSPS dengan cergas dan berkesan.

 

10.   Menjadi Ketua / AJK – Lain-Lain Di Sekolah:

10.1      Menjadi AJK / Ketua yang ditetapkan oleh Guru Besar seperti PIBG, Keceriaan, Kewangan, Pentadbiran, Kedai Buku, Majlis-majlis anjuran sekolah dan lain-lain.

10.2      Menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan, berjaya dan jujur.

 

 

11.   Guru Ketua Aliran Kelas-Kelas:

11.1      Menjadi ketua / Penyelaras dan Pengerusi Mesyuarat aliran / kelas.

11.2      Membantu Guru Besar dan GPK / Penyelia Petang dalam bidang pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

 

12.   Guru Bertugas Harian:

12.1      Datang lebih awal dari waktu persekolahan dan balik lewat dari waktu akhir persekolahan setelah memastikan semua murid balik kawasan dalam keadaan selamat dan terkawal.

12.2      Mencatat maklumat dalam buku catatan Guru Bertugas pada setiap hari persekolahan – sesi pagi dan petang (jika ada).

12.3      Mengawasi disiplin murid dan tindakan susulan.

12.4      Sebagai urusetia Perhimpunan (menyusun murid beratur dan pengawasan disiplin).

12.5      Mengawasi murid-murid bertugas memungut sampah dan mengawasi murid berada di tempat berkumpul (beratur di hadapan kelas sebelum masuk kelas).

12.6      Mengawasi kebersihan sekolah seperti tandas, longkang, kantin, tempat letak basikal murid, padang dan lain-lain.

12.7      Memastikan bendera dinaikkan oleh murid bertugas sesi pagi dan diturunkan serta disimpan serta tindakan segera jika hari hujan.

 

13.   Menyediakan, Melengkapkan Dan Mengemaskini Buku Persediaan Mengajar: (Rujuk Pekeliling Kementerian Pendidikian Malaysia 256)

13.1      Nama guru / Tahun – di muka hadapan.

13.2      Nama / Mata Pelajaran.

13.3      Butir-butir diri Guru.

13.4      Cuti Am dan Penggal Persekolahan.

13.5      Jadual Waktu Kelas dan Persendirian

13.6      Senarai Buku-buku teks dan rujukan guru.

13.7      Senarai Barang tetap dalam bilik darjah

13.8      Rancangan Pelajaran yang diajar – Penggal Satu dan Penggal Dua – Siapkan untuk setahun. Tempoh mesti disiapkan 18.01.2001 (Khamis)

13.9      Rancangan Mingguan dan Harian – disediakan bermula 03.01.2001 (Rabu).

13.10  Butir-butir diri murid – dilampirkan – Guru Kelas.

13.11  Rekod pinjaman SPBT – dilampirkan – guru kelas.

13.12  Catatan – Untuk catatan mesyuarat, aktiviti dan lain-lain berkaitan tugasan.

13.13  Persediaan harian mestilah disediakan pada setiap hari. Guru Besar / GPK / Penyelia Petang berhak melihat pada setiap hari dan guru-guru mesti membawanya pada masa Pengajaran dan Pembelajaran.

13.14  Jika guru-guru berkenan cuti sakit / cuti sambilan / kursus, persediaan ditulis seperti biasa mengikut jadual waktu dan dibahagian bawah buat catatan.

Catatan: Disediakan dengan tulisan yang terang dan jelas. Rancangan Pelajaran yang ditaip atau diprint komputer hendaklah dibuat nota Telah dibaca dan difahami seterusnya ditandatangani dan catat tarikh semasa.

Penyemakan: Buku Persediaan Mengajar oleh Guru Besar; dihantar ke Pejabat pada setiap hari Jumaat. Jika pada hujung minggu cuti sila hantar pada hari sebelumnya.

Larangan: Buku ini tidak boleh dibalut kertas.

 

14.   Kursus:

14.1      Menghadiri kursus stau bengkel, seminar dan perkembangan staf seperti yang diarahkan untuk meningkatkan Profesional, kemahiran dan Ilmu.

 

15.   Buku Stok Dan Inventori:

15.1      Mengemaskini buku stok dan inventori serta mengawasi alatan / bahan di bawah kawalan yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar mengawasinya.

15.2      Peralatan / bahan tersebut tidak boleh dibawa atau digunakan di luar kawasan sekolah kecuali kebenaran Guru Besar.

15.3      Semua peralatan / bahan di bawah kawalan seperti alat PSPS, Muzik, Sains, Kemahiran Hidup dan lain-laian dipertanggungjawabkan kepada Guru Berkenaan untuk menjaganya jika didapati berlaku kecuaian tindakan boleh diambil kepada Guru Berkenaan.

 

16.   Waktu Tidak Mengajar (Free Period): Rujuk Pekeliling KP 859/(80) bertarikh 14.09.1991

Pada masa tidak mengajar (free periods) guru-guru ditetapkan untuk menjalankan tugas seperti:-

16.1      Mengganti guru-guru yang tidak dapat bertugas seperti sakit / cuti / berkursus.

16.2      Membuat persediaan pengajaran dam pembelajaran.

16.3      Memeriksa buku latihan murid.

16.4      Perbincangan / pemulihan murid yang lemah yang perlukan bimbingan / kaunseling murid bermasalah.

16.5      Lain-lain tugas yang berkaitan arahan Guru Besar / GPK / Penyelia Petang.

 

17.   Melengkapkan Dan Mengemaskini Buku Kedatangan Murid:

17.1      Maklumat di kulit luar.

17.2      Menanda kehadiran murid – Ditanda pada masa waktu pertama / kedua oleh Guru yang masuk ke kelas berkenaan dan minta ketua darjah menghantar ke pejabat.

17.3      Analisis kedatangan / kehadiran – pada setiap akhir bulan.

17.4      Analisis bangsa.

17.5      Bayaran khas sekolah – Catatkan Yuran khas sekolah RM 4.50 sen sahaja. Tahun 6, masukan bayaran UPSR.

17.6      Butir-butir diri murid.

 

18.   Tanggungjawab Dan Amanah:

18.1      Menjaga, mengawasi keselamatan serta bertanggungjawab terhadap perkakas, peralatan, perabot, bilik-bilik darjah dan bilik-bilik lainuntuk pembelajaran / rawatan murid, stro yang dipertanggungjawabkan supaya tidak berlaku salahguna serta untuk kepentingan peribadi.

18.2      Mematuhi Peraturan Bahawa Sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.

 

19.   Kehadiran Guru Pada Hari Persekolahan Dan Rasmi:

19.1      Masuk 10 minit lebih awal dan mencatat / merekod nama / masa hadir dan tandatangani di buku kedatangan guru.

19.2      Keluar / balik selepas selesai waktu akhir persekolahan.

19.3      Jika sakit mesti ada sijil sakit dan mesti diserahkan kepada Guru Besar untuk tindakan seterusnya.

19.4      Jika ada perkara mustahak / penting menyebabkan tidak dapat bertugas harap mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.

19.5      Mesti mendapat kebenaran keluar dalam waktu bertugas daripada Guru Besar dan catat nama dalam buku kebenaran keluar dalam waktu bertugas. (Perkara penting sahaja).

19.6      Oleh kerana aktiviti kokurikulum dan kelas bimbingan pada hari Sabtu adalah waktu rasmi bekerja, semua guru dimestikan hadir dan mencatat kehadiran di buku kedatangan guru. (Lengkapkan masa datang dan balik serta tandatangan).

19.7      Sentiasa berpakaian kemas dan memakai Tanda Nama.

19.8      Hari Isnin atau Hari Selasa – perhimpunan semua Guru Lelaki memakai tali leher dan berkemeja cerah (Kegukat).

19.9      Guru mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian Pendidikan Jasmani. (Rujuk Pekeliling Iktisas Bil. 6/1985).

 

20.   Mengutip Yuran Persekolahan

20.1      Guru kelas diberi surat turun kuasa memungut Wang Yuran Persekolahan dan lain-lain bayaran bermula 02.01.2001 hingga 31.01.2001. (Tahun semasa).

20.2      Guru kelas hendaklah menyerahkan wang kutipan kepada Penolong Kanan dengan segera. Guru Kelas tidak dibenarkan menyimpan wang tersebut.

20.3      Guru Kelas dikehendaki menyerahkan wang, buku resit dan semua dokumen berkaitan pada 31.01.2001 kepada Penolong Kanan. Selepas 31.01.2001, Gurun Kelas tiada kuasa menyimpan / memegang dan mengutip wang daripada murid / penjaga.

 

21.   Semua Aktiviti:

21.1      Aktiviti sekolah seperti mesyuarat, bengkel, perkembangan staf, lawatan dan lain-lain yang dianjurkan oleh Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan dan PIBG mestilah dalam pengetahuan, melalui dan kebenaran Guru Besar.

 

22.   Tanggungjawab Guru Berkenaan:

22.1      Menjaga kebersihan / keselamatan / keceriaan / kemudahan / perabot / stok / dan inventori bilik-bilik:-

             

1

Makmal Sains       

9

Kelas Pemulihan

2

Surau

10

Pusat Sumber

3

Bilik SPBT – BOSS       

11

Bilik Kemahiran Hidup

4

Bilik Rawatan       

12

Bilik Guru

5

Bilik Kerja / Gerakan       

13

Stor Pendidikan Jasmani

6

Stor Kokurikulum

14

Pentas dan Dewan

7

Papan Pamer

15

PA. Sistem

8

Bilik Pengawas / Kaunseling

 

 

 

23.   Papan Pamer:

23.1      Kurikulum (Panitia mata pelajaran), Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Guru Bertugas, Laluan Tokoh Keilmuan; ia hendaklah;

23.1.1    Dikemaskini, dihias – tindakan guru berkenaan dan penyeliaan: Penolong Kanan dan atau Penolong Kanan HEM.

 

24.   Pengurusan Bilik Darjah:

24.1      Guru Kelas dan semua guru bertanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan murid.

24.2      MOTO: Kemas – Teratur – Bersih – Ceria (Tiada sampah dan habuk).

24.2.1    Kerusi / meja murid, kerusi / meja guru, perabot tersusun rapi dan bersih.

24.2.2    Tingkap cermin – cukup dan bersih. Kehilangan hendaklah diganti segera.

24.2.3    Kipas dan lampu – bersih dan berfungsi. Pastikan ditutup apabila tidak diguna.

24.2.4    Penyapu dan pengaut sampah mesti ada dan tersusun.

24.2.5    Pembaris panjang, pemadam papan hitam dan bulu ayam ada dan dijaga – penggunaan sehingga akhir tahun.

24.2.6    Keceriaan bilik darjah diutamakan – ada langsir dan bersih.

24.2.7    Sekiranya bilik darjah cantum atau DUA SESI (Pagi dan Petang): menjaga bersama secara bekerjasama – guru bekerjasama dan murid dididik bekerjasama menjaga dan menyayangi bilik darjah.

24.2.7.1   Carta / Pekeliling / Jadual Waktu / ABM dan Sudut Mata Pelajaran:

Ø     Sesi pagi           :  Di sebelah Kanan bilik darjah.

Ø     Sesi Petang       :  Di sebelah Kiri bilik darjah.

24.2.8    Setiap kelas mesti ada:- (Pertandingan Keceriaan Kelas).

24.2.8.1   Dipamerkan -     Jadual Waktu Kelas.

-            Pengenalan kelas

-            Struktur organisasi Kelas.

-            Jadual bertugas murid.

-            Senarai ahli kelas.

-            Senarai rekod membaca dan hafaz sifir.

-            Pelan dan arahan semasa kecemasan.

-            Pekeliling-Pekeliling sekolah untuk makluman murid.

-            Kalendar dan gambar-gambar sebagai hiasan / keceriaan.

24.2.8.2   Sudut-sudut mata pelajaran.

24.2.8.3   Sudut bacaan dan sudut bimbingan.

24.2.8.4   Sudut murid meletak bekalan / minuman dan tempat minum.

24.2.8.5   Sudut meletak penyapu sampah, bakul sampah dan pengaut sampah.

24.2.8.6   Almari / rak – kemas, bersih, teratur, dan dihias.

 

-            Peperiksaan PTS :   03 September, 2001

-            Peperiksaan UPSR : 03 September, 2001 hingga 05 September, 2001.

 

 

MOTTO SEKOLAH.

  USAHA - MAJU - JAYA

 

 

MISI.

Menyediakan insan yang berketrampilan dan seimbang dari segi iman, amal, ilmu, taqwa dan ehsan melalui proses pedagogi formal dan informal yang berkesan.

 

VISI

 

Menjadikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang dapat melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal, bertaqwa dan berehsan dalam dunia teknologi maklumat.

 

OBJEKTIF.

Pendidikan sekolah rendah menjurus kepada:-

1.     menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek berteraskan pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif;

2.     memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian;

3.     memiliki dan menghayati nilai-nilai murni;

4.     peka, prihatin dan menghayati alam sekitar dan menghargainya;

5.     menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambah dan mengembangkannya;

6.     memahami, menghayati dan menginsafi sejarah serta latar belakang sosio-budaya negara;

7.     berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran agar selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang ilmu dan teknologi; dan

8.     mempunyai kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

 

MATLAMAT

1.     Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab melalui program-program dan latihan-latihan yang disusun secara bersepadu dan berterusan. Tanggungjawab yang diharapkan merangkumi diri sendiri, sekolah, ibu bapa, jiran dan masyarakat.

2.     Menyediakan pendidikan bermutu yang mampu menyediakan kecemerlangan dan mampu lulus dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun.

3.     Mendedahkan murid-murid kepada pelbagai media pendidikan dan mereka diberi peluang untuk memilih bahan-bahan yang dikehendaki supaya maju dalam bidang ilmu pilihannya.

4.     Mendedahkan murid-murid kepada dunia teknologi maklumat dan dapat pengalaman dan mengamalkannya.

5.     Sedaya upaya membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Merancang pelbagai program dan aktiviti supaya usaha pembasmian ini berkesan; dan 

6.     Menyediakan bakal murid yang akan meninggalkan bangku sekolah mempunyai sikap positif terhadap budaya ilmu membaca.

 

PIAGAM SEKOLAH

 

PIAGAM PELANGGAN - Sekolah Kebangsaan Batu 20 Jeram, BBA3007.

 

Dalam mencetus dan melahirkan insan cemerlang yang menyeluruh sebagai sebuah institusi pendidikan awal dengan izinnya, maka kami dengan penuh tekad dan keazaman untuk menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut;-

i.  Kepada pelajar:

    Membimbing dan menyediakan kemudahan pendidikan lengkap, gabungan ilmu yang terbaik dan pengurusan sistematik berlandaskan piawaian yang ditetapkan dan berpeluang mengembangkan ilmunya.

ii. Kepada masyarakat.

    Menyediakan dan membekalkan insan cemerlang yang berketrampilan dalam bidang ilmu dan keseimbangan emosi yang memenuhi kualiti serta piawaian semasa untuk institusi pendidikan peringkat menengah dan tinggi bagi memenuhi keperluan masyarakat harmonis.

 

 

Sumber rujukan-> http://www.geocities.com/skjb20/

 

 

 

SEJARAH SEKOLAH (School history)

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 bermula sebelum 15 hb. April, 1908 lagi iaitu bermula dari sekolah di Pasir Gorek, Pantai Jeram yang mana terdiri sebuah sekolah yang didirikan oleh kerajaan dikala itu. Pasir Gorek, di pantai Jeram terletak kira-kira 1.5 kilometer dari penempatan sekarang. Kemudian dengan adanya pembukaan tanah baru dan perpindahan, kampung ini dinamakan Kampong Baru Jeram. Dengan gotong-royong didirikan bangunan yang bertiangkan nibung dan beratapkan nipah untuk anak-anak mereka belajar.

Dengan daya usaha ketua orang-orang melayu iaitu Penghulu Mukim Jeram Almarhum Raja Saifullah mendesak Kerajaan British mendirikan satu bangunan yang sempurna, terlaksana dan digunakan, seterusnya dirasmikan sebagai sekolah dan dinamakan Sekolah Melayu Umum BBA3007. Ia dinamakan Sekolah Melayu Umum BBA3007 kerana mengambil sempena pancang jarak dari sekolah ini menghala ke Bandar Diraja Kelang jauhnya 20 batu (32 km).

Pada 15 hb April 1908, bangunan baru telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Jeram, Almarhum Raja Saifullah bersama-sama dengan Encik Ibrahim, Assistant Vice Teacher. Pada masa itulah bermulanya sejarah sekolah ini.
 

Keadaan Fizikal Sekolah.

Kini sekolah ini mempunyai kawasan seluas 4.75 ekar bersamaan 1.9 hektar dengan tujuh blok bangunan yang digunakan. Sementara di sekeliling kawasan sekolah ditanami pokok dan tumbuhan renek. Lukisan mural terdapat di dinding-dinding bangunan sekolah yang menampakan suasana indah dan ceria.

Pada tahun 1983 sekolah ini telah diperuntukan dengan sebuah bangunan baru “Blok C”. Mulai tahun 1985, bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun berikutnya. Pada tahun 1989, sekali lagi mengalami perubahan dengan pembinaan dua buah blok bangunan “Blok D” dan “Blok E” yang merupakan bangunan segera / gotong royong yang menelan belanja sekitar $50,000-00 sen. (Penggunaan simbol RM berkuatkuasa mulai  tahun 1992).

Pada akhir tahun 1994, pembinaan bangunan baru “Blok F” dimulakan dan awal tahun 1995 sekolah ini telah menempatkan bilik-bilik darjah dan Pusat Kegiatan Guru Jeram di tingkat atasnya. Sekali lagi bangunan baru dua tingkat dibina iaitu “Blok G” yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 1999. Bangunan ini menempatkan bilik darjah, bilik makmal sains dan bilik BOSS.

Mulai tahun 1991, seramai lebih 450 orang selama tiga tahun berturut-turut. Sekolah ini telah dinaik taraf ke gred “A” mulai tahun 1994 dengan enrolmen pelajar melebihi 450 orang. Kini, sekolah ini merupakan sebuah sekolah tersergam indah dengan kelengkapan sempurna termasuklah sebuah makmal komputer berhawa dingin multimedia pengajaran-pembelajaran berbantu komputer. Suasana pembelajaran yang tenteram, segar dan bersih maka pencapaian akademik dan kokurikulun dijangka akan terus meningkat.

Sebuah Lab PC02 [21 buah komputer interaktif - berinternet] sedang dalam pembinaan di tapak bangunan "Blok A". Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia. {Data Januari 2001}.
 

Analisis Bilangan Murid, Ibu Bapa dan Status Sosio-Ekonomi Pelajar.

Dengan empat belas buah kelas pembelajaran, sekolah ini mempunyai seramai (lima ratus empat puluh lima) 545 orang murid. (Dua ratus lapan puluh lapan) 288 orang terdiri daripada murid lelaki, manakala (dua ratus lima puluh tujuh) 257 orang adalah murid perempuan. Data pada 03 Julai, 2000.

Sumber:  1.  Buku Profil sekolah praktikum BBA3007, September 1994.
                2.  Peserta Praktikum NPQH K2/2000 IAB Julai 2000 SJKB20. Nor Isna

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Masihkah di hati anda !

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

 

 

FALSAFAH GURU

 

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

CADANGAN PELAN BERTINDAK KURIKULUM.

 

BIL

BULAN /

AKTIVITI

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

1

Mesyuarat Kurikulum

Ö

 

 

Ö

 

Ö

 

Ö

 

 

 

2

Mesyuarat Panitia

Ö

 

 

Ö

 

Ö

 

Ö

 

 

 

3

Pendaftaran Murid-murid

Ö

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

Kelas Bimbingan @

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

 

5

Perjumpaan Ibu Bapa

 

Ö

 

 

 

 

Ö

 

 

 

 

6

Program Movasi #

 

Ö

 

 

 

 

 

Ö

 

 

 

7

Ujian Bulanan *

 

Ö

Ö

Ö

 

 

Ö

Ö

Ö

 

 

8

Perkembangan Staf

 

Ö

 

 

Ö

 

 

Ö

 

 

 

9

PKSR – Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah

 

 

 

 

Ö

 

 

 

 

Ö

 

10

Percubaan UPSR*

 

 

 

 

 

Ö

Ö

Ö

 

 

 

11

PTS / UPSR

 

 

 

 

 

 

 

 

Ö

 

 

12

Hari Terbuka (Tiga Pihak).

 

 

 

 

Ö

 

 

 

 

Ö

 

13

Anugerah Kecemerlangan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ö

 

@ -  Hari persekolahan biasa dan Sabtu.

#  -  Ikut kesesuaian masa.

*  -  Ikut kesesuaian masa.

 

CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN

1.     Pernyataan objektif jelas, tepat, dan realistik (boleh dicapai).

2.     Guru mahir dalam teknik mengajar – pengetahuan dan kemahiran teknikal.

3.     Pengetahuan kandungan berturutan, bermakna, penyampaian jelas, dan bertepatan dengan kemampuan murid - Isi pelajaran teratur. Fleksibel dalam strategi penyampaian isi pelajaran.

4.     Minat, dan ceria.

5.     Suasana riang, terkawal, dan demokratik – Sikap guru semasa mengajar.

6.     Pengurusan kelas - tenteram dan demokratik.

7.     Penyampaian jelas.

8.     Peneguhan pelajaran secara berterusan.

9.     Penyertaan aktif murid – penglibatan murid.

10. Maklum balas yang objektif, dan konkrit.

11. Mempunyai rumusan komprehensif.

12. Teknik menyoal - Teknik soalan yang merangsang minda.

13. Kerja rumah dan selok-belok pengurusannya.

 

 

 

TANDA-TANDA MATLAMAT TERCAPAI

1.     Prestasi akademik meningkat.

2.     Peratusan kehadiran pelajar / pertambahan pelajar meningkat.

3.     Pengwujudan hubungan mesra di antara sekolah dan masyarakat.

4.     Penglibatan guru secara optima dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

5.      Keceriaan, dan disiplin sekolah bertambah baik.

 


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 20

45800 JERAM, Selangor DE.

http://www.geocities.com/skjb20

Talian: 603 – 32647320

Tarikh/Hari: …………………………………………………

Perkara: …………………………………………………………………………………………………………………………..

Tempat  : BILIK GURU  .        PUSAT SUMBER SEKOLAH  .        Kelas  .        Kantin  .

BIL

NAMA PEGAWAI

GELARAN

TUGAS

TALIAN

Tandatangan

1

MAHANI B MASIRAN

TUAN HAJI

GURU BESAR

603-32647320

 ...................

2

JAMILAH BT ALI 

Puan

GPK Kurikulum

 

 

3

RAMLI B ABDUL RAHMAN PJK.,

Encik

GPK Hem

 

 

4

MOHD HASHIM B JAYAR

Tuan Haji

GPK Kokurikulum

 

 

5

ABDUL RAHIM B DAHALAN

Encik

Guru Media/Komp

 

 

6

AZIZAH BT SALLEH

Puan 

Guru Tahun 1 Jaya

 

 

7

KHASNI BT MOHD YUNUS

Cik

Guru Tahun1 Usaha

 

 

8

NOR-AZLIZA BT TUKIMAN

Puan 

Guru Tahun 1 Tekun

 

 

9

YUSOFF B ABDUL GHANI  

Encik   

Guru Tahun 2 Jaya

 

 

10

NORAISHAH BT KHALIB

Puan

Guru Tahun 2 Usaha

 

 

11

HASLINA BT HAT

Puan

Guru Tahun 4 Jaya

 

 

12

NORLIDA BT  Cik Guru Tahun 3 Usaha    

13

ZAINI BT KHALID

Puan

SU Hal Ehwal Murid

 

 

14

SARINA BT JAMALUDDIN

Puan 

Guru Tahun 3

 

 

15

HUSSIN B DURI @ JURI

Encik

SU Kokurikulum

 

 

16

ROSMAWATI BT AKHOMAT 

Puan 

Guru Tahun 6

 

 

17

MOHD NIZAM B MD YUSOF

Encik

Guru Tahun 6

 

 

18

NURHAYATI BT YASIR

Puan 

B Inggeris

 

 

19

NURHUDA BT ABDUL RAHMAN

Puan

B Inggeris

 

 

20

SHANKREE A/P 

Puan 

B Inggeris

 

 

21

MOHD SANI B KHALIL

Encik

Agama Islam 1

603-32648713

 

22

SITI JAMILAH BT 

Puan

Agama Islam 2

 

 

23

ZANAWATI BT ARSHAD

Puan

Agama Islam 3

 

 

24

SAAYAH BT BANI

Puan

Pemulihan Khas

 

 

25

NORHAIDA BT ISMAIL

Puan

Pendidikan Khas

 

 

26

SITI FADHILLAH BT ABDULLAH

Puan

Pendidikan Khas

 

 

27

ROSLIN BT MINU

Cik

Pendidikan Khas

 

 

28

SABARIAH BT IDRIS

Puan

Pendidikan Khas

 

 

29

S A ZAHRAH ANSURAH

Puan

Pendidikan Khas

 

 

30

 

Puan 

Pendidikan Khas

 

 

 31

ISNU BIN SURURI Encik Guru Akademik 603-32640835

 

32

       

 

 

         

  A

YUHANA BT TAMURI

 

 

SK Sg Terap

 

  B

MAAIZAH

 

 

IPTA 1 Jun 01

 

C          
D          

1

ANIYNI BT BASIRAN

Puan

Pem Tadbir

 

 

2

SHAFIE B MD RANI

Encik

Jurutaip / PAR

 

 

3

RAJAMAN B RAFIE

Encik

Pem Ren Awam

 

 

4 ISHAM BIN WAZIR Encik Jaga Swasta    

5

ZAINAL BIN

Encik

Jaga Swasta

 

 

                Disahkan oleh:                                                      Kegunaan pentadbiran sekolah sahaja.

 

                ………………………………………..

(                                                                )

Guru Besar.

Hosted by www.Geocities.ws

1