tugas2-gpkkokurikulum.html
TUGAS-TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM BBA3007.
MukadimahGuru kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertangungjawab mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
1. Bidang Tugas.
1.1 Menjalankan
tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru
Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
1.2 Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3
Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek
pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.
1.4 Menyelia dan
menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
1.5 Membantu
Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah termasuk sidang petang.
2. Senarai Tugas.
2.1 Kokurikulum
2.1.1 Pakaian Seragam.
2.1.1.1 Merancang kegiatan pakaian seragam.
2.1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian
seragam.
2.1.1.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
2.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di
dalam dan di luar sekolah.
2.1.2 Persatuan dan Kelab.
2.1.2.1 Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan,
persatuan dan kelab.
2.1.2.3 Menyelia kegiatan Persatuan dan kelab.
2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di
dalam dan di luar sekolah.
2.1.3 Sukan dan Permainan.
2.1.3.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.
2.1.3.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
2.1.3.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
2.1.3.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan
permainan di dalam dan di luar sekolah.
2.2
Pentadbiran.
2.2.1 Menyusun dan menyelaras kegiatan kokurikulum.
2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan
kokurikulum telah diambil.
2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam
hal kokurikulum.
2.2.5 Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak
sekolah.
2.2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
2.2.7 Menyelaras di dalam pembahagian murid-murid ke dalam
kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap
pencapaiannya.
2.2.8 Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan
kokurikulum.
2.2.9 Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarkan.
2.2.10 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam
dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.
2.2.11 Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi di
dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk
mereka.
2.2.12 < .......
3. Tugas-tugas Lain.
3.1 Menganggotai
Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
Guru Besar dari masa ke masa.
3.2 Melaksanakan
arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
nor isna 11 Jun 2001